Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

ORP Piorun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ORP Piorun

ORP Piorun adalah sebuah kapal pembinasa Tentera Laut Poland yang digunakan semasa Perang Dunia II. Kapal ini adalah dari kelas “N” kumpulan kapal-kapal pembinasa binaan British. Piorun bermakna petir dalam bahawa Poland.

ORP Piorun dibina oleh John Brown & Company di Clydebank, Scotland. Pembinaan dimulakan dalam bulan Julai 1939 dan dilancarkan dalam bulan Mei 1940. Kapal ORP Piorun selesai pembinaan dalam bulan November 1940. Kapal ini pada asalnya ditauliahkan sebagai HMS Nerissa, tetapi dipindah khidmat kepada perkhidmatan Tentera Laut Poland untuk menggantikan kapal pembinasa destroyer ORP Grom yang tenggelam di Norway pada 5 Mei 1940. ORP Piorun berpengkalan di Britain dan diletakkan di bawah perintah Komander Plawski.

Dalam bulan Mac, 1941 ORP Piorun bersama-sama mempertahankan Clydebank daripada serangan-serangan kapal terbang Luftwaffe, kerana kebetulan berada di Clydebank untuk pembaikan di dermaga John Brown. ORP Piorun bertempur dengan baik sehingga dikenang oleh penduduk Clydebank dan satu memorial dibina di Clydebank untuk mengenang jasa anak kapal ORP Piorun.

Dalam bulan Mei 1941, ORP Piorun ditugaskan sebagai pengiring konvoi WS-8B bersama-sama 4 buah kapal pembinasa British apanila diberikan arahan meninggalkan konvoi untuk bersama-sama mengejar kapal Bismarck dan melancarkans errangan torpedo ke atas kapal tersebut. Pada satu ketika, ORP Piorun berbalas tembk selama 30 minit dengan kapal Bismarck. Komander Plawski menghantar isyarat "Saya Orang Poland” kepada Bismarck sebelum memulakan tembakan. Sebelum Bismarck tenggelam, ORP Piorun diarahkan berundur kerana kehabisan peluru dan kekurangan bahan api.

ORP Piorun kemudian ditugaskan di Laut Mediterranean dan bersama-sama dalam Operasi Halberd, mengiringi konvoi ke Malta dan juga Operasi Husky (penaklukan Sicily).

Dalam tahun 1944, ORP Piorun ditugaskan dengan Angkatan Tanah Air (Home Fleet) dan bersama-sama dengan angkatan yang membantu operasi penaklukan Normandy semasa operasi D-Day pada 6 Jun 1944. Dalam tahun 1946, ORP Piorun dipulangkan semula kepada Tentera Laut Diraja British dan ditauliahkan semula sebagai HMS Noble. Kapal ini dijadikan besi sekerap dalam tahun 1955.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]