Separuh ton
Separuh ton atau hafton (bahasa Inggeris: halftone ) ialah teknik reprografi yang menyelakukan imejan ton selanjar imagery dengan bintik-bintik yang pelbagai saiz dan penjarakan.[1] 'Hafton' juga memaksukan imej yang dihasilkan melalui proses ini.[1]
Berbanding dengan imejan ton selanjar yang mengandungi beraneka warna atau kelabuan yang tak terbilang, proses separuh ton memampatkan salinan visual kepada imej binari yang dicetak dengan dakwat satu warna sahaja. Salinan binari ini memerlukan ilusi optik asas yang mana bintik-bintik separuh ton yang halus ini diadun menjadi ton licin dalam cerapan mata manusia. Jika dilihat melalui mikroskop, filem foto hitam putih yang dicuci juga terdiri daripada dua warna sahaja, bukannya beraneka ton selanjar yang tak terbilang.
Seperti mana fotografi warna berubah wajah dengan penambahan turas dan lapisan filem, pencetakan warna dijadikan dengan mengulangi proses separuh ton untuk setiap warna subtraktif, selalunya menggunakan 'model warna CMYK.' [2] Sifat dakwat yang separa legap membolehkan bintik-bintik separuh ton menghasilkan satu lagi kesan optik, iaitu imejan penuh warna-warni.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Halftone Screens and Dots
- Learn to create halftone shading with Adobe Photoshop
- Dr. Daniel Lau's Website about halftoning
- "The Rasterbator": Software that allows creation of large halftone type posters
- Halftone screens at the Wolfram Demonstrations Project
- An Easy Method for Making Custom Halftones in Photoshop