Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Somaliland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Somaliland
Jamhuuriyadda Soomaaliland
Bendera Somaliland
Jata Somaliland
Bendera Jata
Cogan kataلا إله إلا الله محمد رسول الله
(Tiada tuhan melainkan Allah; Muhammad ialah pesuruhnya)
Lagu kebangsaanSamo ku waar
Ibu negara
dan bandar terbesar
Hargeisa
Bahasa rasmiBahasa Somalia, Arab
KerajaanDemokrasi perwakilan
• Presiden
Ahmed M. Mahamoud Silanyo
Kemerdekaan 
daripada Somalia
• Diisytiharkan
18 Mei 1991
• Perairan (%)
-
Populasi
• Perkiraan 2005
3.5 juta (-)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$4.810 bilion (-)
$1,375 (-)
Mata wangShilling Somaliland
(SLSH)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tiada)
Kod panggilan252 (292 dicadangkan)

Republik Somaliland (bahasa Somali: Soomaaliland) adalah bekas wilayah Britain yang terletak di bahagian barat laut Somalia. Pada Mei 1991, puak-puak di daerah utara mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland yang kini meliputi 5 dari 18 daerah pentadbiran Somalia. Somaliland kira-kira terletak di antara Ethiopia, Djibouti dan Teluk Aden, dengan wilayah seluas 137,600 km². Ibu kota Somaliland ialah Hargeisa.

Walaupun tidak diakui oleh kebanyakan negara, entiti ini masih tetap ada dengan bantuan puak berkuasa yang sangat berpengaruh dan infrastruktur ekonomi bekas peninggalan program kerjasama ketenteraan dengan Britan, Rusia dan Amerika Syarikat.

Somaliland dahulunya dikenali sebagai Somaliland Britain. Tidak lama kemudian setelah Somaliland Britain merdeka, dia bergabung dengan Somaliland Itali untuk membentuk Somalia pada 1960. Perdana menteri Somaliland Britain, Ibrahim Egal, menjadi salah satu menteri di Republik Somalia. Ia menjadi Perdana Menteri pada 1967 tetapi digulingkan melalui kudeta pada 1969.

Pada 1991, setelah jatuhnya pemerintah Somalia, wilayah di bagian barat laut Somalia ini mengisytiharkan kemerdekaan Republik Somaliland, meskipun hampir tidak ada kalangan masyarakat antarabangsa yang mengakui kedaulatannya. Egal dilantik sebagai presiden pada 1993, terpilih kembali pada 1998 dan masih berkuasa hingga dirinya meninggal pada 3 Mei 2002. Wakil presiden Dahir Riyale Kahin menggantikan kedudukan Egal.

Somaliland-Hargeisa

Sejak meraih kemerdekaan, Somaliland telah berupaya menguasai daerah Sanaag dan Sool. Kolonel Abdullahi Yusuf telah memimpin untuk mempertahankan wilayah tersebut yang diyakini oleh Puntland sebagai bahagian dari wilayahnya.

Upaya Somaliland untuk mengisytiharkan kemerdekaannya menjadi sulit tanpa Sanag dan Sool kerana wilayah Somaliland sekarang tidak produktif dari segi ekonomi.

Somaliland bersempadan dengan Djibouti, Ethiopia dan Puntland. Daerah milik Somalia yang kini menjadi wilayah Somaliland adalah:

Somaliland berpenduduk 3.5 juta orang. Hargeisa, ibu kota Somaliland, dikatakan dihuni oleh 500.000-800.000 orang.

Pada 29 September 2005, Somaliland melaksanakan pilihanraya umum legislatif yang diikuti oleh 3 parti politik.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]