Ratu lebah
Penampilan
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Ratu lebah ialah satu istilah yang merujuk kepada lebah betina yang dewasa dan telah mengawan, tinggal di dalam koloni lebah madu atau sarang. Ia adalah ibu kepada hampir semua lebah di dalam sarangnya. Ratu terbentuk daripada larva yang dipilih oleh lebah pekerja dan diberi makanan khusus iaitu jeli raja untuk menjadi matang dan lain daripada lebah pekerja biasa. Secara normal, terdapat hanya satu ratu sahaja di dalam sesebuah sarang.
Istilah "ratu lebah" boleh menjadi umum apabila digunakan kepada mana-mana serangga betina pembiakan di dalam sesebuah koloni spesis lebah eusosial selain daripada lebah madu.