Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Murad V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Murad V (Arab: مراد الخامس) ialah sultan Empayar Uthmaniyyah ke-33 yang memerintah pada 1876. Lahir 1840 dan menjadi sultan ketika berusia 36 tahun. Beliau memerintah hanya 93 hari dan meninggal dunia pada 1904. Beliau di lantik sebagai Kekhalifahan Islam Turki Uthmaniyah yang ke 33 pada tahun yang sama.

Sultan Murad V ( Khalifatul Islam XXXIII )

Beliau amat menyukai dan mencintai muzik serta menguasai Bahasa Perancis. Beliau berhubungan rapat dengan anggota Turki Muda dan menolongnya, kebendaan mahupun moral. Ia masuk Freemason sewaktu di London, dan mencapai kekuasaan kesultanan setelah Sultan Abdul Aziz digulingkan Turki Muda yang dipimpin Midhat Pasha. Beliau menderita penyakit gila dan muncullah pemberontakan untuk menggulingkannya, dan menggantikannya dengan Sultan Abdul Hamid II. Sebagian pemberontak kemudian memberontak lagi untuk mengangkat Murad V, namun dikalahkan lagi.