Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Muka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muka
موک
Muka manusia lukisan Mona Lisa
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinfacia/facies
MeSHD005145
TAA01.1.00.006
FMAFMA:24728
Terminologi anatomi

Muka (Jawi: موک serapan Sanskrit: मुख mukha[1]) atau wajah (Jawi: وجه‎) merupakan bahagian hadapan kepala dari kaki rambut hingga ke dagu menempatkan organ-organ tidak sahaja untuk fungsi pancaindera malah untuk menunjukkan emosi.[2][3] Bahagian muka amat penting kepada pengenalan diri manusia sehingga sebarang kecacatan mahupun keparutan yang muncul diperhatikan empunya muka tersebut mampu menjejaskan keperibadiannya sendiri.[2]

Bahagian muka bermula di bawah garis rambut terletaknya dahi dan pelipis yang menghubungkan ke dua belah telinga. Di bawah pula adalah alis serta kelopak dan biji mata mengapit hidung. Hidung menghubung kepada mulut terdiri daripada bibir yang menutup gigi, kedua-dua rongga hidung dan mulut dikelilingi bahagian pipi sampai ke dagu.

Hubungan dengan masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Muka sering dikaitkan dengan kedudukan diri seseorang dalam kalangan masyarakatnya dalam sesetengah budaya tertentu.[4]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 819. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 120.
  2. ^ a b Moore, Keith L.; Dalley, Arthur F.; Agur, Anne M. R. (2010). Moore's clinical anatomy. United States of America: Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 843–980. ISBN 978-1-60547-652-0.
  3. ^ "Year of Discovery, Faceless and Brainless Fish". 29 Disember 2011. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  4. ^ Ho, David Yau-fai (January 1976). "On the Concept of Face". American Journal of Sociology. 81 (4): 867–84. doi:10.1086/226145. JSTOR 2777600. S2CID 145513767. The concept of face is, of course, Chinese in origin.