Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Puteri Khareeza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Khareeza
Kelahiran
Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif

(1998-04-17) 17 April 1998 (umur 26)
PendidikanIjazah Jurusan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif
  • 2008–2011
  • 2019–kini
PasanganMohd Shukor Kamaruddin (k. 2024) [1]

Puteri Aszfaryna Khareeza Arif (lahir 17 April 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau meraih kejayaan selepas dinobatkan sebagai naib juara Idola Kecil musim ketiga pada 2010,[3] dan melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada 2022 sebagai runut bunyi drama Melur Untuk Firdaus. Sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi drama lakonannya seperti Mimpi Sabrina (2019), Alergi Mamat Romantik (2020), Hari Kita Jatuh Cinta (2021) dan Air Mata Allisya (2022).

Puteri Khareeza mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia 7 tahun dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008. Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada Jun 2022 dan menjadi rakaman rasmi pertamanya sejak mula bergiat aktif dalam industri muzik. Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Venus yang mana beliau merupakan vokalisnya. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu "Sakitnya Hati" dan "Maafkan Aku".

Idola Kecil 3 (2010)

[sunting | sunting sumber]

Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin.[4] Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris yang merangkul gelaran juara. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Idola Kecil 3:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Bebas "Tak Mungkin Kerna Sayang" Alyah TERSELAMAT
Minggu 2 Pop & Balada "Sejujur Hatimu" Adibah Noor TERSELAMAT
Minggu 3 Duet "Matahariku" (duet bersama Angel) Agnez Mo TERSELAMAT
Minggu 4 Indie Rock "Ekstravaganza" Bunkface TERSELAMAT
Minggu 5 Tribute Dato' Siti Nurhaliza "Dialah Di Hati" Dato' Siti Nurhaliza TERSELAMAT
Minggu Separuh Akhir Road to Final "Tic Tac Toe" Ezlynn TERSELAMAT
Minggu Akhir Grand Finale "Kata Mama" Dirinya sendiri NAIB JUARA
"Mencari Konklusi" Hujan

Lagu Cinta Kita 3 (2021)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga.[5] Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau bersama Pasya dalam Lagu Cinta Kita 3:

Konsert Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 TIADA
Minggu 2 "Dealova" Once Mekel TERSELAMAT
Minggu 3 "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 TERSELAMAT
Minggu 4 "Sumpah" Aina Abdul TERSELAMAT
Minggu 5 "Dirgahayu" Siti Nurhaliza & Faizal Tahir TERSELAMAT
Minggu 6 "Kembali Merindu" Slam TERSELAMAT
Separuh Akhir "Relakan Jiwa" Hazama Azmi TERSELAMAT
Akhir Pusingan 1: "Kejoraku Bersatu"
Pusingan 2: "Cinta Sejati Aku"
Search
Diri mereka sendiri
TEMPAT KETIGA

Big Stage 5 (2023)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Menifesto "Duka Sebalik Tawa" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Flex Your Beat "Ayang" Nabila Maharani TERSELAMAT
Minggu 3 Asmaraloka "Satu" Dewa 19 TERSELAMAT
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Saat Hilang Cintamu" Siti Sarah TERSELAMAT
Minggu 5 High School Crush "Never Say Never" Justin Bieber ft. Jaden TERSELAMAT
Minggu 6 Wow-Wa What's Next "Sangkar Cinta" Ziana Zain TERSELAMAT
Minggu 7 Selebriti Memilih "Skyfall (dipilih oleh Ernie Zakri)" Adele TERSELAMAT
Minggu 8 (Suku Akhir) Juri Pulak Memilih "Dokter Cinta" Dewi Dewi TERSELAMAT
Minggu 9 (Separuh Akhir) BBNU Pun Nak Pilih Jugak "Bangun (duet bersama Sophia Liana)" Aman RA TERSELAMAT
Minggu 10 (Akhir) Ultimatum & Battle Mashup "Pelukan Angkasa" Sekumpulan Orang Gila ft. Shila Amzah TEMPAT KEENAM
"Toxic & Titanium" (battle Aufahanie) Britney Spears & David Guetta ft. Sia

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kapten Boleh Fatin Astro Ceria Drama pertama
2019 Anugerah Cinta Aisyah Salena TV Okey
Diari Ramadhan Rafique Reunion Zara TV3
Mimpi Sabrina Cat TV3
2020 Alergi Mamat Romantik TV Okey Adaptasi Novel Alergi Mamat Romantik Karya Ezza Maysara
2021 Hari Kita Jatuh Cinta Aishah Awesome TV Adaptasi Novel Hari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar
2022 Air Mata Allisya Maria TV9 Adaptasi Novel Air Mata Allisya Karya Ain Zanowi
Cinta Hilang Kata Farah Astro Prima Adaptasi Novel Cinta Hilang Kata Karya Lily Haslina Nasir
2022–2023 Kerana Cinta Itu Ada Dahlia Rizwani TV3 Adaptasi Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea
2023 Kau? C.E.O Aku? Hanim TV1
4 Musim Cinta Erin TV Okey
Segenap Takdir Azlin TV3 Adaptasi Novel Segenap Takdir Karya Tina Derika
Melastik Ke Hatimu 2 Syasya Adaptasi Novel Melastik Ke Hatimu Karya Aqma Dee
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
2024 Wanita Syurga Leanne TV3 Adaptasi Novel Ebook Pelangi Tak Berwarna Karya Sophilea
Racun Rihanna Marya (Flashback)
Nuh & Nayla Fatimah Adaptasi Novel Nuh & Nayla Karya Ieya Sya

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Kampung Arena Panggang Faezah Astro Warna Telefilem pertama
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Che Dah (20an) TV3

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Idola Kecil (musim 3) Peserta TV9
2022 Wanita Hari Ini Artis jemputan TV3
2023 Big Stage (musim 5) Peserta Astro Ria

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Catatan
2022
"Duka Sebalik Tawa"
OST Melur Untuk Firdaus

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
  1. ^ Selepas 4 bulan kenal, Puteri Khareeza kahwini jejaka pilihan
  2. ^ "Gambar, profil dan biodata Puteri Naib Juara Idola Kecil 3". Buzzera. Disember 2010. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  3. ^ Dennis Chua (9 Januari 2023). "#Showbiz: This 'princess' rises slowly and steadily". New Straits Times. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  4. ^ Budiey (1 November 2010). "Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  5. ^ Arfah (21 Disember 2021). "Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir". XTRA. Dicapai pada 9 Jun 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]