S. Sudarmaji
S. Sudarmaji | |
---|---|
Kelahiran | Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah 19 Jun 1923 |
Meninggal dunia | 23 April 1989 | (umur 65)
Sebab kematian | Kencing manis dan komplikasi buah pinggang |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Kampung Melaka, Batu 9 Jalan Cheras, Selangor |
Warganegara | Indonesia |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis lirik, penulis skrip, guru tari |
Tahun aktif | 1948–1989 |
Pasangan | Kamsini Kamijo (meninggal dunia) |
Anak-anak | Sri Rahayu Syed Sudarmaji (lahir 1952) |
Syed Sudarmaji Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai S. Sudarmaji (19 Jun 1923 – 23 April 1989) merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu dan penulis lirik terkenal di Malaysia sezaman dengan P. Ramlee.[1]
Kehidupan dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 19 Jun 1923 di Jogjakarta, Hindia Timur Belanda (kini zaman moden Indonesia). Beliau memulakan kerjayanya dengan Malay Film Productions pada tahun 1948 sebagai kerani kesinambungan. Beliau mempunyai latar belakang seni – boleh menulis lirik, berlakon, menyanyi lagu-lagu keroncong dan menari tarian Jawa dan Bali.
Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat, selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis lirik, penulis skrip dan guru tarian. Sebagai pelakon, antara filem lakonan beliau ialah, Tiga Abdul (1964), Nasib Si Labu Labi (1963), Antara Dua Darjat (1960) dan Hang Tuah (1956). Sebagai penulis skrip, antara filem yang beliau tulis ialah, Penarek Becha (1955), Semerah Padi (1956), Sumpah Orang Minyak (1958), Nasib Si Labu Labi (1963) dan Nasib Do Re Mi (1966). Antara filem arahan beliau pula ialah, Detik 12 Malam (1979), Perjanjian Syaitan (1981), Langit Tidak Selalu Cerah (1981) dan Kabus Tengahari (1982). Sebelum menduduki kerusi pengarah, beliau terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai penolong pengarah, antara filem yang terlibat ialah, Bujang Lapok (1957), Sarjan Hassan (1958), Ali Baba Bujang Lapok (1961), Seniman Bujang Lapok (1961), dan Ibu Mertua-ku (1962).
Sebagai penulis lirik, Allahyarham dikatakan telah menghasilkan lebih kurang 128 buah lirik lagu, antara yang popular ialah "Getaran Jiwa", "Putus Sudah Kasih Sayang", "Jeritan Batinku", "Bunga Melor", "Rukun Islam Lima Perkara" dan "Bahtera Merdeka".
Kematian
[sunting | sunting sumber]Sudarmaji meninggal dunia pada 23 April 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat komplikasi sakit kencing manis dan buah pinggang, ketika itu beliau berusia 65 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Suntax, Batu Sembilan, Cheras.[2] Beliau meninggalkan seorang isteri, Kamisah Kamijo, yang meninggal dunia pada 11 September 1997 pada usia 80 tahun akibat sakit tua dan seorang anak perempuan, Sri Rahayu, yang pernah popular dengan watak Ayu, kanak-kanak yang sering meminta upah 20 sen daripada Sudin dalam filem Bujang Lapok.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | ||||
1952 | Aladdin | Filem lakonan pertama | ||||
Antara Senyum dan Tangis | Pelakon tambahan | |||||
1955 | Penarek Becha | — | ||||
1956 | Hang Tuah | Ketua Orang Jakun | Pelakon tambahan | |||
Semerah Padi | — | |||||
1957 | Pancha Delima | (dialog) | — | |||
Bujang Lapok | (penolong) | — | ||||
1958 | Sarjan Hassan | (penolong) | — | |||
Sumpah Orang Minyak | (penolong) | (dialog) | — | |||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | (penolong) | Pekerja Taukeh Sampan | |||
Nujum Pak Belalang | (penolong) | — | ||||
1960 | Antara Dua Darjat | Pemain Biola / Marakas | ||||
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | (penolong) | Penyamun | Pelakon tambahan | ||
Seniman Bujang Lapok | (penolong) | Penolong Pengarah Malay Filem Production | Penampilan khas | |||
1962 | Ibu Mertua-ku | (penolong) | Salleh Idham | |||
Labu dan Labi | (penolong) | — | ||||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Cikgu Sudar | ||||
1964 | Tiga Abdul | (penolong) | Seseorang yang mencari tahi burung untuk digunakan sebagai baja | Filem lakonan terakhir | ||
1966 | Nasib Do Re Mi | — | ||||
1968 | Ibulah Syurga | — | Filem arahan pertama | |||
1971 | Pedang Sakti | — | ||||
Belang Pertanda | — | |||||
1979 | Detik 12 Malam | — | ||||
1981 | Perjanjian Syaitan | — | ||||
Langit Tidak Selalu Cerah | — | |||||
1982 | Kabus Tengahari | — | Filem arahan terakhir |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sudarmaji jadi pengarah Merdeka Studio". Berita Harian Singapura. 21 April 1971. m/s. 4. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ "Pengarah, penggubah lagu S. Sudarmaji meninggal". Berita Harian. 24 April 1989. m/s. 1. Dicapai pada 8 November 2018.