Perakuan Hak ini melindungi kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama; hak untuk memiliki dan memegang senjata; hak untuk berhimpun; hak untuk menulis petisyen; dan melarang penggeledahan dan penyitaan tanpa sebab; hukuman yang kejam dan luar biasa dan memaksa seseorang mendakwa dirinya bersalah. Perakuan Hak ini juga melarang Kongres dari membuat undang-undang berkenaan pengasasan agama dan melarang Kerajaan Persekutuan dari merampas kehidupan, kebebasan dan harta benda seseorang, tanpa proses undang-undang. Dalam Persekutuan, bagi kes jenayah, ia memerlukan pendakwaan dari jemaah juri bagi sebarang jenayah, menjamin perbicaraan awam yang cepat dengan juri yang tidak berat sebelah yang terdiri dari ahli negeri-negeri atau daerah kehakiman yang berlakunya jenaya. Sebagai tambahan, Perakuan Hak menyatakan bahawa "sebutan dalam Perlembagaan, bagi sesetengah hak, tidak boleh ditafsirkan untuk penafian atau memperkecilkan yang lain yang dikekalkan oleh rakyat,"[2] dan mengekalkan semua kuasa yang tidak dianugerahkan kepada kerajaan persekutuan kepada warganegara ataupun negeri. Kebanyakan larangan ini kemudian digunapakai dalam negeri oleh satu siri keputusan penggunapakai disebabkan oleh klausa proses bagi Pindaan Keempatbelas, yang disahkan pada 1868, selepas Perang Saudara Amerika.
Ronald Hoffman and Peter J. Albert, eds. The Bill of Rights: Government Proscribed. University Press of Virginia for the United States Capitol Historical Society, 1997. 463 pp. ISBN 0-8139-1759-X essays by scholars
Kathleen Krull. A Kid's Guide to America's Bill of Rights (1999), 224 pp
Robert Allen Rutland; The Birth of the Bill of Rights, 1776–1791 University of North Carolina Press, (1955) online
Spaeth, Harold J.; and Smith, Edward C. (1991). HarperCollins College Outline: The Constitution of the United States (13th ed.). New York: HarperCollins. ISBN 0-06-467105-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)