Persatuan Seniman Malaysia
Cogan kata | "Memperjuang, Membela, Menjaga Kebajikan dan Meningkatkan Imej Artis Malaysia" |
---|---|
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 1974 |
Pengurusan | |
Presiden | Zed Zaidi [1] |
Organisasi induk | Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib para seniman di Malaysia, ditubuhkan pada 1974 oleh Zainuddin Zimbo. Sehingga Jun 2012, mesyuarat tahunan ke-14 telah diadakan.
Mesyuarat Agung ke-14
[sunting | sunting sumber]Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 telah diadakan pada 26 Mei 2012 yang berkesudahan Zed Zaidi terpilih sebagai Presiden 2012. Zed Zaidi mendapat 152 undian, dengan menewaskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi). Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof menarik di saat akhir.
Beberapa pihak mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman ini terutama dari pihak bekas Bendahari Seniman seperti Abu Bakar Omar. Mereka yang membantah dikatakan berkumpul di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang pada 7 Jun 2012 jam 3.00 petang.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia
- Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia
- Persatuan Sutradara Malaysia
- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zed Zaidi kekal Presien SENIMAN Berita Harian (15 November 2019). Dicapai pada 15 November 2019.
- ^ Zed Zaidi Buat Laporan Polis Jika Artis Veteran Pertikaikan AGM 14 Seniman mStar Online (8 Jun 2012). Diperoleh pada 1 Mac 2013.