Pengguna ini mungkin tidak aktif untuk tempoh masa yang berbeza, terutamanya jika pengguna ini menghadapi peperiksaan.
Walaupun pengguna ini mungkin sekali-sekala boleh membuat suntingan, mesej pada halaman perbualan mungkin tidak menerima balasan yang tepat pada masanya.
BERSARA
Pengguna ini tidak aktif lagi di Wikipedia sejak Mac 28, 2020.
Kotak Pengguna Saya
Pengguna ini telah melibatkan diri di Wikipedia Bahasa Melayu selama 15 tahun, 7 bulan dan 17 hari.
Kuching merupakan ibu negeriSarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Pada tahun 1946, Sir Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British dan kekal setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kuching mendapat status bandar pada tahun 1988. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan November 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
2017 — Sultan Johor Sultan Ibrahim mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai Majlis Bandaraya ke-14 di negara Malaysia dan kedua di negeri Johor dengan secara rasminya.
... bahawa jalan raya paling lurus dan terpanjang di Malaysia terletak di Keningau, Sabah. Jalan ini menjangkau sehingga 19 kilometer.
Mengenai Bahasa Melayu / About the Malay language
Ingin tahu tentang bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Krismas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Sejak kebelakangan ini kepentingan bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.
Sila ambil perhatian bahawa semua sumbangan kepada Wikipedia adalah dianggap diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Jika anda tidak mahu tulisan anda disunting dan/atau disebarkan ke laman web bebas yang lain, jangan hantarnya ke sini. Anda juga perlu akui bahawa ini ialah hasil tulisan anda sendiri, atau anda menyalinnya daripada domain awam atau mana-mana sumber bebas yang sama.
PENGGUNAAN BAHAN HAK CIPTA TERPELIHARA TANPA KEBENARAN ADALAH DILARANG
Ini adalah laman pengguna Wikipedia.
Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Shengwei95.