Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prusia
ڤروسيا
Preußen
1525–1947
Bendera Prusia
Prusia
Bendera (1892–1918) Jata
Cogan kataGott Mit Uns
Tuhan bersama kita'"
Lagu kebangsaanPreußenlied
"Lagu Prusia"
noicon
Lagu dirajaHeil Dir Im Siegerkranz
"'Hormat padamu dalam Mahkota Pemenang'"
noicon
Prusia (biru) pada zaman kemuncaknya selaku negeri peneraju Empayar Jerman.
Prusia (biru) pada zaman kemuncaknya selaku negeri peneraju Empayar Jerman.
Ibu negaraKönigsberg, kemudian Berlin
Bahasa yang umum digunakanJerman
Agama
Protestan
KerajaanRaja mutlak   'Hingga 1848' Raja berperlembagaan, demokrasi
Duke1 
• 1525–68
Albert I (pertama)
• 1688–1701
Frederick III (terakhir)
Raja1 
• 1701–13
Frederick I (pertama)
• 1888–1918
William II (terakhir)
Ketua Menteri1, 2 
• 1918–20
Paul Hirsch (pertama)
• 1933–45
Hermann Göring (terakhir)
Era SejarahEropah moden awal hingga Kontemporari
April 1525
27 Ogos 1618
18 Januari 1701
9 November 1918
• Pemansuhan (de facto)
30 Januari 1934
25 Februari 1947
Keluasan
1939297,007 km2 (114,675 bt2)
Populasi
• 1939
41915040
Sekarang sebahagian dariJerman, Poland,
Rusia, Lithuania,
Denmark,Belgium,
Republik Czech
1 Ketua negara yang tersenarai disusun dari terawal hingga terakhir sepanjang zaman.
2 Jawatan Ministerpräsident diperkenalkan pada tahun 1792 sewaktu Prusia berpemerintahan raja; ketua-ketua menteri yang disenaraikan merupakan ketua republik Prusia.

Prusia (Jerman: Preußen; bahasa Latin: Borussia, Prutenia; Latvia: Prūsija; Lithuania: Prūsija; Poland: Prusy; bahasa Prusia Lama: Prūsa; Jawi: ڤروسيا) ialah sebuah negara bersejarah yang berasal dari Duci Prusia dan Margraviat Brandenburg. Berabad-abad lamanya negeri ini mempengaruhi sejarah Jerman dan Eropah. Ibu negara terakhir Prusia ialah Berlin.

Nama Prusia berasal daripada nama Prusia Lama iaitu sekelompok kaum Baltik yang berkaitan dengan kaum-kaum Lithuania dan Latvia. Pada abad ke-13, "Prusia Lama" ditakluki oleh Kesatria Teuton. Negeri biarawan mereka dijermankan berikutan peristiwa Ostsiedlung. Penyatuan Brandenburg dan Prusia (Brandenburg-Prussia) pada tahun 1618 membawa kepada pengisytiharan Kerajaan Prusia pada tahun 1701.

Prusia menjadi sebuah negeri terpenting pada abad ke-18 dan ke-19. Pada abad ke-18, Prusia menjadi kuasa Eropah yang besar di bawah pemerintahan Frederick Agung (1740–86). Pada abad ke-19, Canselor Otto von Bismarck mengemukakan dasar menyatukan negeri-negeri Jerman menjadi "Jerman Kecil" yang mengecualikan Empayar Austria.

Kerajaan Prusia mendominasi Jerman utara dari segi politik, ekonomi, dan kependudukan, serta menjadi teras Gabungan Jerman Utara yang ditubuhkan pada tahun 1867 lalu menjadi sebahagian Empayar Jerman atau Deutsches Reich pada tahun 1871.

Berikutan akhirnya pemerintahan raja-raja Hohenzollern di Jerman berikutan Perang Dunia I, Prusia menjadi sebahagian Republik Weimar sebagai negari bebas pada tahun 1919. Prusia hilang tarafnya sebagai negeri secara de facto oleh Nazi pada tahun 1934 dan secara de jure oleh Kuasa Berikat Perang Dunia II pada tahun 1947.

Semenjak itu, nama Prusia terhad kepada kegunaan sejarah, geografi atau kebudayaan. Kebanyakan orang Prusia percaya bahawa beberapa "Nilai-nilai Prusia"[1] menjadi salah satu penyumbang kebangkitan negeri mereka, contohnya: organisasi sempurna, disiplin, pengorbanan, kedaulatan undang-undang, patuh kepada yang berkuasa, kebolehpercayaan, toleransi, kehematan, ketepatan masa, kesederhanaan, dan ketekunan. Di hadapan orang bukan Prusia yang dipaksa tunduk kepada negeri tersebut, budaya Prusia menggambarkan kebebasan terbatas, penindasan peribadi dan disiplin birokratik, kepatuhan membuta, keangkuhan kebudayaan dan rasionalisme amoral. [2]

  1. ^ ... the old Prussian virtues were virtues, and remain so. Industry; piety; frugality; self-discipline; physical courage; a capacity for self-subordination to a common cause - Michael Eliot Howard, Michael Howard: The Lessons of History, 1991, Yale University Press, ISBN 0-300-05665-6
  2. ^ [1]Willfried Spohn European East-West Integration,Nation-Building and National Identities - The Reconstruction of German-Polish Relations No. 5/02

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.