Rumah (filem)
Rumah | |
---|---|
Pengarah | Kay Shan |
Penulis | Ayez |
Dihasilkan oleh | Ratna K Nadarajan |
Dibintangi | |
Sinematografi | Kamarul Arif Jamaluddin |
Disunting oleh | Jomin |
Muzik oleh | Rekha Raveendren |
Syarikat penerbitan | Mojo Projects Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 24 Februari 2022 (Malaysia, Singapura, Brunei) |
Masa tayangan | 1 jam 49 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem seram berjudul Rumah lakonan Erra Fazira, Puteri Balqis dan Mak Jah , di bawah arah Kay dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 Februari 2022 [1]. Filem ini mendapat sentuhan skor muzik oleh pemuzik terkenal Rekha Raveendren. Skor muzik filem ini dirakamkan di Bulgaria bersama 50 ahli orkestra filharmonik Bulgarica dan diadun di Windmill Recording Studio di Dublin, Ireland. Pengarah filem ini Kay Shan telah ditemui maut di kediamannya pada tahun 2021 , dan dipercayai berdepan dengan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksanya berhutang. Ia dinyatakan dalam rakaman berkapsyen official announcement media sosial mendiang [2].
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya. Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Maya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri. Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Erra Fazira sebagai Maya
- Puteri Balqis sebagai Bella
- Maimunah Ahmad (Mak Jah) sebagai Wan Nani
- Aswad Naslim sebagai Adnan
- Riki Rikando sebagai Bustamam