Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Reich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Reich (/ˈrk/;[1] bahasa Jerman: [ˈʁaɪç]  ( dengar)) adalah perkataan Jerman yang bermaksud "alam pemerintahan". Istilah Kaiserreich (secara harfiah "alam maharaja") dan Königreich (secara harfiah "alam raja") telah digunakan di Jerman untuk merujuk pada empayar dan kerajaan.

Dengan demikian, istilah Deutsches Reich (sering diterjemahkan kepada "Empayar Jerman") terus digunakan walaupun selepas keruntuhan empayar Jerman dan pembubaran monarki pada tahun 1918, tanpa sebarang konotasi imperial.

Istilah ini berasal daripada perkataan Germanik yang bermaksud "alam pemerintahan" secara umum, tetapi biasanya digunakan di Jerman untuk menandakan sesebuah kerajaan beraja atau empayar, terutamanya Empayar Rom.[2] Istilah Kaisertum (secara kasar "Emperordom") dan Kaiserreich telah digunakan di Jerman dengan lebih khusus pentakrifan empayar yang diperintah oleh maharaja.[2]

Reich setanding dari segi maksud dan pembangunan (dan juga berasal dari akar Bahasa Proto-Indo-Eropah yang sama) dengan perkataan Inggeris realm (dari bahasa Perancis reaume "kingdom" dari bahasa Latin regalis "royal"). Ia digunakan untuk empayar bersejarah secara umum, seperti Empayar Rom (Römisches Reich), Empayar Parsi (Perserreich), dan kedua-dua Tsardom Rusia dan Empayar Rusia (Zarenreich, secara harfiah "alam Tsar").

Didalam Sejarah Jerman khususnya, ia digunakan untuk merujuk pada:

Sejarah Reich biasanya dibahagikan kepada tiga zaman:

  1. Reich Pertama (Jerman: Erstes Reich): Empayar Suci Rom (Jerman: Heiliges Römisches Reich) 962–1806; kemudian Empayar Suci Rom Bangsa Jerman (Jerman: Heiliges Römisches Reich Deutscher Nation), juga dipanggil Empayar Purba (Jerman: Altes Reich)
  2. Reich Kedua (Jerman: Zweites Reich): Empayar Jerman (Jerman: Deutsches Kaiserreich) 1871–1918
  3. Reich Ketiga (Jerman: Drittes Reich): Jerman Nazi (Jerman: Deutsches Reich) 1933-1943 kemudian Reich German Raya (Jerman: Großdeutsches Reich) 1943-1945

Zaman Weimar 1918-1933, yang juga dipanggil Reich Jerman diabaikan dan dikecam oleh pihak Nazi sebagai penyimpangan sejarah, ia dirujuk dengan penghinaan sebagai "Negara Sistem".

Didalam sebuah buku 1923 bertajuk Das Dritte Reich oleh Arthur Moeller van den Bruck,[3] menyatakan bahawa zaman Empayar Suci Rom sebagai empayar pertama dan monarki tahun 1871–1918 sebagai empayar kedua, kemudian diikuti oleh empayar ketiga yang "lebih bertenaga", iaitu Jerman Nazi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ http://dictionary.reference.com/browse/reich
  2. ^ a b Harper's magazine, Volume 63. Pp. 593.
  3. ^ The man who invented the Third Reich: the life and times of Arthur Moeller van den Bruck. Npi Media Ltd. May 1, 1999. ISBN 978-0-75-091866-4.