Sejoli
Sejoli | |
---|---|
Pengarah | B. S. Rajhans |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | P. Ramlee Kasma Booty Rokiah Jaafar Neng Yatimah |
Sinematografi | Hitam-putih |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 19 Jun 1951 |
Negara | Malaya (Malaysia & Singapura) |
Bahasa | Melayu |
Filem Sejoli merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1951. Filem Sejoli diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Sejoli diarah oleh pengarah B.S. Rajhans.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Zubaidah berkahwin dengan seorang pemuda yang tidak bertanggungjawab, Ismail. Ismail kemudiannya meninggalkan rumah tanpa sebab walaupun Zubaidah ketika itu sedang hamil. Selepas pemergian Ismail, sahabatnya Mustar sering ke rumah Zubaidah dengan niat jahat. Zubaidah berasa terhina lalu menghalau Mustar keluar daripada rumahnya. Mustar keluar dengan perasaan marah dan menghasut tuan punya rumah agar menghalau Zubaidah dari rumah itu. Akhirnya Zubaidah hidup merempat. Setelah melahirkan kandungannya, Zubaidah meninggalkan anaknya Mariam dalam kebun bunga seorang kaya bernama Ibrahim, oleh kerana tidak mampu menjaga anaknya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Leftenan Jamil
- Kasma Booty sebagai Mariam
- Rokiah Jaafar sebagai Halimah
- Neng Yatimah sebagai Zubaidah
- Jaafar Wiryo sebagai Musta
- S. Shamsuddin sebagai Bakar
- D. Harris sebagai Bakri
- Siti Tanjung Perak
- M. Amin
- Aini Jasmin
- Salmah Ibrahim
Lagu
[sunting | sunting sumber]- Dewiku - P. Ramlee dan Rubiah
- Saling Kasih - P. Ramlee, Lena dan Rubiah