Perang Saudara Brunei
Perang Saudara Brunei ڤراڠ ساودارا بروني | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Angkatan Sultan Abdul Hakkul Mubin |
Angkatan Sultan Muhyiddin
| ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Abdul Hakkul Mubin | Sultan Muhyiddin |
Perang Saudara Brunei ialah perang saudara yang berlaku di Brunei dari tahun 1665 sehingga 1673.[1][2]
Punca
[sunting | sunting sumber]Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Ali, terdapat perselisihan faham diantara anak Sultan, Pengiran Muda Bongsu (putera bongsu) dan Pengiran Muda Alam, anak Pengiran Bendahara Hakkul Mubin dengan keputusan sabung ayam dimana Pengiran Muda Bongsu telah menang.[1] Kekalahan tak diterima oleh Pengiran Muda Alam. Pangiran Muda Alam menantang kepada Pengiran Muda Bongsu untuk berkelahi melawannya untuk membuktikan bahwa Pengiran Muda Bongsu dapat dikalahkannya dalam perkelahian dengan mencabut keris dipinggangnya kemudian menyerang Pengiran Muda Bongsu. Pengiran Muda Bongsu yang pada saat itu juga memegang pisau / keris berhasil menangkis serangan Pangiran muda alam dan akibatnya keris Pengiran Muda Bongsu berhasil menikam dada Pangiran Muda Alam yang membuat Pengiran Muda Alam jatuh tersungkur ketanah lalu terbunuh. Pengiran Muda Bongsu melarikan diri dari tempat kejadian.[2]
Bagi membalas dendam, Pengiran Bendahara Hakkul Mubin dan pengikut-pengikutnya telah menikam "Sultan Haji Muhammad Ali" dengan kerisnya. jenazah Sultan dibiarkan tergeletak diatas Rumput halaman istana sehinggakan lebih dikenal dengan Marhum Tumbang Dirumput.
Pengiran Bendahara Hakkul Mubin kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan dan memakai gelaran "Sultan Abdul Hakkul Mubin".[1] Dia cuba untuk memuaskan dan membujuk hati pengikut Sultan yang dibunuhnya dengan melantik Menantu "Sultan Haji Muhammad Ali", iaitu Muhyiddin sebagai Bendahara baru ("Ketua Menteri").[1]
Selepas beberapa ketika, bagaimanapun, Datok orang kaya Limas penyokong datok "Sultan Haji Muhammad Ali" tak terima dan ingin membalas merampas kembali Tahta dengan meyakinkan Bendahara Muhyiddin untuk berdiri menentang Sultan Abdul Hakkul Mubin. Bendahara Muhyiddin pada mulanya enggan untuk berbuat demikian, tetapi kemudian bersetuju untuk berbuat demikian kerana desakan isterinya Raja Sari anak tertua "Sultan Haji Muhammad Ali". Penyokongnya mula membuat gangguan ke dalam istana dan rumah.[1] Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudiannya memindahkan istananya ke Pulau Chermin atas nasihat dan siasat Muhyiddin bagi menunggu waktu yang tepat memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin dan Pengikutnya sehingga siap sedia.[1]
Selepas beliau memindahkannya, bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan akhirnya satu pertempuran antara kedua-dua sultan pun tercetus. Oleh itu, Perang Saudara Brunei pun bermula pada tahun 1665.[1][2][3]
Pertempuran dan hasilnya
[sunting | sunting sumber]Semasa Perang Saudara, berlangsung Sultan Abdul Hakkul Mubin selama sekira sepuluh tahun bertahan bagi menangkis serangan berulang dari Sultan Muhyiddin.[1] Mereka bertahan di Pulau Cermin melawan serangan oleh Angkatan Perang Muhyiddin dimana Pasukan yang dipimpin Sultan Muhyiddin belum berhasil untuk mengalahkan Sultan Abdul Hakkul Mubin.[1]
Muhyiddin bimbang kerana perang saudara ini telah berlarutan terlalu lama dan akhirnya beliau memutuskan meminta bantuan dari Suku Kedayan dan Suku Bajau bagi menghantar tentera.
Muhyiddin akhirnya mencapai kemenangan manakala Sultan Abdul Hakkul Mubin telah terbunuh dalam perang saudara tersebut di Pulau Cermin.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Brunei
- Sejarah Brunei
- Sultan Brunei
- Sultan Haji Muhammad Ali
- Pengiran Muda Bongsu
- Pengiran Jaafar Su'an