Serigala timur
Serigala timur | |
---|---|
Pameran taksidermi seekor serigala timur yang dibunuh pada 10 Februari 1907 di Kaunti Washtenaw, Michigan, Amerika Syarikat. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. lycaon
|
Nama binomial | |
Canis lycaon Schreber, 1775
| |
Modern range of North American Canis | |
Sinonim | |
Canis lupus lycaon
|
Serigala timur (Canis lycaon), juga dikenali sebagai serigala Tasik-tasik Besar, serigala balak timur, serigala Algonquin atau serigala rusa[2] ialah sejenis canid yang asli di bahagian timur laut rantau Tasik-tasik Besar Amerika Utara.[3] Ia merupakan spesies bersaiz sederhan yang, seperti serigala merah, berwarna kemerah-merahan-perang dan bersaiz antara koyote dengan serigala kelabu. Ia terutamanya memangsakan rusa berekor putih, tetapi kadang-kadang boleh menyerang moose dan beaver.[4][5]
Identiti taksonomi serigala timur telah menjadi subjek kontroversi, dengan beberapa teori berlainan dibentangkan mengenai asal usulnya, termasuk bahawa ia merupakan satu subspesies serigala kelabu,[1] bahawa ia konspesifik dengan serigala merah,[6][7] bahawa ia merupakan hasil daripada pengacukan serigala kelabu-koyote,[8] dan bahawa ia merupakan satu spesies unik.[6][9] Setakat 2005[kemas kini],[1] serigala timur masih diakui sebagai satu subspesies serigala kelabu oleh MSW3, tetapi dikelaskan sebagai spesies tersendiri oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat pada 2013 selepas ulasan menyeluruh bagi beberapa kajian genetik. Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa serigala timur berubah ansur di Amerika Utara, tidak seperti serigala kelabu yang berasal dari Eurasia, dan mencapah daripada leluhur sepunya dengan koyote dan serigala merah pada 150,000–300,000 tahun lalu.[9]
Ia setakat ini disenaraikan sebagai Kebimbangan Khas di bawah Jawatankuasa Kanada tentang Status Hidupan Liar Terancam (COSEWIC) dan dengan Jawatankuasa tentang Status Spesies Berisiko di Ontario (COSSARO), oleh sebab pengacukan meluasnya dengan kedua-dua serigala kelabu dan koyote. Serigala timur terutamanya terdedah kepada pengacukan, kerana hubungan dekatnya dengan koyote dan kebolehannya untuk menjambatani aliran gen antara kedua-dua koyote dengan serigala kelabu. Selanjutnya, penindasan manusia selama jangka 400 tahun menyebabkan penurunan populasi yang mengurangkan bilangan pasangan sesuai, lalu membantu pemayaan gen koyote ke dalam populasi serigala timur. Di samping mengancam spesies unik, kacukan serigala-koyote timur yang terhasil adalah terlalu kecil untuk menggantikan serigala timur tulen sebagai pemangsa puncak bagi moose dan rusa. Nukleus utama serigala timur tulen pada masa ini tertumpu di dalam Taman Negara Algonquin.[10]
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Pimlott, D. H., Shannon, J. A. & Kolenosky, G. B. (1969). "The ecology of the timber wolf in Algonquin Provincial Park, Ontario", Laporan Penyelidikan (Hidupan Liar), bil. 87. Ontario, Jabatan Tanah dan Hutan, Toronto, Ontario
- Rutledge, L., The Eastern Wolf: What we do and do not know...[pautan mati kekal], Wolf Steward (April 2010)
- Theberge, J. & Theberge, M. (2013). Wolf Country: Eleven Years Tracking the Algonquin Wolves, Random House LLC
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Thiel, R. P. & Wydeven, A. P. (2012). Laporan Penaksiran Status Serigala Timur (Canis lycaon): Melitupi Amerika Utara Timur-Tengah, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat
- ^ Beeland, T. D. (2013). Secret World of Red Wolves: The Fight to Save North America's Other Wolf, UNC Press Books, ISBN 1469601990
- ^ Theberge, J.B. & M.T. Theberge (2004). The wolves of Algonquin Park, a 12 Year Ecological Study, Jabatan Geografi, Siri Terbitan Nombor 56, Universiti Waterloo, Waterloo, Ontario
- ^ Rutledge, L. Y. (Mei 2010). Evolutionary origins, social structure, and hybridization of the eastern wolf (Canis lycaon), [tesis], Universiti Trent, Peterborough, Ontario, Kanada
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawilson2000
- ^ Kelly, B.T., Beyer, A. & Phillips, M.K. (2008). Canis rufus. In: IUCN 2013. Senarai Merah IUCN Spesies Terancam. Versi 2013.2. <www.iucnredlist.org>. Dimuat turun pada 2 April 2014
- ^ Koblmüller, S., Nord, M., Wayne, R.K. & Leonard, J.A., (2009). Origin and status of the Great Lakes wolf, Molecular Ecology, 18:2313-2326
- ^ a b Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna. 77: 1–67. doi:10.3996/nafa.77.0001. Dicapai pada 2 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Linda Y. Rutledge, Bradley N. White, Jeffrey R. Row & Brent R. Patterson (2012). "Intense harvesting of eastern wolves facilitated hybridization with coyotes". Ecology and Evolution. 2 (1): 19–33. doi:10.1002/ece3.61. Dicapai pada 1 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Serigala timur |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Canis lupus lycaon |
- Bank DNA Serigala Timur, Serigala dan Koyote @ Universiti Trent (Inggeris)
- Tinjauan serigala timur (Inggeris)]]