Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pedamparan setasea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Photo of dozens of whales
Pedamparan besar paus pandu di pesisir Cape Cod, 1902

Pedamparan setasea, turut disebut pesadaian, ialah fenomena di mana paus dan lumba-lumba mendamparkan dirinya ke darat, selalunya di pantai. Paus tersadai selalunya mati lantaran penyahhidratan, hancur oleh beratnya sendiri, atau lemas bilamana air pasang besar menutup lubang hembusnya.[1] Pendamparan setasea telah ditemukan sejak sebelum sejarah bertulis lagi.[2]

Beberapa penjelasan tentang mengapa setasea mendamparkan dirinya telah diajukan, termasuk perubahan pada suhu air,[3] keanehan gemalokasi paus dalam persekitaran tertentu,[4] dan gangguan geomagnet,[5] namun tiada yang diterima secara sejagat sebagai alasan muktamad bagi kelakuan ini. Namun, pertalian antara pesadaian besar-besaran paus berparuh dan penggunaan sonar aktif berkekerapan menengah telah ditemukan.[6]

Paus yang mati lantaran terdampar kemudiannya boleh mereput dan kembung ke titik di mana ia boleh meletup, membuatkan gas dan organ dalamannya terbang keluar.

  1. ^ Blood, Matt D. (2012). Beached Whales: A Personal Encounter. Sydney.
  2. ^ Álvarez-Fernández, Esteban; Carriol, René-Pierre; Jordá, Jesús F.; Aura, J. Emili; Avezuela, Bárbara; Badal, Ernestina; Carrión, Yolanda; García-Guinea, Javier; Maestro, Adolfo; Morales, Juan V.; Perez, Guillém; Perez-Ripoll, Manuel; Rodrigo, María J.; Scarff, James E.; Villalba, M. Paz; Wood, Rachel (2014). "Occurrence of whale barnacles in Nerja Cave (Málaga, southern Spain): Indirect evidence of whale consumption by humans in the Upper Magdalenian". Quaternary International. 337: 163–169. Bibcode:2014QuInt.337..163A. doi:10.1016/j.quaint.2013.01.014. hdl:10550/36217. ISSN 1040-6182.
  3. ^ R. Gales; K. Evans; M. Hindell (2004-11-30). "Whale strandings no surprise to climatologists". 7:30 report. Australian Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal (TV transcript) pada 2007-12-15. Dicapai pada 2006-12-02.
  4. ^ Chambers, S.; James, R.N. (9 November 2005). "Sonar termination as a cause of mass cetacean strandings in Geographe Bay, south-western Australia". Annual Conference of the Australian Acoustical Society. Busselton, Western Australia. http://www.biophysics.uwa.edu.au/Bioacoustics/articles/ChambersJames2005.pdf. Diperolehi 2 Disember 2006.
  5. ^ McGrath, Matt (2017-09-05). "Northern lights linked to North Sea whale strandings". BBC News. Dicapai pada 2017-09-05.
  6. ^ Bahamas Marine Mammal Stranding Event of 15–16 March 2000 (PDF) (Laporan). Joint Interim Report. December 2001. Dicapai pada 13 Mac 2010.