Pistol
Pistol [pis-tol] (Jawi: ڤيستول ) merupakan senjata api yang boleh ditembak dengan menggunakan sebelah tangan.
Perkataan 'pistol' mula digunakan untuk membezakan senjata api yang digenggam pada abad ke-18. Pada abad ke-15 pistol bermaksud sebilah pisau kecil yang mampu disembunyikan di dalam pakaian.
Pistol atau senjata penggenggam dibahagikan menjadi dua jenis. Revolver, iaitu sejenis senjata api yang menggunakan kebuk atau silinder peluru yang berputar mengikut lawan pusingan jam atau sebaliknya. Dan pistol automatik, yang menggunakan kurung peluru yang digabungkan dengan laras. Pistol menggunakan kaliber peluru yang berdiameter, dari .22 hingga ke .50 cal.
Jenis pistol
[sunting | sunting sumber]Flintlock
[sunting | sunting sumber]Mekanisme flintlock sudah diperkenalkan semenjak abad ke-16. Mekanisme ini juga digunakan pada senapang, 100 tahun kemudian. Flintlock adakalanya disebut sebagai kunci (lock) Perancis, kerana dilihat oleh Marin le Bourgeoys, seorang pereka senjata dari Perancis, yang bekerja untuk Raja Henry IV. Beliau menemui mekanisme ini pada tahun 1610. Sistem ini sangat sederhana, ketika pengetuk menghentam, percikan api akan muncul dan gas akan menolak bebola peluru.
Revolver
[sunting | sunting sumber]Revolver, sesuai dengan maksudnya iaitu 'berputar' (revolve), menggunakan kebuk berputar yang berisi peluru. Kebuk ini mampu mengisi lima hingga sembilan butir peluru, sesuai mengikut saiz revolver dan jenis peluru yang digunakan. Setelah tembakan dilancarkan, bergantung pada mekanisme, kebuk akan berputar, atau diputarkan secara manual dengan menarik mengetuk dengan menggunakan jari. Jika dibandingkan dengan pistol automatik, pengoperasian revolver lebih mudah dan adakalanya lebih pantas, mengikut kesederhanaan mekanisme yang digunakan.
Pistol separa-automatik
[sunting | sunting sumber]Pistol separa-automatik moden ini menggunakan kelopak untuk mengisi pelurunya. Pistol ini menggantikan revolver dalam penggunaannya oleh tentera dan polis di zaman moden. Pistol separa-automatik ini memiliki kapasiti peluru yang besar, hingga 20 butir pada saiz-saiz tertentu.
Pistol ini secara automatik menolak keluar kelongsong peluru dari kurung, dan menolak peluru baru dari kelopak ke dalam kurung secara serentak. Ini dilakukan dengan menggunakan sistem anjakan gas yang dihasilkan oleh percikan api dari belerang peluru. Letupan dari peluru akan menggerakan sistem gas untuk menolak pengetuk, sekaligus dengan slide pistol ke belakang. Pada masa slide ini ditolak ke belakang, kelongsong peluru akan melantun keluar dari kurung peluru, dan peluru baru akan masuk ke dalam kurung peluru dari kelopak.
Pistol mesin
[sunting | sunting sumber]Pistol mesin (machine pistol), adalah pistol yang memiliki kemampuan menembak secara semburan penuh. Pistol jenis ini jarang digunakan oleh pasukan polis yang lebih memilih mengunakan submesingan, kerana pistol mesin sukar dikawal dan kurang daya ketepatan.
Kebanyakan pistol mesin ini memiliki peralatan sokongan untuk meningkatkan sistemnya, seperti kelopak yang panjang, pegangan depan, dan udi bahu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pistol |