Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pujaan AV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seorang pujaan AV ("AV" ialah singkatan untuk adult video, video dewasa; pelakon wanita AV (AV女優, AV joyū)) ialah seorang pujaan Jepun yang bekerja dalam perniagaan pornografi, sering kali sebagai pelakon serta model sedang pertunjukan videonya pelbagai, dari sekadar berjalan-jalan di sekitar rumah melakukan kerja-kerja rumah dengan memakai bikini hinggalah ke pornografi keras. Sejak bermulanya industri AV pada awal 1980-an, beratus-ratus pujaan AV telah muncul setiap tahun, dengan purata jangka masa kerjaya selama setahun, menampilkan diri dalam lima atau sepuluh video dalam tempoh tersebut.[1] Pujaan AV yang terkenal mempunyai jangka masa kerjaya sehingga beberapa tahun, amat dikenali oleh umum, atau membuat kesan yang ketara kepada industri ini dalam cara tertentu.[2]

Industri AV di Jepun

[sunting | sunting sumber]

Garisan di antara hiburan "dewasa" dan keluarga di Jepun tidaklah sejelas sebagaimana di negara lain. Seorang selebriti mungkin akan muncul dalam AV selepas telah memulakan kerjaya di dalam televisyen arus perdana. Juga tidak jarang bagi seorang pelakon wanita AV untuk menjadi selebriti arus perdana.[3] Fornander melaporkan bahawa "latar belakang di dalam bidang lucah sudah tidak lagi semestinya sebuah rahsia gelap. Dalam beberapa kes, ia adalah penggerak kerjaya."[1]

Pasaran AV atau "Adult Video" merupakan sebuah industri besar di Jepun, dilaporkan bernilai lebih kurang ¥400 billion setahun. Dalam 1992, dilaporkan bahawa lebih daripada 11 AV dibuat setap hari oleh lebih daripada 70 syarikat penerbitan di Tokyo sahaja. Pasaran AV dijangka akan mengisi 30 peratus daripada penyewaan video di Jepun.[1] It was estimated in 1994 that, between legal and illegal videos, around 14,000 AVs a year were being made in the country, in contrast to about 2,500 in the United States.[4]

Pelakon wanita AV

[sunting | sunting sumber]

Penghibur-penghibur AV sering kali merupakan pelakon-pelakon wanita tidak dapat mendapat kerja dalam filem-filem teater Roman Porno dan perempuan-perempuan dari soapland.[5] Bintang AV Kaoru Kuroki dipercayai telah meningkatkan status pujaan-pujaan AV di mata umum. Menurut Rosemary Iwamura, "sepertinya, dia tidak membuat video atas sebab tiada pilihan lain namun sebagai satu pilihan yang diberi."[6]

Pelakon-pelakon wanita AV pada kebiasaannya direkrut oleh peninjau-peninjau di kejiranan Tokyo misalnya Roppongi, Shinjuku dan Shibuya. Peninjau-peninjau ini bekerja sama dengan agensi bakat yang kemudiannya menyewakan pelakon-pelakon wanita tersebut kepada syarikat penerbitan AV.Syarikat penerbitan selalunya dikenakan bayaran sebanyak ¥1.5 juta atau lebih untuk seseorang pelakon wanita belakon dalam video mereka.[1] Pelakon wanita AV mengutip antara ¥200,000 dan 4 juta yen sevideo.[7] Steve Scott, presiden bagi Third World Media, seorang pengimport wayang-wayang dewasa Jepun ke Amerika Syarikat, menganggar seorang bintang AV yang terkemuka boleh mengutip sehingga hampir ¥36 juta untuk urus niaga lapan gambar.[8]

Para peminat AV dijemput untuk mengikuti perkembangan kerjaya seseorang seniwati AV yang menonjol untuk beberapa kemunculan video. Dalam video debut seseorang seniwati AV, pelakon tersebut diperkenalkan sebagai seorang "muka baru" dan pengalamannya yang kurang dipertontonkan di dalam temuramah-temuramah sebelum babak peragaan dan seks. Lantaran daripada video debut ini, para penonton AV pun mengikuti perjalanan pelakon tersebut melalui kesedaran seksnya dan kepakaran yang ditemuinya, selepas dalam lima penampilan AV, dalam genre-genre khusus seperti lesbian dan SM. Apabila pelakon tersebut sudah berjaya menggelarkan dirinya sebagai seorang bintang AV yang matang, dia punya pilhan untuk meneruskan kerjayanya di dalam genre-genre AV yang lebih melampau, bersara, mahupun, kadang-kadang, muncul kembali dengan nama baru sebagai seorang "muka baru".[1]

Jenis-jenis pujaan AV

[sunting | sunting sumber]

Beberapa jenis AV yang utama termasuklah:

  • Gadis muda (Kebanyakan pelakon baru)
  • Lolita (Bermaksud pelakon yang kelihatan comel)
  • Amatur (Bermaksud pelakon yang bukan profesional)
  • Matang (Kebanyakan antara usia 30 hingga 60)
  • Isteri (Bermaksud pelakon yang sudah berkahwin)
  • Kehamilan (Kebanyakan pelakon amatir yang mengandung)
  • Menyusui (Kebanyakan pelakon amatir yang baru bersalin)
  • Buah dada besar
  • Buah dada kecil
  • Buah dada yang seksi
  • Kaki yang seksi/panjang
  • Berwajar kulit

Watak-watak yang umum termaksulah:

  • Gadis sekolah
  • Guru sekolah
  • Guru tuisyen
  • Pengetua
  • Jururawat
  • Doktor
  • Pramugari
  • OL (Office Lady)
  • Setiausaha
  • Pembantu rumah
  • Polis wanita
  • Ibu tiri
  • Kimono

Jenis-jenis AV

[sunting | sunting sumber]
  • Berhubungan seks biasa (dengan kondom ataupun tidak)
  • Berhubungan seks berkumpulan (3 orang keatas)
  • Berhubungan seks dubur
  • Onani
  • Interracial (berhubungan seks dengan pelakon lelaki berbangsa lain, kebanyakan pelakon lelaki berkulit hitam atau orang putih)
  • Ejakulasi pada muka
  • Ejakulasi pada mulut
  • Ejakulasi terus dalam vagina
  • Bukkake (bermaksud beberapa lelaki mengambil giliran untuk ejakulasi pada tubuh wanita sehingga tubuh atau muka si wanita penuh dengan air mani)
  • Menelan mani (kadang kala pelakon wanita diminta untuk menelan air mani)
  • Dirogol
  • Dramatik
  • POV


Beberapa pujaan AV yang terkenal

[sunting | sunting sumber]

Daripada ratusan wanita yang membuat debut AV saban tahun, ini adalah sebuah senarai bagi sedikit pujaan AV yang dikenali atas sebab-sebab seperti membuat kesan yang ketara kepada industri ini, atas sebab mereka diketahui umum, atau atas kerjaya mereka yang luar biasa panjang.

[Puncak]

[Puncak]

[Puncak]

[Puncak]

[Puncak]

[Puncak]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Fornander, Kjell (1992). "A Star is Porn". Tokyo Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-16. Dicapai pada 2007-02-18. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |work= (bantuan)
  2. ^ Iwamura, Rosemary (1994). "Letter from Japan: From Girls Who Dress Up Like Boys To Trussed-up Porn Stars - Some of the Contemporary Heroines on the Japanese Screen". Continuum: The Australian Journal of Media & Culture, vol. 7 no. 2. Dicapai pada 2007-04-25. Sebagai tambahan kepada pengaruh pornografi keatas pawagam arus perdana, garisan di antara hiburan pornograsi dan keluarga, seperti televisyen sehari-hari adalah kabur. Adalah tidak ganjil di Jepun bagi seorang bintang televisyen atau penyanyi wanita yang merosot kerjayanya untuk muncul di dalam video-video pornografi. Sama juga, terdapat pelakon-pelakon wanita daripada video-video pornografi yang beralih kepada televisyen sehari-hari.
  3. ^ Iwamura.
  4. ^ Diamond, Milton (1999). "Pornography, Rape and Sex Crimes in Japan". Pacific Center for Sex and Society; University Of Hawai`i. Dicapai pada 2007-02-18. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  5. ^ Penerbit AV Shoichi Yoshimura, dipetik dalam Fornander, Kjell (1992). "A Star is Porn". Tokyo Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-16. Dicapai pada 2007-02-18. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |work= (bantuan)
  6. ^ Iwamura, Rosemary (1994). "Letter from Japan: From Girls Who Dress Up Like Boys To Trussed-up Porn Stars - Some of the Contemporary Heroines on the Japanese Screen". Continuum: The Australian Journal of Media & Culture, vol. 7 no. 2. Dicapai pada 2007-02-18.
  7. ^ Stovall, Albert. "The AV Director". Sake Drenched Postcards. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-08. Dicapai pada 2007-02-18. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  8. ^ "Japanese porn exporters put their money where the mosaic is". gramponante.com. Dicapai pada 2009-10-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]