Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Phuket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Phuket
ภูเก็ต
Bendera Phuket
Mohor rasmi Phuket
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Talang (Phuket)
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Talang (Phuket)
Negara Thailand
Ibu kotaPhuket
Pentadbiran
 • GabenorPakpong Thawiphat
(Sejak 1 Okt 2018)[1]
Keluasan
 • Jumlah543 km2 (210 batu persegi)
 • PemeringkatanKe-76
Penduduk
 (2019)[2]
 • Jumlah416,582
 • PemeringkatanKe-63
 • Kepadatan755/km2 (1,960/batu persegi)
  • PemeringkatanKe-4
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod ISO 3166TH-83
Laman sesawangwww.phuket.go.th

Phuket (Bahasa Thai: ภูเก็ต; Bahasa Melayu: Bhuket) ialah salah satu wilayah di selatan Thailand.

Jiran yang berdekatan ialah Phang Nga dan Krabi, tetapi Phuket merupakan sebuah pulau tanpa sebarang sempadan. Pulau ini dihubungi melalui kapal terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket terletak di selatan pulau ini.

Phuket pernah diserang oleh tentera Myanmar pada 1785. Akan tetapi, Kapten Francis Light dari Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menghantar mesej kepada pemerintah di sana bahawa Burma akan menyerang. Semasa pemerintahan Raja Rama V, Phuket menjadi pusat pemerintahan wilayah selatan Thailand dan mengeluarkan bijih timah.

Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan utama ekonomi Phuket semenjak abad ke-16 yang menyaksikan penglibatan orang Cina dalam perlombongan. Kebanyakan dari mereka adalah daripada suku Hakka dan pengaruh mereka dapat dilihat dalam budaya dan makanan masyarakat Phuket. Dengan kejatuhan harga bijih timah, kegiatan perlombongan tidak lagi dilakukan sehingga hari ini.

Ekonomi pulau ini sekarang dipacu oleh ladang getah dan pelancongan yang menarik ramai penyelam untuk datang ke Phuket setiap tahun. Selain daripada itu, ramai pelancong lelaki dan perempuan juga datang ke Phuket kerana tarikan aktiviti waktu malam seperti kelab malam, bar dan pelacuran.

Semenjak 1980-an, pantai-pantai di Phuket terutamanya di sebelah barat dibangunkan menjadi pusat pelancongan. Pantai-pantai ini termasuklah Patong, Karon dan Kata sebagai salah satu destinasi popular. Walaupun dilanda tsunami pada tahun 2004, Phuket masih dapat dibangunkan kembali.

Phuket dan kawasan berdekatannya dilanda ombak besar atau tsunami pada 26 Desember 2004 yang menyebabkan kerosakan besar. Dianggarkan 250 orang terkorban di Phuket termasuk pelancong asing. Boleh dikatakan semua pantai utama Phuket di barat terutama Kamala, Patong, Karon dan Kata mengalami kerosakan teruk. Kerosakan dapat diperbaiki semula pada Februari 2005 dan pelancongan kembali rancak di Phuket.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ https://novostiphuketa.com/phakaphong-tavipatana-novyy-gubernator-provincii-phuket-11206.php#8DsXSR78SWJOhuJs.97 New leader Oct/01/2018
  2. ^ "รายงานสถิติจำนวนประชากรและบ้านประจำปี พ.ศ.2561" [Statistics, population and house statistics for the year 2018]. Registration Office Department of the Interior, Ministry of the Interior (dalam bahasa Thai). 31 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-14. Dicapai pada 20 June 2019.