SkyCity
SkyCity yang pada asalnya dikenali sebagai "Eye of the Needle" [1] ialah restoran berputar yang terletak di tingkat teratas menara Space Needle di Seattle, Washington. Ia menonjolkan ruang makan berbentuk cecincin selebar 14 kaki yang menampung petak-petak makan, selain daripada meja dan kerusi terbuka.
Lantai restoran ini berputar di atas sebuah sistem landasan dan roda yang lebih kurang 125 tan beratnya pada kadar satu putaran setiap 47 minit. Reka bentuk lantai putar itu amat sangat persis dan seimbang sehingga hanya memerlukan sebuah motor tunggal 1½ kuasa kuda.[2]
SkyCity menghidangkan masakan Barat Laut Pasifik yang menonjolkan makanan laut tempatan, stik, ayam, dan makanan vegetarian. Restoran itu yang mengamalkan tatapakaian kasual dianggap sebagai salah satu restoran istimewa. Tempat duduknya disusun supaya setiap meja mempunyai pemandangan wilayah metropolitan Seattle yang tidak terhalang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Space Needle: Fun Facts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2009-10-02.
- ^ Amusenews: Sky City
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.