Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ozon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ozon
Formula rangka molekul ozon serta cas separa
Model molekul ozon
Model molekul ozon
Model molekul ozon
Model molekul ozon
Nama
Nama IUPAC
Trioksigen
Nama lain
4-trioksidiena; katena-trioksigen
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.030.051
Nombor EC
  • 233–069–2
1101
MeSH Ozone
Nombor RTECS
  • RS8225000
UNII
  • InChI=1S/O3/c1-3-2 ☑Y
    Key: CBENFWSGALASAD-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/O3/c1-3-2
    Key: CBENFWSGALASAD-UHFFFAOYAY
  • [O-][O+]=O
Sifat
O3
Jisim molar 48.00 g·mol−1
Rupa bentuk Gas tidak berwarna atau biru pucat[1]
Bau Tengik[1]
Ketumpatan 2.144 mg cm−3 (pada 0 °C)
Takat lebur −192.2 °C; −313.9 °F; 81.0 K
Takat didih −112 °C; −170 °F; 161 K
1.05 g L−1 (pada 0 °C)
Keterlarutan dalam Pelarut lain Amat larut dalam CCl4, asid sulfurik
Tekanan wap 55.7 atm[2] (−12.15 °C atau 10.13 °F atau 261.00 K)[a]
+6.7·10−6 cm3/mol
1.2226 (cecair), 1.00052 (gas, STP, 546 nm — penyebaran tinggi)[3]
Struktur
Kumpulan ruang C2v
Geometri
koordinasi
Digonal
Bentuk molekul Dihedron
Hibridasi sp2 for O1
Momen dwikutub 0.53 D
Termokimia
Entropi molar
piawai
So298
238.92 J K−1 mol−1
142.67 kJ mol−1
Bahaya
Perkataan isyarat GHS Danger
H270, H314, H318
NFPA 704 (berlian api)
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
12.6 ppm (tikus , 3 jam)
50 ppm (manusia, 30 minit)
36 ppm (arnab, 3 jam)
21 ppm (tikus, 3 jam)
21.8 ppm (mouse, 3 jam)
24.8 ppm (tikus belanda, 3 jam)
4.8 ppm (arnab, 4 jam)[4]
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS):
TWA 0.1 ppm (0.2 mg/m3)[1]
REL (Disyorkan)
C 0.1 ppm (0.2 mg/m3)[1]
5 ppm[1]
Sebatian berkaitan
Sebatian berkaitan
Sulfur dioksida
Trisulfur
Disulfur monoksida
Ozone siklik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen dan amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Secara semula jadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmospera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

Sifat ozon

[sunting | sunting sumber]

Ozon amat mengkakis dan dipercayai bahan beracun dan bahan cemar biasa. Ozon mempunyai bau yang keras dan mencucuk hidung. Ozon juga terbentuk pada kadar rendah dalam udara akibat arus eletrik seperti kilat, dan oleh tenaga tinggi seperti radiasi eletromagnetik.

Ozon pada atmosfera

[sunting | sunting sumber]

Ozon pada muka bumi terbentuk oleh cahaya lampau ungu yang menguraikan molekul O3 membentuk unsur oksigen. Unsur oksigen ini bergabung dengan molekul yang tidak terurai dan membentuk O3. Kadang-kala unsur oksigen akan bergabung dengan N2 untuk membentuk nitrogen oksida; yang apabila bertindakbalas dengan cahaya mampu membentuk ozon.

Lapisan ozon

[sunting | sunting sumber]

Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon, O3, molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera.

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran ultraungu, UV pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV.

UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman.

Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.

Keseimbangan ozon

[sunting | sunting sumber]

Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.

Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.

Penipisan ozon

[sunting | sunting sumber]

Lubang ozon

[sunting | sunting sumber]
Lihat rencana utama: Lubang Ozon

Lubang ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan ‘lubang’ tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang luas telah dikesan di keseluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.

Kemerosotan ozon global

[sunting | sunting sumber]

Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap jumlah kolum ozon pada musin sejuk dan panas bagi kedua-dua hemisfera utara dan selatan pada garis lintang tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini pada tahun1980 agak besar bila berbanding tahun 1970. Tiada statistik aliran signifikan dapat ditentukan bagi kawasan tropika semasa tahun 1980. Dengan kemajuan komputer model bagi pemusnahan stratosfera ozon dapat menjelaskan pemerhatian aliran jumlah ozon di latitud pertengahan pada musim panas, tetapi hanya sebahagian daripadanya pada musin sejuk. Ini bermakna bahawa pada masa hadapan perubahan global ozon belum boleh diramalkan lagi.

Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)

[sunting | sunting sumber]

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.

CFC digunakan oleh masyarakat moden dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Hayat CFC menyebabkan satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 – 25 km, kurang sinar uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

Tindakan antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1975, dikhuatiri bahawa aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulakan Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi secara jangka panjang pemantauan dan penyelidikan ozon.

Kesemua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantar ke Pusat Data Ozon Dunia di Toronto, Kanada, yang mana tersedia kepada masyarakat saintifik antarabangsa.

Dalam tahun 1977, mesyuarat pakar UNEP mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon; dalam tahun 1987, UNEP mengambil Protokol Montreal ke atas bahan yang mengurangkan lapisan ozon.

Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual tindakan, mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras semasa 1986 pada tahun 1989, dan pengurangan sebanyak 50% pada 1999.

Kegunaan ozon

[sunting | sunting sumber]

Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:-

  • menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik),
  • menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna),
  • membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik),
  • mencuci, dan memutihkan kain (dipaten),
  • membantu mewarnakan plastik,
  • menentukan ketahanan getah.

Pengukuran

[sunting | sunting sumber]

Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:

Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa peralatan “Total Ozone Mapping Spectrometer” (TOMS) telah merevolusikan pemantauan ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

Spektrofotometer Dobson

[sunting | sunting sumber]

Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan mengukur jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh dunia untuk mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan membanding jumlah sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas kuat dengan ozon manakala yang satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran secara langsung berhubungkait dengan jumlah ozon.

Ozon sonde

[sunting | sunting sumber]

Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada belon yang berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km. Udara dimasukkan ke dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas dengan ozon, menghasilkan arus eletrik yang mana berkadar dengan jumlah ozon. Isyarat dari sel ditukarkan kepada kod dan dihantar melalui radio kepada penerima stesen. Dari pelepasan belon sehingga kegagalan, lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini menyediakan taburan menegak ozon.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0476" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
  2. ^ Gas Encyclopedia; Ozone
  3. ^ Cuthbertson, Clive; Cuthbertson, Maude (1914). "On the Refraction and Dispersion of the Halogens, Halogen Acids, Ozone, Steam Oxides of Nitrogen, and Ammonia". Philosophical Transactions of the Royal Society A. 213 (497–508): 1–26. Bibcode:1914RSPTA.213....1C. doi:10.1098/rsta.1914.0001. Dicapai pada 4 Februari 2016.
  4. ^ "Ozone". Immediately Dangerous to Life or Health Concentrations (IDLH). Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Ozon di Wikimedia Commons


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan