Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pasar tani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasar Peladang Pontian di Johor, Malaysia.

Pasar tani (Jawi: ڤاسر تاني) merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging segar.

Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau penternak berpeluang menjual barangan mereka secara langsung kepada orang ramai tanpa melalui orang tengah / pemborong. Dengan itu pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga di pasar biasa.

Pasar tani biasanya diadakan secara mingguan, dan pada kebiasaannya pada hujung minggu pada waktu pagi.

Pasar tani di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pasar tani diwujudkan khusus di Malaysia untuk mengatasi masalah orang tengah yang mengambil untung berlebihan terhadap petani, peladang, penternak dan nelayan. Pasar tani bersaing dengan pasar basah, pasar pagi dan pasar malam . Pasar tani di Malaysia diadakan pada waktu pagi sahaja dan ditadbi oleh FAMA. Diwujudkan pada 1985, Pasar tani telah berusia lebih 25 tahun. Menteri pertanian ketika itu adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (menjadi Menteri Pertanian 1984-1986)

Beberapa tempat yang sesuai dan mudah akses oleh orang ramai telah dipilih . Pemilihan lokasi bergantung kepada hasil kajian FAMA terhadap potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan bilangan penyertaan usahawan niaga yang mahu berjual beli di situ. Pasar tani yang paling popular terletak di Shah Alam.

Pada 14 Jun 2009 , contohnya terdapat 21 buah pasar tani yang beroperasi di Negeri Sembilan membabitkan 898 usahawan niaga. Sambutan yang baik dari orang ramai, pasar tani akan dibuka di Juasseh di Kuala Pilah, Taman Permai (Lukut, Port Dickson), Felda Jelai (Gemas), Pedas (Rembau) dan pusat rekreasi Ulu Bendul (Kuala Pilah).

Usahawan tani ini dapat kemahiran untuk memasarkan barangan mereka. FAMA menyediakan payung khusus untuk mereka. Peluang pekerjaan dalam perniagaan kecil dapat dikembangkan.