Shah Radhi Hazvee
Shah Radhi | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Shah Radhi 31 Julai 1996 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Shah Radhi |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2017–kini |
Ejen | Daazi Ent |
Muhammad Shah Radhi (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Shah Radhi merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian Kali Ke 36 bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Selepas setahun berkhidmat di belakang tabir, beliau mendapat peluang daripada pengarah Osman Ali untuk membintangi filem pertamanya berjudul Pinjamkan Hatiku. Beliau meletakkan perancangan lima tahun untuk mendapat tempat dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Beliau juga terbuka menerima apa-apa tawaran watak meskipun sebagai pelakon tambahan. Prinsip itu mahu dipegang sekalipun sudah menempa nama besar suatu hari nanti. Baginya setiap pekerjaan yang kunjung tiba adalah rezeki dan mahu membuktikan keupayaan bakat yang dimiliki dengan menerima watak yang pelbagai, termasuk yang berat dan mencabar. Walaupun tidak mempunyai asas dalam seni lakonan namun beliau tidak menganggap ia sebagai batu penghalang untuk memperoleh kejayaan kerana yakin mampu menggapai sesuatu suatu hari nanti.
Beliau ingin mengutip ilmu menerusi kelas lakonan dan mahu berguru dengan pelakon Wan Hanafi Su yang cukup disanjunginya. Namun kerana tidak mampu daripada segi kewangan, buat masa ini Shah hanya meraih pengalaman ketika berada di set penggambaran. Beliau menggunakan pendekatan memerhatikan bagaimana para pelakon lain menjayakan peranan melalui gerak tubuh dan teknik yang digunakan. Mengakui gaya lakonannya pernah dikatakan mirip pelakon Zul Huzaimy, lalu mula menyerlahkan pembawakan watak menggunakan sisi asli meskipun masih menyandarkan pelakon tertentu sebagai rujukan.
Penglibatannya dalam lakonan setakat ini menerusi antaranya, telefilem Hanya Segenggam Setia dan Imamkan Aku di TV3 dan telenovela Monalisa di saluran Astro Prima. Beliau bakal muncul dalam filem 8belas. Sebelum ini beliau juga pernah mengacarakan rancangan Chic ‘N’ Elegen di saluran TV2. [1]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Baharu Lelaki Popular | Menang |
Memenangi Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH36
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Isu Estetic Cafe
[sunting | sunting sumber]Nama Shah Radhi mulai hangat diperkatakan apabila beliau mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia ingin membuka sebuah cafe ala bar halal untuk dijadikan tempat lepak anak muda. Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakannya itu, namun beliau membidas semula kecaman tersebut dengan mengatakan mereka tidak perlu menjadi terlalu serius tanpa mengetahui konsep asal cafe yang akan dibuka. beliau tidak akan melayan kecaman tersebut dan tetap akan meneruskan impiannya itu.[2]
Isu Pengurniaan gelaran "Datuk" dari Negeri Perak
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2020, terdapat satu portal berita hiburan online telah melaporkan tentang seorang pelakon yang baru berusia 20 tahun telah mendapat gelaran ‘Datuk’.
Pelakon bernama Shah Radhy mengakui pernah dianugerahkan Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2016.
Menurutnya, beliau tiada niat untuk merahsiakan perkara terbabit selama ini, kerana tiada kepentingan untuk kongsikannya kepada umum.
Beliau memilih untuk selesa dengan gelaran biasa tetapi menghargai pengurniaan yang diterima.Bagaimanapun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan netizen dan menjadi bahan bualan ramai di media sosial
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Pinjamkan Hatiku (2017)
- Jiwa 8 Belas (2024)
Drama
[sunting | sunting sumber]- Monalisa (2018)
- Kan Ku Kejar Cinta Kamu (2018)
- Cerita Hantu Asrama (2019)
- Mencari Kiblat Cinta (2021)
- Gerak Khas Undercover (2021) - (Musim 1; episod: "Kabut Malam")
Telefilem
[sunting | sunting sumber]- Imamkan Aku (2017)
- Hanya Segenggam Setia (2018)
- Isteri kau, Isteri ku Jua (2020)
- Kerana Aku Cinta Wanita Mu (2020)
- Lelaki Keparat Itu Aku (2020)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ardini Sophia Sina (18 Julai 2018). “Tak memilih watak...” Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
- ^ Qarami Hashim (9 April 2019) “Jangan nak jadi Tuhan, cepat jatuh hukum” - Shah Hazvee pertahan idea buka pub halal mStar Online. Dicapai pada 9 April 2019.