Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Satoshi Ohno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satoshi Ohno
Juga dikenali sebagai
Ohno, Satoshi-kun, Riida, Oh-chan, Samii
Berasal dariTokyo, Jepun
GenreJohnny's Entertainment
PekerjaanPenyanyi, penggubah, pelakon, penari, tokoh TV, juruacara radio
Tahun aktif1994–kini
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1999–2001)
J Storm (2002–kini)
Pengkarya berkait
Arashi

Satoshi Ohno (大野 智, Ōno Satoshi, lahir 26 November 1980 di Mitaka, Tokyo) adalah vokalis utama anggota kumpulan idol Jepun popular, Arashi. Beliau menyertai Johnny's Junior dari umur 13 tahun. ARASHI ditubuhkan pada 15, September, 1999. ARASHI muncul pertama kalinya dilayar tv dengan single A.Ra.Shi pada 3, November 1999.

Ohno,juga lebih dikenali sebagai Riida atau Oh-chan oleh peminat-peminat ARASHI, adalah ketua kumpulan ARASHI. Beliau terpilih untuk menjadi ketua kumpulan apabila memenangi permainan 'jankenpon' (batu, kertas, gunting).

Anak bongsu dari dua beradik, secara terbuka menyatakan idol dan sumber dedikasi beliau adalah ibunya. Ibu beliau menghantar borang penyertaan ke Johnny's Entertainment Agency.

Beliau terkenal dengan sikap pendiam. Hobi beliau termasuk melukis dan memancing. Beliau pernah mengadakan pameran lukisan bertajuk "Freestyle". Beliau juga bergiat di dalam bidang lakonan, dan dianugerahi pelakon utama terbaik NIKAN DRAMA 2008.

Selain itu, beliau juga koreograf tarian termasuk konsert solo beliau bertajuk 3104 yen, 2006, Love Situation (Arashi), Hadashi no Mirai (Arashi), Take me Faraway (Ohno Satoshi), Rain (Ohno Satoshi) dan Carnival Night Part-2 (Arashi)

2065.jpg

[1]

[2]

Drama dan filem lakonan beliau termasuk:

  • Kaibutsu 2010
  • Saigo no Yakusoku (Janji terakhir) 2010
  • 0 Gōshitsu no Kyaku: First Story - Akogare no Otoko 2009
  • Uta no onisan 2009
  • Maou 2008
  • Kagi no Kakatta Heya 2012
  • Kiroii Namida 2007
  • Yamada Taro Monogatari (pelakon undangan) 2007
  • Gekidan Engimono series (pelakon undangan) 2004
  • Yonbun no ichi no kizuna 2004
  • Pika**nchi Life is Hard Dakara Happy 2004
  • Yoiko no Mikata 2003
  • Pika*nchi Life is Hard Dakedo Happy 2002
  • Engimono series (pelakon undangan) 2002
  • Shonentaiya - Aoki-san Uchi no Okusan (pelakon undangan) 2001
  • Speed Star 2001
  • Worst Dates 2000
  • V no Arashi 1999

Antara teater yang dilayari adalah:

  • Kyo to Kyo 1997
  • Aoki-san Uchi no Okusan 2002
  • Sengokupū 2003
  • True West 2004
  • West Side Story 2004
  • Bakumatsu Banpū 2005
  • Tensei Kunpū 2006
  • Amatsukaze 2008

Anugerah diterima:

  • Pelakon utama lelaki terbaik, Grand Prix Drama Tahunan Nikkan Sports ke-12, 2008 (Maou)
  • Pelakon utama Lelaki terbaik Anugerah Tahunan TV Navi Drama ke-5, 2009 (Maou)
  • Pelakon utama lelaki terbaik, Anugerah Bintang Tahunan ke-18, 2009 (Maou)
  • Anugerah Lagu Tema terbaik, Anugerah Emas Drama TV ke-60, 2009 (Uta no Oniisan)