Proton Perdana
Proton Perdana | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 1994–2020 |
Kelas | Saiz sederhana |
Gaya badan | Sedan berpintu empat |
Proton Perdana merupakan model kereta bersaiz sederhana keluaran Proton. Ia dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh pada generasi pertama[1] dan kedua serta Honda Accord generasi kelapan pada generasi ketiga dan empat.
Generasi Pertama (1995-2013)
[sunting | sunting sumber]Perdana (1995-1998)
[sunting | sunting sumber]Proton Perdana | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 1995–1998 |
Tahun model | 1995–1998 |
Pemasangan | Shah Alam |
Pengganti | Proton Perdana V6 |
Kelas | Saiz sederhana |
Gaya badan | Sedan 4 pintu |
Enjin | 4G63 2.0S |
Penghantaran | Automatik 4-kelajuan Manual 5-kelajuan |
Berkait | Mitsubishi Galant Eterna ( Jepun) |
Proton Perdana pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyelamatkan nic segmen pasaran mewah Malaysia yang terdiri daripada kenderaan dengan sesaran enjin 2,000 cc dan ke atas. Perdana generasi pertama menggunakan nadi enjin 2.0L 4G63 DOHC I4.[2] Kereta tersebut merupakan model pertama Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur. Model ini dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna.
Perdana ialah model kereta rasmi Perdana Menteri Malaysia yang telah digunakan oleh Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga Najib Razak. Logo pertama Perdana pula dicontohi oleh Sublime Magazine. Perdana terbahagi kepada tiga varian, iaitu Perdana GLi (1994), Perdana SEi (1995), dan Perdana XLi (1996).
Perdana V6 (1998-2013)
[sunting | sunting sumber]Proton Perdana V6 | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 1998-2013 |
Tahun model | 1998-2013 |
Pemasangan | Shah Alam |
Pengganti | Proton Perdana PRM |
Kelas | Saiz sederhana |
Gaya badan | Sedan 4 pintu |
Pelantar | Hyundai Marcia Mitsubishi Galant |
Enjin | V6 2.0S |
Penghantaran | Automatik 4-kelajuan Manual 5-kelajuan |
Berkait | Hyundai Marcia Mitsubishi Galant |
Pada tahun 1998, Proton memperkenalkan generasi kedua Perdana bernadikan enjin 2.0L 6A12 DOHC V6.[3] Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2000, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikat EON.[4][5] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[4]
Generasi ketiga dan keempat (Perdana, 2013-2020)
[sunting | sunting sumber]Proton Perdana PRM | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 2013-2020 |
Tahun model | 2013-2020 |
Pemasangan | Shah Alam |
Pengganti | Proton Perdana PRM |
Kelas | Saiz sederhana |
Gaya badan | Sedan berpintu empat |
Pelantar | Honda Accord |
Enjin | Honda i-vtec 2.0l dan 2.4l |
Penghantaran | Automatik 5-kelajuan Manual 5-kelajuan |
Berkait | Honda Accord |
Pada 11 Disember 2013, Proton Perdana generasi ketiga telah dilancarkan dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L serta ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang telah dipertingkatkan.[6] Perdana generasi ini dibina berasaskan Honda Accord serta masih mengekalkan enjin yang diambil terus dari Accord iaitu enjin R20A3 SOHC i-VTEC untuk varian 2.0 liter berkuasa 154 hp/189 Nm dan enjin K24Z2 DOHC i-VTEC untuk varian 2.4 liter berkuasa 177 hp/222 Nm.[7] Sekitar 3,000 unit Perdana baru yang akan dihasilkan pada mulanya untuk menggantikan Perdana V6 yang digunakan oleh penjawat awam.[8]
Pada 14 Jun 2016, Perdana generasi keempat telah dilancarkan.[9] Perdana yang berwajah baharu ini juga berasaskan Honda Accord di mana Proton telah menukar sepenuhnya rupa luaran. Walaupun ia berdiri di atas platform sama dengan generasi ketiga. Terdapat justifikasi berkaitan perkara itu. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Proton telah melakukan perubahan yang besar pada bahagian kosmetik tanpa menyentuh bahagian mekanikal.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ PANDU UJI: Proton Perdana 2016, mampukah ‘Prime’ mengangkat semula survival armada Proton?
- ^ Diam perdana berisi.
- ^ http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/permotoran/diam-perdana-berisi-1.108065
- ^ a b "ACE >> Products". Official ACE website at eon.com.my. Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ "Other Products & Services > Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd". Official EON website. Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ Najib lancar Proton Perdana wajah baharu
- ^ https://paultan.org/2016/06/14/proton-perdana-2016/
- ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-lancar-proton-perdana-wajah-baharu-1.229635
- ^ Proton Perdana generasi ke-4 dilancarkan.
- ^ Perdana generasi ke-4 kembalikan keyakinan pengguna.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Proton Perdana |
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |