Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Negara Bebas Oranye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Bebas Oranye
Oranje-Vrijstaat (Bahasa Belanda)
1854–1902
Bendera Negara Bebas Oranye
Jata Negara Bebas Oranye
Bendera Jata
Lagu kebangsaanVrystaatse Volkslied
Location of the Orange Free State c. 1890
Location of the Orange Free State c. 1890
Ibu negaraBloemfontein
Bahasa yang umum digunakanBahasa Belanda (rasmi),
Bahasa Afrikaans,
Bahasa Inggeris,
Bahasa Sotho,
Bahasa Zulu
Agama
Agama Kristian mazhab Gereja Baru Belanda
KerajaanRepublik
Presiden 
• 1854–1855
Josias P. Hoffman
• 1855–1859
Jacobus N. Boshoff
• 1860–1863
Marthinus Wessel Pretorius1
• 1864–1888
Jan H. Brand
• 1889–1895
Francis William Reitz
• 1896–1902
Marthinus Theunis Steyn
Badan perundanganVolksraad
Era SejarahAbad ke-19
• Penubuhan republik
17 Februari 1854
16 Disember 1838
• Mulanya Perang Boer Kedua
11 Oktober 1899
31 Mei 1902
Keluasan
1875[1]181,299 km2 (70,000 bt2)
Populasi
• 1875[1]
100000
Mata wangpaun Negara Bebas Oranye
Didahului oleh
Diganti oleh
Orange River Sovereignty
Jajahan Sungai Oranye
Sekarang sebahagian dari Afrika Selatan
1 Juga merupakan presiden Republik Transvaal

Negara Bebas Oranye ([o-ra-nyé], Belanda: Oranje-Vrijstaat,[a] Afrikaans: Oranje-Vrystaat,[b] disingkatkan kepada OVS[2]) merupakan sebuah negara Boer berdaulat bebas yang terletak di selatan Afrika pada setengah kedua abad ke-19, yang kemudiannya menjadi jajahan British dan suatu wilayah dalam Kesatuan Afrika Selatan. Ia merupakan kawasan duluan kepada wilayah atau provinsi Free State.[3] Sempadannya ditentukan Kerajaan Bersatu Britain Raya dan Ireland pada 1848 menjangkau antara sungai-sungai Oranye dan Vaal serta ditempatkan seorang Residen British yang memerintah di Bloemfontein.[4]

Meskipun negara ini membangun sebagai suatu republik yang maju dari segi ekonomi dan politik, ia menghadapi konflik yang sangat berbahaya dengan pihak British yang berjiranan (terutamanya dalam Perang Boer) sehingga negara tersebut diilhakkan akhirnya pada tahun 1900 dengan nama baharunya, Jajahan Sungai Oranye; pembubaran republik ini dimuktamadkan melalui penandatanganan Perjanjian Vereeniging pada 31 Mei 1902 selepas berakhirnya Perang Inggeris-Boer Kedua. Jajahan tersebut tersebut dimasukkan ke dalam Kesatuan Afrika Selatan tidak lama selepas pemerintahan langsung British sepuluh tahun kemudiannya pada 1910.[4] Kesatuan ini merdeka daripada pentadbiran British sebagai Republik Afrika Selatan pada tahun 1961.[3]

Nama republik ini datangnya daripada Sungai Oranye yang sendirinya dinamakan sempena Wangsa Diraja Belanda Oranye oleh pendatang Belanda di bawah Robert Jacob Gordon.[5]

  1. ^ Sketch of the Orange Free State of South Africa. Bloemfontein: Orange Free State. Commission at the International Exhibition, Philadelphia, 1876. 1876. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "What does OVS stand for?". Acronym Finder. Dicapai pada 19 Ogos 2015.
  3. ^ a b "Free State". Encyclopædia Britannica. 6 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Orange Free State" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  5. ^ "Introduction to the Orange River basin". Department of Water and Sanitation, South Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2017. Dicapai pada 13 Mac 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)