Pengepungan Taif
Pengepungan Taif berlaku pada tahun 630 M, semasa orang Islam mengepung kota Taif, Semenanjung Arab, selepas kemenangan mereka dalam Pertempuran Hunain dan Pertempuran Autas. Walau bagaimanapun, kota Taif tidak jatuh ke tangan Muslim. Nabi Muhammad (SAW) membawa tarbil untuk digunakan terhadap kota tersebut akan tetapi tidak dapat memecah masuk ke dalam kota itu dengan senjata tersebut.[1]
Pengepungan
[sunting | sunting sumber]Nabi Muhammad mencuba beberapa kali untuk memecahkan pintu-pintu kota Taif akan tetapi gagal. Didakwa bahawa Nabi Muhammad menggunakan formasi perang Testudo Romawi dalam pengepungan ini akan tetapi para penduduk Taif dapat menangani serangan dengan mencurah besi panas dari atas tembok kota ke atas tentera Muslim. Akhirnya Nabi Muhammad mengugut akan membakar dan memusnahkan[perlu rujukan] pohon anggur kerana baginda tidak nampak jalan lain untuk memujuk penduduk Taif untuk menyerah diri. Baginda menawarkan keampunan kepada penduduk yang menyerah diri dan hanya 20 orang yang berbuat demikian.[2]
Pengepungan berlanjutan selama sebulan.[3] Nabi Muhammad mahu mendapat ketua Bani Hawazan, bernama Malik, ke sebelah Islam dan berjanji untuk melepaskan keluarnya daripada tahanan dan memulangkan harta bendanya. Malik bersetuju dan memluk Islam dan terus berperang dengan penduduk Taif. Malik juga merampas binatang ternakan orang Taif dan dengan cara ini menyulitkan keadaan buat penduduk Taif.[4]
Kesan
[sunting | sunting sumber]Mahupun pengepungan gagal, Nabi Muhammad berazam untuk kembali mengepung Taif selepas bulan-bulan haram. Dalam masa ini, penduduk Taif, Bani Thaqif, menghantar utusan ke Madinah dan meminta agar dapat terus menyembah tuhan mereka Al-Lat buat tempoh tiga tahun. Nabi Muhammad tidak menerima tawaran ini dan berkata bahawa baginda hanya akan menerima penyerahan diri mereka sekirannya mereka memeluk Islam dan membenarkan orang Islam memusnahkan patung-patung dan kuil mereka. Akhirnya Bani Thaqif bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan: mereka menyerahkan kota dan membenarkan orang Islam untuk memusnahkan kuil mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The life of Mahomet and history of Islam, Volume 4, By Sir William Muir, Pg 145
- ^ Muir, William (August 1878), The Life of Mahomet, Kessinger Publishing Co (10 August 2003), m/s. 433, ISBN 978-0-7661-7741-3
- ^ Muir, William (August 1878), The Life of Mahomet, Kessinger Publishing Co (10 August 2003), m/s. 434, ISBN 978-0-7661-7741-3
- ^ The life of Mahomet and history of Islam to the era of the Hegira: Volume 4, By Sir William Muir, Pg 155