Nourul Depp
Nurul | |
---|---|
Kelahiran | Noorulhuda binti Abdul Wahab 27 Julai 1977 |
Warganegara | Malaysian |
Nama lain | Nurul Wahab, Nourul Depp, Nurul |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1995–kini |
Kampung asal | Kuala Lumpur |
Pasangan | Ajai (k. 1996; c. 2006) Eric Daniel Depp (k. 2012) |
Anak-anak | Ayu Nazirah Zachary Raphael Isabella |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia (1995-1997) Universal Music Malaysia (1998-2000) Warner Music Malaysia (2001-2006) Alibi Music (2009-2011) NHW Productions Sdn Bhd (2012-kini) |
Pengkarya berkait | Ajai , Ajai & Nurul |
Noorulhuda binti Abdul Wahab (lahir 27 Julai 1977 di George Town, Pulau Pinang) atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nourul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Nurul berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an dengan menggunakan nama pentas Syaliaty.
Kerjaya nyanyian
[sunting | sunting sumber]Nurul menghasilkan album pertamanya sewaktu berusia 17 tahun. Lagu hitnya Kerana Terluka dan Cinta Azali membawa tuah dan meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular ketika itu. Menerusi album tersebut, Nurul meraih trofi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir pada 1998). Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.
Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada Khamis, 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp dengan mengusung tema "Aura Paris" dikutipan Harian Metro Edisi Kuala Lumpur pada Jumaat, 8 Jun 2012[1]. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary (lahir pada 3 Oktober 2013) dan Raphael (lahir pada 15 Januari 2015).[2]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Nurul (1995)
- Ikhlasnya Cintaku (1996)
- Kini dan Selamanya (1998)
- Tika Cinta (2009)
Album mini
[sunting | sunting sumber]Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Cita dan Cinta (2000)
- The Essential Nurul (2011)
Album duet Ajai & Nurul
[sunting | sunting sumber]- Sehati Sejiwa (2001)
- Ajai & Nurul (2002)
- Seiring & Sejalan (2004)
- Serasi Bersama (2006) [Kompilasi]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1997 | Sate | Milah | Filem pertama |
2011 | Tolong Awek Aku Pontianak | Nadia |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Cinta KLCC | Nurul | VCD | Telefilem pertama |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2006 | Mentor musim ke-2 | Mentor | TV3 | Pemenang tempat kedua. |
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Acara | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan | Nota |
---|---|---|---|---|---|
1996 | Anugerah Industri Muzik ke-3 | Artis Baru Terbaik (Wanita) | — | Menang | Anugerah pertama. |
2002 | Anugerah Juara Lagu ke-17 | Pop Rock | "Keliru" | Menang | Juara kategori. |
Juara Lagu | Menang | Menang bersama Ajai. | |||
2006 | Mentor (musim 2) | — | — | Menang | Pemenang tempat kedua. |