Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Nasir Jani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir Jani
Kelahiran (1954-02-10) 10 Februari 1954 (umur 70)
PendidikanKomunikasi massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengarah filem,[1] penulis, pelakon
Tahun aktif1983–kini

Nasir Jani (lahir 10 Februari 1954) merupakan seorang pengarah filem, penulis dan pelakon Malaysia.[2] Dari kerjaya filemnya, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertamanya, Kembara Seniman Jalanan (1986) dan filem kedua Rozana Cinta 87 (1987) serta telah mengarahkan beberapa drama TV dan telefilem. Beliau juga merupakan penulis separuh masa yang mana beliau menjadi kolumnis hiburan di akhbar Sinar Harian.

Nasir dilahirkan di Kampung Dol Said, Bandar Alor Gajah, Melaka dan merupakan lulusan dalam komunikasi massa di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM). Ketika menuntut di UiTM, Nasir memulakan kerjaya teaternya bersama Kelab Teater Kuala Lumpur menerusi pementasan teater bertajuk yang dibintangi oleh Fatimah Abu Bakar.[3] Selepas tamat belajar di UiTM, beliau bergiat aktif secara serius dalam pementasan teater dengan mengarahkan teater pendek dengan skrip tulisan Hatta Azad Khan bertajuk Mayat pada 1978.[3]

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1983, menerusi filem, Mekanik arahan Othman Hafsham yang mana beliau merupakan pengarah seninya. Seterusnya menjadi pengarah untuk iklan dan dokumentari. Pada tahun 1984, beliau diberi kepercayaan oleh Datuk Rahim Razali sebagai pengarah seni bagi filem Matinya Seorang Patriot, beliau pernah bekerja dengan Bade Hj. Azmi dalam filem untuk TV3 Maria (1984) arahan Shuhaimi Baba.[2] Pada tahun 1986, Nasir menduduki kerusi pengarah menerusi filem Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir dan Rozana Cinta 87 (1987).[4][5]

Ketika kerjaya beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari kerjaya filemnya dan menumpukan perhatian di belakang tabir pengiklanan dan telefilem. Pada tahun 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telefilem untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah Funfair, Gigolo, Tatoo, Namaku Shima dan Runtuh.[2] Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie Bara (1989) yang telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti Anugerah Seri Angkasa 1989/1990, Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.[2]

Beliau telah terlibat dalam pengarahan muzik video dan dokumentari termasuklah dokumentari mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan dokumentari mengenai sasterawan negara, Datuk A. Samad Said.[2] Nasir telah dipilih oleh produksi Layar Sunan untuk mengarah filem Tombiruo: Penunggu Rimba berdasarkan pengalaman beliau serta visinya tentang dalam pengarahan. Ia akan menjadi filem kepulangan semula beliau setelah beberapa tahun berehat dari kerusi pengarah.[2][6]

Pada April 2016, Nasir menerbitkan buku memoirnya bertajuk Brader, Kita Mesti Terus Hidup!.[7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pengarah Pengarah Seni Penolong Pengarah Penulis Pelakon
1983 Mekanik Tidak Ya Ya Tidak Tidak
1984 Matinya Seorang Patriot Tidak Ya Ya Tidak Tidak
1986 Kembara Seniman Jalanan Ya Tidak Tidak Ya Tidak Filem arahan pertama
1987 Rozana Cinta 87 Ya Tidak Tidak Ya Tidak
2005 Rock Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Juri Filem lakonan pertama, penampilan khas
2008 Apa Kata Hati? Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
2011 Songlap Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
2012 Leftwings Tidak Ya Tidak Ya Tidak
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Ya Tidak Tidak Tidak Tidak Juga sebagai pengarah bersekutu
2023 Doh Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Bapak
2024 Takluk: Lahad Datu Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Raja Imran

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis
1988 Anjang Aki Ya Tidak
Tok Kaya Ya Tidak
Khalilah Ya Tidak
Dalam Perjalanan Ya Tidak
1989 Darah Setitik Ya Tidak
Bara Ya Ya
1990 Novel Oleh Atika Tidak Ya
Funfair Ya Ya
Gigolo Ya Ya
Namaku Shima Ya Tidak
Samudera Gagah Ya Tidak 3 episod
1991 Lela Sari Ya Tidak 5 episod
Tatoo Ya Ya
1993 Tempang Ya Ya
1994 Runtuh Ya Ya
2006 Asy Asyura Ya Tidak
2021 Kampong Pisang Bersiri-siri Tidak Tidak Sebagai pelakon; episod: "Alam Pak Din" (Bahagian 3)
2022 Lebai Sampan Tidak Tidak Sebagai pelakon
2024 Mentua Tidak Tidak Sebagai pelakon

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Jani, Nasir (2016). Brader, Kita Mesti Terus Hidup!. Kuala Lumpur: DuBook Press. ISBN 9789670723587.
  • Cetak Rompak Kepala Bapak. Tulisan Nasir Jani (2018) Thukul Chetak
  • Pemberontak Filem: Rebel With a Cause Without Pause (2019) Rabak-Lit
  • Pemberontak Filem 2 (2021) Rabak-Lit
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1989 Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 Pengarah Drama Terbaik Tercalon
  1. ^ Nasir Jani kembali mengarah filem selepas hampir 30 tahun menyepi Cinema.com.my (11 September 2016). Diperoleh pada 11 September 2016.
  2. ^ a b c d e f Budiey (20 Ogos 2016). "Kenali Siapa Nasir Jani – Biografi Pengarah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  3. ^ a b Abror Rivai (17 Mac 2011). "Opera Hidup: Wawancara bersama Nasir Jani". Jalan Telawi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 16 November 2013.
  4. ^ Akmaliah Razak (10 Februari 2014). "Nasir Jani tidak pernah mengalah!". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  5. ^ "Nasir Jani dan dekad 80-an". Utusan Malaysia. 16 November 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 16 November 2013.
  6. ^ Aqmar Mustaza (27 Ogos 2016). "Nasir Jani tampil dengan Tombiruo". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  7. ^ Al-Abror Mohd Yusuf (18 Mei 2016). "Brader Kita Mesti Terus Hidup kemarahan Nasir pada rejim Mahathir". Malaysiakini. Dicapai pada 11 Oktober 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]