Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

PlayStation VR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PlayStation VR
PembangunSony Interactive Entertainment
PengilangSony
Keluarga produkPlayStation
JenisPeranti realiti maya
Tarikh jualan13 Oktober 2016[1]
Harga pengenalan
Bil. dijual915,000 (sehingga 19 Februari 2017)[2]
Paparan5.7" OLED, sudut pandangan 100°.
Grafik1080p RGB (960 × RGB × 1080 per mata; 90–120Hz)"[1]
InputPenjejak menerusi 9 buah LED dikawal oleh PlayStation Camera
Input pengawal
KameraPlayStation Camera
Pad sentuhNone
Berat610 gram
Laman sesawangTapak web rasmi

PlayStation VR, dikenali juga dengan nama kod Project Morpheus semasa dalam pembangunan, merupakan set kepala realiti maya yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment,[3] yang dilancarkan secara rasmi pada 13 Oktober 2016.[1]

Set kepala PlayStation VR ini direka sebagai aksesori tambahan kepada konsol PlayStation 4. Sistem PlayStation VR berupaya mengeluarkan visual serentak kepada paparan di set kepala ini sendiri dan kepada paparan televisyen, yang mana televisyen bertindak sebagai paparan kedua yang akan memaparkan beberapa paparan set kepala PlayStation VR yang dimainkan oleh beberapa orang pemain. PlayStation VR menyokong penggunaan alat pengawal DualShock 4 yang didatangkan bersama konsol PlayStation 4 ataupun alat pengawal PlayStation Move.[4]

PlayStation VR memiliki paparan OLED bersaiz 5.7 inci, dengan resolusi berdefinisi penuh 1080p.[5] Set kepala ini juga memiliki kotak pemproses yang memproses fungsi 3D serta membolehkan paparan di set kepala dipaparkan pada televisyen, dan mempunyai bicu audio standard 3.5mm.[5][6] Set kepala PlayStation VR ini juga mempunyai sembilan LED gerakan yang terletak di hadapan yang digunakan oleh PlayStation Camera untuk menjejak pergerakan kepala sehingga 360 darjah.[5][7]

Sehingga 19 Februari 2017, set kepala PlayStation VR telah terjual sebanyak 915 000 unit di seluruh dunia.[8]


Fail:Playstation VR Headset und Controller (28430730093).jpg
PlayStation VR dan alat pengawal PlayStation Aim

Teknologi set kepala realiti maya menarik minat Sony sejak tahun 1990-an. Glasstron merupakan set kepala realiti maya pertama yang dikeluarkan pada tahun 1997. Antara permainan video yang menggunakan fungsi Glasstron ialah permainan MechWarrior 2: 31st Century Combat, yang membolehkan pemain mendapatkan visual dari dalam kokpit pesawat yang dipandu, memberikan pengalaman seperti berada di dalam pesawat yang sebenar.

Awal tahun 2014, seorang jurutera pembangunan dan penyelidikan Sony Computer Entertainment, Anton Mikhailov berkata bahawa pasukannya telah membangunkan Project Morpheus selama lebih tiga tahun yang lalu. Menurut Mikhailov, alat pengawal PlayStation 3 Move yang diumumkan pada bulan Jun 2009, direka dengan mengambil kira teknologi realiti maya dan beberapa teknologi yang tidak dinyatakan. "Kami menyatakan spesifikasinya dan membinanya sebagai pengawal VR, walaupun pada ketika itu VR bukan merupakan keperluan. Sebagai jurutera, kami hanya berkata ia perkara yang baik untuk dilakukan. Pada ketika itu, kami kekurangan projek di peringkat kepenggunaan yang kami boleh lakukan, tetapi visi dan reka bentuknya sudah dalam ingatan kami."[9] Shuhei Yoshida, presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios, juga berkata projek ini dimulakan sebagai pemangkin di kalangan jurutera dan pengatur cara, dan dijadikan sebagai tumpuan utama setelah alat pengawal Move dilancarkan.[10] Sony juga menyatakan bahawa permainan video yang diterbitkan mestilah tidak kurang daripada 60 bingkai per saat (fps)[11].

Project Morpheus mula diumumkan dalam acara Game Developers Conference 2014. Presiden Sony Computer Entertainment Worldwide Studios Shuhei Yoshida memperkenalkan peranti itu pada 18 Mac 2014 dan mengatakan bahawa Project Morpheus merupakan "inovasi seterusnya daripada PlayStation yang akan membentuk masa depan industri permainan video."[12]

Pada 15 September 2015, Sony mengumumkan nama rasmi Project Morpheus akan dikenali sebagai PlayStation VR.[13] Manakala pada tahun 2015, Sony membeli SoftKinetic, syarikat teknologi yang memfokuskan kepada analisis mendalam pengecaman pergerakan, pada harga yang tidak dinyatakan.[14]

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2016, Hiroyuki Oda, naib presiden Sony Interactive Entertainment Japan Asia, mengumumkan peranti PlayStation VR akan berada di pasaran termasuk di Malaysia pada 13 Oktober 2016.[15] Beberapa judul permainan video yang dibangunkan sepenuhnya oleh pembangun dari Asia bakal diterbitkan seperti Mortal Blitz VR dari Korea Selatan dan Stifled dari Singapura.[15]

Pada 13 Oktober 2016, Sony melancarkan PlayStation VR secara rasmi dengan harga pengenalan sebanyak $399 di kawasan Amerika Utara, €399 di kawasan Eropah, £349 di kawasan United Kingdom dan 44 980 yen di Jepun.[16][17]

Walaupun PlayStation VR sudah dilancarkan secara rasmi di pasaran dunia, namun begitu pengguna di Malaysia terpaksa menunggu sehingga 21 Oktober 2016 untuk mendapatkan peranti ini.[18] Tiada alasan diberikan oleh pihak Sony Malaysia dan pengguna hanya mengetahui mengenai kelewatan ini menerusi pengumuman yang dibuat oleh laman PlayStation Asia di Facebook. Harga tempahan awal untuk peranti PlayStation VR pula diturunkan kepada MYR1,799 dan MYR1,949 untuk pakej PlayStation VR bersama kamera.[19]

Perkakasan

[sunting | sunting sumber]
Fail:Sony- Project Morpheus (19701245783).jpg
Project Morpheus di Gamescom

Prototaip PlayStation VR yang mula diperkenalkan dalam acara Game Developers Conference 2015 menawarkan paparan berjenis OLED berdefinisi penuh 1080p (1920 × 1080 piksel) yang menawarkan 960 × 1080 piksel per mata dengan matriks subpiksel RGB.[20] dan berkeupayaan memaparkan visual pada 120 bingkai per saat (fps).[1] Ciri-ciri lain termasuklah darjah pandangan sebanyak 100 darjah, 6DOF pengesanan pergerakan kepala, 3D stereoskopik dan paparan pendua kepada televisyen, sama ada paparan untuk pemain itu sendiri atau pemain lain yang menggunakan alat pengawal standard PlayStation 4.[21]

Pada September 2015, didedahkan set kepala ini mempunyai tiga pilihan pengubahsuaian untuk pembangun: 90 Hz semula jadi, 120 Hz semula jadi, dan pilihan yang mana permainan yang dijalankan pada kadar 60 Hz dipaparkan pada kadar 120 Hz menggunakan kaedah sisipan pergerakan.[22] Sisipan ini boleh dilakukan dengan menggunakan hanya sedikit sahaja pemprosesan sistem dan lengah masa di bawah 18 milisaat. Teknik ini juga digunakan pada pilihan 120 Hz semula jadi bagi memastikan kadar yang sejajar.[23] Menurut wakil Sony pula, Sony tidak menjangkakan pilihan 120 Hz semula jadi dengan teknik sisipan menjadi pilihan popular untuk permainan video.[22]


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ a b c d "PlayStation VR Launches October 2016". Sony. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-22. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  2. ^ Wingfield, Nick. "Popularity of Sony's PlayStation VR Surprises Even the Company". NYTimes. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2017. Dicapai pada 26 Februari 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Sony announces Project Morpheus, a virtual reality headset coming to PlayStation 4". Polygon. 18 Mac 2014. Dicapai pada July 16, 2014.
  4. ^ Pino, Nick (16 Mac 2016). "PlayStation VR hands on review - Tech Radar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-30. Dicapai pada 17 Mac 2016.
  5. ^ a b c Stein, Scott (6 Disember 2015). "Sony PlayStation VR Release Date, Price and Specs - CNET". CNET. Dicapai pada 17 Mac 2016.
  6. ^ Sarkar, Samit (16 Mac 2016). "PlayStation VR"s processing unit doesn't add any power to the PS4". Polygon. Dicapai pada 17 Mac 2016.
  7. ^ O'Kane, Sean (15 Mac 2016). "Sony's PlayStation VR costs $399 and is coming on October". The Verge. Dicapai pada 17 Mac 2016.
  8. ^ "PLAYSTATION®VR SELLS THROUGH 915,000 UNITS WORLDWIDE".
  9. ^ Sony's Anton Mikhailov on Project Morpheus' launch price and potential as a platform, Edge magazine, 9 April 2014.
  10. ^ Jamie Feltham. Project Morpheus Started as 'grassroots activity' Following PS Move's Release, vrfocus.com, 8 Disember 2014.
  11. ^ Grubb, Jeff (17 Mac 2016). "Sony will reject PlayStation VR games that aren't at least 60 frames per second". Venture Beat. Dicapai pada 18 Mac 2016.
  12. ^ "Watch the full reveal for Sony's virtual reality headset, Project Morpheus". Polygon. 26 Mac 2014.
  13. ^ Aaron Souppouris (15 September 2015). "Sony's Project Morpheus is now "PlayStation VR"". Engadget. AOL. Dicapai pada 20 Februari 2017.
  14. ^ Eric Johnson. "Sony Acquires SoftKinetic, Which Can Track Hands for Virtual Reality". Re/code.
  15. ^ a b Khor Sow Yee (28 Julai 2016). "PlayStation VR to launch in Malaysia on Oct 13". The Star. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  16. ^ "Sony: "It's a Bit Too Early to Sort out" PlayStation VR Price and Release Date". PlayStation LifeStyle. 2 November 2015. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  17. ^ PlayStation (15 Mac 2016), Andrew House, President and the Global CEO of Sony Interactive Entertainment (SIE) Announcing the price and release date for PlayStation VR, dicapai pada 16 Mac 2016
  18. ^ Cheryl Bates (13 Oktober 2016). "Malaysia's PlayStation VR launch has just been postponed". The Hyped Geek. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  19. ^ Madhavan M (13 Oktober 2016). "Sony Malaysia delays the release of PlayStation VR". The Star. Dicapai pada 19 Mei 2017.
  20. ^ Alessio Palumbo. Sony Dev Explains Why PS VR Screen Is Crisper Than The Others, wccftech.com, November 2015.
  21. ^ "PS 4 Pro kopen - Playstation 4 Pro kopen, vergelijken, prijzen en informatie". ProductGids.net (dalam bahasa Belanda). 1 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-04. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  22. ^ a b Lang, Ben (17 September 2015). "Sony Confirms New 90Hz Display Mode for PlayStation VR (formerly Morpheus)". Road to VR. Roadtovr.com. Dicapai pada 18 Mei 2016.
  23. ^ "How Sony's PS4 VR headset will bump 60 fps to 120 fps". PS4 Daily. PS4daily.com. 7 Mac 2015. Dicapai pada 18 Mei 2016.