Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Pusat Perubatan Serantau Gunung Dabie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Perubatan Serantau Gunung Dabie
大别山区域医疗中心
Geografi
LokasiHuangzhou, Huanggang, Hubei, China
Perkhidmatan
Katil1,000
Sejarah
Diasaskan28 Januari 2020

Pusat Perubatan Serantau Gunung Dabie (Bahasa Cina: 大别山区域医疗中心pinyin: Dàbiéshān Qūyù Yīliáo Zhōngxīn) ialah sebuah kampus hospital di Daerah Huangzhou, Huanggang, Hubei, China. Pada asalnya, bangunan ini dibina sebagai kampus baru untuk Hospital Pusat Huanggang untuk berpindah ke sana, namun bangunan ini ditukar dengan cepat untuk menjadi kemudahan kuarantin sebagai tindak balas kepada wabak koronavirus Wuhan 2019–20.

Pembinaan kampus hospital ini bermula pada 2013 dan struktur kampus ini disiapkan pada 2016 dan sebagai projek penggal lama untuk menempatkan semula Hospital Pusat Huanggang.[1] Pengubahsuaian dan pemasangan peralatan perubatan sedang dijalankan dan sebahagian besarnya selesai apabila dilaporkan pada Januari 2020.[2] Kampus itu dijadualkan siap untuk pembukaannya pada Mei 2020.[2]

Namun, berikutan penularan mendadak novel koronavirus 2019 di Wuhan, pihak berkusa mengumumkan pada 24 Januari 2020 bahawa kampus akan bertukar dengan cepat untuk merawat pesakit dengan virus tersebut.[3] Kerja-kerja penukaran kampus bermula pada 25 Januari 2020 dengan menukar kampus kosong oleh 500 pekerja pembinaan, juruelektrik dan pegawai polis.[4] Kerja-kerja tersebut selesai pada 28 Januari 2020 selepas 48 jam dan hospital mula menerima pesakit pada jam 10:30 malam.[5]

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk awal kampus dapat menampung kapasiti 2,000 katil.[6]

Sebagai kemudahan kuarantin, kampus ini mempunyai kapasiti 1,000.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "大别山(鄂东)区域医疗中心建设(黄冈市中心医院和黄冈市疾控中心整体搬迁)_中国工程网". www.86gc.net. Dicapai pada 2020-02-04.
  2. ^ a b "湖北黄冈版"小汤山医院"正式启用". 早报 (dalam bahasa Cina). 2020-01-29. Dicapai pada 2020-02-04.
  3. ^ Banim, Julia (29 January 2020). "China Completes 1,000-Bed Coronavirus Hospital In Under A Week". Unilad. Dicapai pada 30 January 2020.
  4. ^ a b Hartley-Parkinson, Richard (29 January 2020). "China completes 1,000-bed coronavirus hospital in just 48 hours". Dicapai pada 30 January 2020.
  5. ^ Liew, Esther (29 January 2020). "China's First Wuhan Virus Hospital Is Now Open After Just 2 Days Of Construction". WORLD OF BUZZ. Dicapai pada 30 January 2020.
  6. ^ "大别山区域医疗中心暨黄冈市中心医院整体搬迁 | AIA". a-i-a.cn. Dicapai pada 2020-02-04.