Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Protokol (diplomasi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk makna dalam Sains Komputer, lihat Protokol komputer.

Protokol merupakan etika diplomasi dan hal ehwal negeri. Protokol adalah panduan yang menentukan bagaimana sesuatu aktiviti patut dilakukan. Pada masa dahulu, perkataan protokol digunakan terutamanya dalam bidang diplomatik dan kerajaan sebagai cubaan menetapkan garis panduan tidak bertulis, pada abad ke dua puluh satu, perkataan protokol merujuk terutamanya dalam bidang komputer dan protokol komunikasi. Dalam undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa, protokol adalah persetujuan atau perjanjian antarabangsa tambahan kepada perjanjian antarabangsa atau persetujuan yang terdahulu.

Protokol boleh memperbetulkan persetujuan sebelumnya, atau menambah peruntukan (provisions) tambahan.

Pihak kepada perjanjian asal tidak perlu menerima protokol; kadang kala ia dijelaskan dengan mentakrifkannya sebagai 'protokol pilihan', terutamanya di mana kebanyakan pihak kepada perjanjian asal tidak menyokong protokol tersebut. Sebahagian contoh: United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) menubuhkan rangka kerja untuk memajukan had perlepasan gas yang wajib dilaksanakan, sementara Protokol Kyoto mengandungi had dipersetujui kemudiannya.