Mukim
Mukim ialah sejenis pembahagian pentadbiran yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Biasanya mukim merupakan sub-pembahagian daerah (daerah kecil) serta ia dipecahkan pula kepada beberapa kampung.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 198 mukim di Malaysia. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu
Brunei
[sunting | sunting sumber]Di Brunei, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 38 mukim di Brunei. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu.
Singapura
[sunting | sunting sumber]Di Daerah Pulau Singapura, Mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas Daerah. Terdapat 34 Mukim di Singapura. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti Mukim ialah Penghulu Mukim.
Indonesia
[sunting | sunting sumber]Di Aceh, mukim ialah sebahagian dari kecamatan (setaraf pekan), dan terdiri daripada beberapa gampong (setaraf kampung).[1]