Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Port Sudan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Port Sudan
بور سودان
Bar'uut
Bandar
Pelabuhan Port Sudan
Pelabuhan Port Sudan
Port Sudan yang terletak di Sudan
Port Sudan
Port Sudan
Lokasi di Sudan
Koordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°E / 19.617; 37.217Koordinat: 19°37′N 37°13′E / 19.617°N 37.217°E / 19.617; 37.217
Negara Sudan
NegeriLaut Merah
Penduduk
 (2007)
 • Jumlah489,725

Port Sudan ( Arab: بور سودان, rumi: Būr Sūdān, Beja : Bar'uut ) ialah sebuah bandar dan pelabuhan dekat Laut Merah di timur Sudan, dan juga ibu kota kepada negeri Laut Merah. Port Sudan ialah pelabuhan utama dan sumber kepada 90% daripada perdagangan antarabangsa negara Sudan.[1]

Port Sudan telah dibina antara tahun 1905 dan 1909 oleh pentadbiran Anglo-Mesir Sudan untuk menggantikan kota pelabuhan Suakin.[2] Saluran paip minyak telah dibina di antara pelabuhan dan bandar Khartoum pada tahun 1977.

Restoran ikan di Port Sudan

Bandar ini mempunyai kilang penapisan minyak dan mengendalikan 90% perdagangan antarabangsa negara Sudan.[2]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Bandar ini mempunyai pelabuhan kontena moden untuk mengendalikan import dan eksport.[2] Pelabuhan ini ialah sebahagian daripada Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang membentang dari pantai China melalui Terusan Suez ke Mediterranean, dari sana terus ke wilayah Adriatik Atas Trieste dengan sambungan kereta apinya ke Eropah Tengah dan Timur.[3][4][5][6]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Kampus Universiti Laut Merah

Bandar ini ialah rumah kepada Universiti Laut Merah, yang ditubuhkan pada tahun 1994.[7]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Populasi
1906 4,289
1941 26,255
1973 132,632
1983 209,938
1993 305,385
2007 ( est. ) 489,275
2008 ( est. ) 517,338

Penduduk kebanyakannya terdiri daripada orang Arab Sudan, termasuk orang asli Beja, dengan sedikit minoriti Asia dan Eropah.[2]

Orang yang terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • Gawaher (Penyanyi pop)
  • Ra'ouf Mus'ad (Penulis Drama)
  1. ^ Eltahir, Nafisa; Abdelaziz, Khalid; Saul, Jonathan (2021-12-23). "Sudan's Red Sea port struggles to recover from blockade and turmoil". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-22.
  2. ^ a b c d "Port Sudan | Facts". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-02.
  3. ^ "China's 'Maritime Silk Road': Don't Forget Africa". thediplomat.com.
  4. ^ See also: Harry G. Broadman "Afrika´s Silk Road" (2007).
  5. ^ "Implications for Africa from China's One Belt One Road Strategy". africacenter.org.
  6. ^ "China's Belt and Road Initiative beacons new trade in MENAT". www.business.hsbc.ae.
  7. ^ "Red Sea University". African Studies Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 2011-09-17.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Port Sudan di Wikimedia Commons