Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Oldboy (filem 2003)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Oldboy
PengarahPark Chan-wook
PenulisHwang Jo-yoon
Im Joon-hyeong
Park Chan-wook
BerdasarkanOld Boy oleh
Garon Tsuchiya
Nobuaki Minegishi
Dihasilkan olehIm Seung-yong
Kim Dong-joo
DibintangiChoi Min-sik
Yoo Ji-tae
Kang Hye-jung
SinematografiChung Chung-hoon
Disunting olehKim Sang-bum
Muzik olehJo Yeong-wook
Syarikat
penerbitan
Show East
Egg Films
Diedarkan olehShow East (KR)
Tartan Films (AS/UK)
Tarikh tayangan
  • 21 November 2003
    (Korea Selatan)
  • 15 Mei 2004
    (Festival Filem Cannes)
Masa tayangan
120 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bajet$3 juta
Pecah panggung$15 juta

Oldboy (Hangul올드보이; RROldeuboi; MROldŭboi) ialah sebuah filem neo-noir thriller aksi Korea Selatan tahun 2003 diarahkan oleh Park Chan-wook. Filem ini adalah berdasarkan manga Jepun dengan tajuk yang sama ditulis oleh Nobuaki Minegishi dan Garon Tsuchiya. Oldboy ialah filem kedua di dalam siri The Vengeance Trilogy, didahului oleh filem Sympathy for Mr. Vengeance dan disusuli dengan filem Sympathy for Lady Vengeance.

Filem ini memenangi Grand Prix di Festival Filem Cannes 2004 dan mendapat pujian daripada Quentin Tarantino. Filem ini telah disenaraikan diantara filem-filem terbaik tahun 2000-an dalam beberapa penerbitan. Sebuah buatan semula Amerika Syarikat dengan tajuk yang sama dikeluarkan pada tahun 2013.

Pada tahun 1988, seorang peniaga yang bernama Oh Dae-Su (watak dilakonkan oleh Choi Min Sik) telah ditahan di sebuah balai polis atas kesalahan mabuk dan dengan itu gagal menghadiri majlis kelahiran anak perempuannya. Selepas kawannya, Joo-Hwan (watak dilakonkan oleh Woo II-Han) mengambilnya dari balai polis, mereka pergi ke sebuah pondok telefon untuk Dae-Su menelefon balik ke rumah. Sementara Joo-Hwan bercakap dengan isterinya, dia diculik dan selepas itu mendapati dirinya terbangun di dalam sebuah bilik hotel yang berkunci. Selepas menonton televisyen, dia mendapati bahawa dirinya telah menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya. Dae-Su menghabiskan masa seterusnya dengan berlawan secara palsu, merancang balas dendam dan menggali terowong untuk melepaskan diri.

Pada tahun 2003, selepas 15 tahun dipenjarakan dan hampir melepaskan diri, Dae-Su dihipnotis dan terbangun di atas sebuah bumbung, lengkap dengan memakai sepasang suit. Selepas berinteraksi dengan seorang pembunuh diri di situ, dia menguji kemahiran berlawannya dengan sekumpulan gangster muda. Dia juga telah menerima sebuah telefon bimbit dan duit misteri daripada seorang pengemis, Dia menerima panggilan daripada penculiknya dan penculik tersebut enggan menjelaskan sebab sebenar penculikan dia. Selepas dia pengsan di sebuah restoran sushi, dia telah dibawa ke rumah oleh Mi-Do (watak dilakonkan oleh Kang Hye Jung), iaitu chef muda restoran tersebut. Selepas dia sedar dan pulih, dia cuba mencari anak perempuannya dan lokasi bekas penjaranya. Dia mengetahui anaknya telah dijadikan anak angkat di Sweden dan dia mengalah mencarinya, Dae-Su telah berjaya menemui sebuah restoran cina yang membekalkan makanan kepadanya sepanjang tempah pemenjaraan. Melalui penyampai makanan, dia telah menemui penjara (bilik hotel) tersebut. Rupa-rupanya ia merupakan satu tempat di mana orang lain boleh membayar untuk memenjarakan orang lain. Dae-Su memasuki penjara tersebut dan menyeksa warden penjara, Encik Park yang tidak mengetahui penculiknya. Akan tetapi dia mengetahui dia dipenjarakan kerana 'bercakap terlalu banyak'. Semasa dia hendak meninggalkan penjara itu, dia telah diserang oleh sekumpulan pengawal penjara. Akan tetapi akhirnya dia mengalahkan mereka juga.

Penculik Dae-Su, Lee Woo-Jin (watak dimainkan oleh Yoo JI Tae) mennghubungi dia sekali lagi dan memberinya sebuah pilihan. Sekiranya dia berjaya mencari punca pemenjaraannya, Woo-Jin akan membunuh diri. Jika tidak, dia akan membunuh Mi-Do. Mi-Do semakin rapat dengan Dae-Su, lalu mereka mengadakan hubungan seks. Joo-Hwan menghubunginya kerana ingin memberitahu maklumat penting tentang kakak Woo-Jin. Akan tetapi dia tidak sempat memberitahu Dae-Su kerana telah dibunuh oleh Woo-Jin yang secara diam mengikuti Joo-Hwan. Dae-Su akhirnya teringat bahawa dia pernah menghadiri sekolah yang sama dengan Woo-Jin dan dia telah meyaksikan satu hubungan songsang antara Woo-Jin dengan kakaknya. Selepas Dae-Su memberi tahu rakan sekelasnya mengenai perkara tersebut, kakak Woo-Jin membunuh diri dan ini menyebabkan Woo-Jin membenci Dae-Su. Balik kepada masa kini, tangan Encik Park telah ditetak atas gertakan dari Dae-Su pada satu masa dahulu. Ini menyebabkan Encik Park dan gangnya menyelebahi Dae-Su. Dae-Su meninggalkan Mi-Do bersama Encik Park dan pergi menemui Woo-Jin.

Di kondominium Woo-JIn, Woo-Jin memberitahu kebenarannya bahawa Mi-Do merupakan anak perempuannya dan dia menggunakan teknik hipnotik untuk membuat Dae-Su jatuh cinta kepada Mi-Do. Semuanya agar dia merasai kesakitan yang dirasai oleh Woo-Jin. Dae-Su cuba menyerang Woo-Jin, tetapi dia pula yang diserang dan dipukul teruk. Woo-Jin mencampur tangan lalu membunuh pengawal peribadinya. Woo-Jin mengancam untuk memberi tahu Mi-Do tentang kebenarannya. Dae-Su meminta maaf kerana membuat kakak Woo=Jin membunuh diri dan merayu agar dia tidak berbuat demikian. Apabila Woo-Jin tidak melayan rayuan tersebut, dia memotong lidah sendiri sebagai simbol penebusan. Woo-Jin menerima rayuan tersebut dan memberitahu Encik Park supaya tidak mendedahkan kebenaran itu kepada Mi-Do. Woo-Jin memasuki lif dan sambil mengimbas balik kematian kakaknya, dia menembak dirinya di kepala. Selepas kejadian tersebut, Dae-Su mencari seorang ahli hipnotik untuk memadamkan memori bahawa Mi-Do merupakan anak perempuannya, supaya mereka boleh terus bersama dan mempunyai hubungan yang baik. Mi-Do menjumpai Dae-Su lalu memeluknya. Dae-Su tersenyum kesakitan dan ini menimbulkan persoalan sama ada hipnotis tersebut berkesan atau tidak.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]