Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Qin Shi Huang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Qin Pertama
Qin Shi Huang
Raja Negera Qin
Pemerintahan07 Mei 247 SM – 221 SM
Didahului olehQin Zhuang Xiang Wang
秦庄襄王 (Ying Zi Chu 嬴子楚)
Maharaja Dinasti Qin
Pemerintahan221 SM – 10 September 210 SM
Diikuti olehQin Er Shi 秦二世
(Ying Hu Hai 嬴胡亥)
KeputeraanJanuari 259 SM
Bandar Handan, Negara Zhao (sekarang Hebei)
Kemangkatan11 Ogos 210 SM (umur 48-49)
PemakamanMakam Qin Shi Huang
(秦始皇陵), Xi'an, Shaanxi, Republik Rakyat China
Anakanda
  • 24 orang putera

(termasuk : Fu Su 扶苏, Gao 高, Jiang Lu 将闾 dan Hu Hai 胡亥)

  • 10 orang puteri
Nama penuh
Nama keluarga : Ying (嬴)

Nama puak : Zhao (赵)

Nama lahir : Zheng (政)
Nama pemerintahanShi Huang Di 始皇帝
(Maharaja Mulia Pertama)
Nama gelaranShi Huang 始皇
Nama panggilan
  • Ying Zheng 嬴政
  • Zhao Zheng 赵政
WangsaDinasti Qin
AyahandaYing Zi Chu 嬴子楚
BondaZhao Ji 赵姬

Qin Shi Huang ( Hanzi : 秦始皇 ; pinyin : Qín Shǐ Huáng ; Bahasa Melayu : Maharaja Qin Pertama ; nama penuh sebenar : Ying Zhao Zheng 嬴赵政 ; lahir : 259 SM ; mati : 10 September 210 SM ), ialah Raja Negera Qin dari 247 SM hingga 221 SM, menjadi maharaja yang pemerintahan dengan nama "Shi Huang Di (始皇帝 ; Maharaja Mulia Pertama)" dan dikenali sebagai "Shi Huang (始皇)" kepada Empayar Qin dari 221 SM hingga 210 SM, era empayar ini dikenali sebagai "Dinasti Qin" oleh ahli sejarah.[1] [2] [3]

Baginda dikenali dalam sejarah China kerana menyatukan semua 7 Negara Besar di Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah China) pada Zaman Negara Berperang dan menamakannya sebagai Raja Negara Qin, selepas itu, membangunkan Dinasti Qin sebagai Maharaja Empayar Qin, memperkenalkan Legalisme, tetapi juga membakar banyak buku sejarah dan membunuh ramai sarjana yang baginda tidak suka, secara besar-besaran.[1]

Ying Zhao Zheng telah diputerakan di Bandar Handan (邯郸市), ibu negara kepada Negara Zhao (赵国 ; sekarang Hebei) oleh seorang putera dari Kelurga Ying (嬴家) yang berdasarkan dari Negara Qin (秦国) bernama Ying Zi Chu (嬴子楚) dan Zhao Ji (赵姬) dari Negara Zhao.[1]

Baginda lahir pada bulan pertama dalam kalendar Cina dan diberi nama lahir "Zheng (政)" yang berbunyi seperti "Zheng Yue (正月)", ia nama kepada bulan (月) pertama dalam zaman lampau yang dikenali sebagai "Kalendar Xia (夏历)".[1]

Dalam antikuiti orang Han , orang menggabungkan nama keluarga dan nama diberi bersama seperti kebiasaan zaman sekarang. Maka, pada zaman dahulu, Ying Zhao Zheng akan dikenali sebagai "Ying Zheng (嬴政)" atau "Zhao Zheng (赵政)".[2]

Sebagai anak diraja, nama penuh sebenar baginda tidak pernah digunakan kecuali oleh ahli keluarga yang terdekat. Sebagai seorang putera, baginda dikenali sebagai "Putera Zheng" atau dengan istilah dinasti biasa "Putera Zheng dari Qin". Sebagai seorang raja kepada rakyatnya, baginda dirujuk sebagai "Raja Qin" sahaja dan dikenali oleh rakyat lain sebagai "Raja (nama panggilan) dari Negara Qin". Sebagai seorang maharaja, baginda memanggil dirinya sebagai "Zheng (朕)" dan mengunakan nama pemerintahan "Shi Huang Di (始皇帝 ; Maharaja Mulia Pertama)" dan dikenali oleh rakyat lain sebagai "Shi Huang (始皇)". Nama "Qin Shi Huang" ialah nama anumerta kepada tokoh ini.[2]

Berkeinginan untuk menunjukkan bahawa baginda bukan lagi raja biasa seperti ketika Tempoh Peperangan Negera, baginda mencipta gelaran baru, Huang Di (皇帝), menggabungkan perkataan Huang (皇) dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan Di (帝) dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang. Tiga Huang dan Lima Di dianggap pemerintah sempurna, kuasa yang sangat hebat dan panjang umur. Perkataan Huang juga bermakna "besar", "hebat". Perkataan Di juga merujuk kepada Tuhan Utama di Syurga, pencipta dunia. Maka, dengan menggabungkan kedua-dua perkataan itu buat kali pertama sebagai "Huang Di (皇帝)", Ying Zhao Zheng telah mencipta gelaran yang dia menganggap sepadan dengan pencapaiannya : ketua kepada sebuah negara yang dapat menguasai seluruh tanah Zhong Yuan, malah seluruh dunia. Qin, seperti Rom purba, percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, merujuk kepada konsep "Tian Xia (天下 ; segalanya yang berada di bawah langit/syurga)".

Negara Tahun (SM) Tahun Ying Zheng sebagai Raja Negara Qin Peristiwa
Negara Han 韩国 230 17 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Zhao 赵国 228 19 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Wei 魏国 225 22 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Chu 楚国 223 24 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Yan 燕国 222 25 dikalahkan oleh Negara Qin
Negara Qi 齐国 221 26 menyerah kalah kepada Negara Qin
Negara Qin 秦国 221 26 direka semula sebagai Empayar Qin selepas menyatukan semua 7 negara besar, menamatkan Zaman Negara Berperang, permulaan era Dinasti Qin

Qin Shi Huang kekal sebagai tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah China. Setelah menyatukan Empayar Qin, baginda serta Cheng Xiang (丞相 ; ketua kepada semua menteri) baginda Li Si (李斯) meluluskan beberapa pembaharuan besar yang bertujuan mengeratkan perpaduan, maka mereka menjalankan beberapa projek gergasi, terutamanya versi pelopor bagi yang kemudian dikenali sebagai "Tembok Besar China".

Selepas menyatukan semua 7 negara besar dengan menghapuskan 6 negara selain Negara Qin yang direka semula oleh baginda sebagai Empayar Qin pada tahun 221 SM dan dirinya sebagai maharaja kepada empayar tersebut yang juga dikenali dengan nama "Ying Qin (嬴秦)". Era empayar ini dikenali sebagai "Dinasti Qin" oleh ahli sejarah. Ia sebuah empayar yang dapat menguasai seluruh Zhong Yuan dan merupakan satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dalam sejarah China.[2]

Pada zaman sekarang, terdapat sebuah Makam Qin Shi Huang (秦始皇陵) di Xi'an, Shaanxi, Republik Rakyat China yang sebesar sebuah kota. Ia dijaga oleh patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia dan sebuah sistem jalanraya kebangsaan besar-besaran yang mengorbankan ramai nyawa manusia untuk pembinaannya.

Untuk memastikan kestabilan, baginda mengharamkan Konfusianisme dan mengebumikan ramai pengikut ajaran itu hidup-hidup serta mengharamkan dan membakar semua buku selain yang dititahkan secara rasmi.

Sungguhpun pemerintahan autokratik baginda yang begitu zalim, namun Ying Zhao Zheng masih dianggap oleh ramai pada masa kini sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah China kerana penyatuan keseluruhan tanah Zhong Yuan baginda telah bertahan selama lebih 2,000 tahun.

  1. ^ a b c d 史记 : 卷六 秦始皇本纪 第六 dari Shiji oleh Sima Qian
  2. ^ a b c d 徐俊 (November 2000). 中国古代王朝和政权名号探源 (dalam bahasa Cina). 湖北武昌: 华中师范大学出版社. m/s. 55–57. ISBN 7-5622-2277-0.
  3. ^ "Emperor Qin Shi Huang -- First Emperor of China". TravelChinaGuide.com. Dicapai pada 2007-09-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Qin Shi Huang
Didahului oleh
Qin Zhuang Xiang Wang 秦庄襄王
( Ying Zi Chu 嬴子楚 )
Raja Negera Qin
246 SM – 221 SM
Gelaran digabungkan
ke mahkota
Gelaran baharu
Diisyitharkan
maharaja
Maharaja Dinasti Qin
221 SM – 210 SM
Diikuti oleh:
Qin Er Shi 秦二世
( Ying Hu Hai 嬴胡亥 )