Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pesimisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pesimisme ialah sikap mental yang negatif, di mana hasil yang tidak diingini dijangkakan daripada situasi tertentu. Pesimis cenderung memberi tumpuan kepada perkara negatif dalam kehidupan secara umum. Soalan biasa yang diajukan untuk menguji pesimisme ialah "Adakah gelas itu separuh kosong atau separuh penuh?"; dalam keadaan ini, seorang pesimis dikatakan melihat gelas setengah kosong, sementara seorang optimis dikatakan melihat gelas itu separuh penuh. Sepanjang sejarah, sikap pesimis telah memberi kesan kepada semua bidang pemikiran utama.[1]

Sementara itu, konsep pesimisme falsafah merujuk kepada fahaman yang memandang dunia dengan cara yang sangat anti-optimistik. Bentuk pesimisme ini bukanlah kecenderungan emosi seperti istilah lazim. Sebaliknya, ini adalah falsafah atau pandangan dunia yang secara langsung menentang gagasan kemajuan dan apa yang boleh dianggap sebagai tuntutan optimisme berdasarkan kepercayaan. Pendukung fahaman ini sering kali juga penurut nihilisme yang percaya bahawa kehidupan tidak mempunyai makna atau nilai intrinsik. Walau bagaimanapun, tindak balas mereka terhadap keadaan ini sangat bervariasi dan sering mengesahkan kehidupan.

  1. ^ Bennett, Oliver (2001). Cultural Pessimism: Narratives of Decline in the Postmodern World (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh: Edinburgh University Press. ISBN 978-0-7486-0936-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]