Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Stephens cur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stephens cur
Nama lainStephens stock
Stephens stock mountain cur
Nama ringkasLittle blacks
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 35–55 paun (16–25 kg)
Tinggi 16–23 inci (41–58 cm)
Bulu Short
Warna Hitam dengan tanda-tanda putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Stephens cur,[a] yang juga dikenali sebagai Stephens stock mountain cur atau hanya Stephens stock, ialah satu baka cur dari Amerika Syarikat.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Stephens stock ialah cur kecil dan padat jenis anjing pemburu bau yang berdiri setinggi 16–23 inci (41–58 cm) dan berukuran seberat 35–55 paun (16–25 kg).[1][2] Baka ini mempunyai lapis bulu pendek yang berwarna hitam dengan sesetengah tanda putih pada hujung-hujungnya. Ia mempunyai kepala kecil dengan muncung sempit yang memberikan kesan anjing pemburu anggun.[1][2] Sebagai baka bertenaga tinggi, Stephens stock mempunyai naluri perburuan kuat dan menyesuaikan diri dengna lemah terhadap kehidupan sebagai anjing peliharaan.[2]

Stephens stock dikembangkan oleh keluarga Stephens dari Kentucky tenggara yang selama lebih daripada satu abad mengekalkan susur galur tersendiri bagi mountain cur. Akhirnya pada tahun 1970, telah ada penentuan bahawa susur galur anjing ini begitu distingtif sehingga ia diisytiharkan sebagai baka terpisah.[1][2] Hugh Stephens dianggap sebagai pengasas baka moden.[1] Ia diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1998.[3]

Stephens stock kebanyakannya digunakan untuk memburu tupai dan rakun; oleh sebab ia terlalu kecil untuk memburu beruang hitam dan kugar secara bersendirian, apabila berburu sebagai kawanan, ia dianggap mempunyai cukkup keberanian untuk menghadap mana-mana spesies.[1][2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: ستيۏن‌س کر
  1. ^ a b c d e Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 235. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  2. ^ a b c d e De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 345. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.
  3. ^ "Stephens' Cur" [Stephens' Cur]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2020. Dicapai pada 2 April 2024.