Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Qi Xi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Qi Xi (Bahasa Cina: 七夕; pinyin: qī xī; secara harfiah "Malam Tujuh"), kadangkala digelar Hari Valentine Cina, jatuh pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh kalendar Cina; maka demikianlah namanya. Mengikut tradisi, gadis muda mempamerkan kemahiran seni mereka, terutamanya mengukir tembikai, pada hari ini serta meluahkan hajat agar bersuamikan lelaki yang baik. Nama-nama lain bagi pesta ini termasuk:

  • Perayaan Hajat untuk Kemahiran (乞巧節; qǐ qiǎo jié)
  • Hari Jadi Saudari Ketujuh (七姐誕; qī jiě dàn)
  • Malam Kemahiran (巧夕; qiǎo xī)

Pada tahun 2007, perayaan ini diadakan pada 19 Ogos.

Cerita Gembala Lembu dan Gadis Penenun

[sunting | sunting sumber]

Pada akhir musim panas, bintang Altair dan Vega tinggi menyinar di langit malam, dan orang Cina menceritakan cerita rakyat berikut:

Niulang (Bahasa Cina: 牛郎; pinyin: niú láng; secara harfiah "gembala lembu", bintang Altair) bertembung dengan tujuh pari-pari bersaudari yang sedang bermandi dalam tasik. Setelah dihasut oleh temannya iaitu si lembu, Niulang mencuri pakaian mereka dan menunggu apa yang beralku seterusnya. Pari-pari bersaudari tersebut memilih yang termuda dan paling jelita antara mereka, iaitu Zhinü (Cina Ringkas: 织女; Cina Tradisional: 織女; pinyin: zhī nǚ, "gadis penenun", bintang Vega) untuk mendapatkan semula pakaian mereka. Maka dia pun melakukan tugasnya, tetapi oleh sebab dapat diintai dalam keadaan telanjang oleh Niulang, dia mesti merestui lamaran jejaka tersebut. Zhinü terbukti menjadi seorang isteri yang bagus, manakala Niulang seorang suami yang baik, maka berbahagialah mereka berdua bersama. Namun begitu, Dewi Kayangan (dalam sesetengah versi, iaitu bonda Zhinü) murka setelah mendapati bahawa seorang manusia biasa telah mengahwini salah seorang pari-parinya. (Dalam satu versi yang lain, Dewi tersebut memaksa pari-pari penenun tersebut kembali ke tugas lamanya untuk menenun awan berwarna-warni di angkasa kerana dia tidak boleh melakukan tugas itu ketika berkahwin dengan manusia.) Dewi tersebut menanggalkan cuck sanggulnya lalu mencakar sebatang sungai yang luas di angkasa untuk memisahkan kedua-dua kekasih itu buat selamanya (maka terbentuknya Bima Sakti yang memisahkan Altair dan Vega).

Zhinü terpaksa duduk di sebelah sungai dan menenun dengan rasa pilu buat selamanya, sementara Niulang merenunginya dari jauh dan menjaga kedua-dua anaknya (iaitu bintang-bintang β dan γ Aquilae yang mengapit Altair).

Akan tetapi, setahun sekali semua burung murai di dunia meluahkan rasa simpati kepada kedua-dua kekasih itu dan terbang ke kayangan untuk membentuk sebatang jambatan (鵲橋, "jambatan murai", Que Qiao) di atas bintang Deneb pada buruj Cygnus agar pasangan itu bersama lagi selama semalam, iaitu malam ketujuh dalam bulan ketujuh.

Pada malam Qi Xi, seulas hiasan berangkai diletakkan pada halaman rumah dan wanita yang belum atau sudah baru berkahwin dalam rumah tangga menghidangkan persembahan yang terdiri daripada buah-buahan, bunga-bunga, teh dan bedak muka kepada Niulang dan Zhinü. Setelah persembahan itu, separuh bedak tersebut ditaburkan pada bumbung rumah dan separuh lagi dibahagikan antara wanita-wanita lain. Adalah dipercayai bahwa melalui amalan ini wanita-wanita diabadikan dengan kecantikan bersama Zhinü.

Satu lagi tradisi ialah bagi gadis muda untuk mencampakkan jarum jahitan kedalam sebiji mangkuk yangpenuh diisi air pada malam Qi Xi sebagai ujian kemahiran menyulam. Jika jarum itu terapung, adalah dipercayai bahawa gadis itu memang mahir menyulam.

Hari ketujuh bulan ketujuh takwim lunisolar pada sepuluh tahun akan datang:

  1. 2007-08-19
  2. 2008-08-07
  3. 2009-08-26
  4. 2010-08-16
  5. 2011-08-06
  6. 2012-08-23 (Catatan: Jepun ialah 2012-08-24 kerana perbezaan masa.)
  7. 2013-08-13
  8. 2014-08-02
  9. 2015-08-20
  10. 2016-08-09

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]