Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Susu tumbuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amazake (Susu beras Jepun)
Segelas horchata de chufa in a cafe in Spain di sebuah kafe di Sepanyol
Santan

Sari tumbuhan (Cina mudah: ; Cina tradisional: 漿; pinyin: jiāng, bahasa Inggeris: plant milk "susu tumbuhan") berwarna keputihan dan rasa berlemak seperti susu malah diminum seumpamanya sama ada langsung atau ditambahkan ke dalam masakan sebagai pengganti tenusu. Kandungan proteinnya pula berbeza-beza mengikut sumber tumbuhan asal. Ia tidak mengandungi laktosa atau kolesterol, dan biasanya dijual dengan tambahan kalsium dan vitamin, terutamanya B12.

Terdapat beberapa sebab untuk mengambil air sari tumbuhan: sebab etika (kebajikan haiwan), keperihatinan terhadap alam sekitar, sebab kesihatan termasuk kekurangan daya cerna laktosa, alahan susu dan PKU; amalaan pemakanan termasuk veganisme dan ovo-vegetarianisme atau agama, seperti dalam beberapa mazhab Kristian sebelum Paskah; atau kerana citarasa sendiri.

Sari tumbuhan yang paling popular adalah dari badam, kedelai/soya, isi kelapa dan beras. Hem, kacang tanah dan pis juga boleh didapati. Ia juga boleh dibuat dari

Bangsa-bangsa serumpun Austronesia telah lama mempergunakan sari isi kelapa atau santan dari seawal petempatan asli di Taiwan.[4] Ketamadunan purba tanah besar China terutamanya mengenal air kacang soya (豆漿 dòujiāng) sejak zaman kerajaan Han Barat sebagai bahan mentah taufu yang diceritakan peloporan Liu An[5] terabadi dalam "Syair Tapai Kedelai" (豆腐詩 Dòufǔshī) karangan Su Ping (蘇平).[6]

Di Dunia Barat

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, air soya telah lama menjadi susu bukan tenusu yang paling popular, tetapi, bermula sekitar tahun 2010, susu badam mula meningkat popularitinya, dan pada tahun 2013 ia mengatasi susu soya sebagai jenis yang paling popular.[7] Susu lain yang popular di Amerika Syarikat adalah beras dan kelapa. Di Amerika Syarikat, susu berasaskan tumbuhan adalah 9.3% daripada jumlah pasaran susu.[8] Di Eropah, susu soya dan susu oat adalah popular. Terdapat juga susu hem, susu gajus, susu kacang hazel, dan susu dari kacang dan ligan.[9] Pasaran alternatif tenusu global ditetapkan bernilai AS $ 16.3 bilion pada 2018.[10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Milk, whole, 3.25% milkfat, with added vitamin D", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  2. ^ "Soymilk (all flavors), unsweetened, with added calcium, vitamins A and D", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  3. ^ "Beverages, almond milk, unsweetened, shelf stable", United States Department of Agriculture, Agricultural Research Service.
  4. ^ Joby, Christopher (Mei 2024). "Food Culture in Precolonial Taiwan". International Journal of Taiwan Studies. 7 (1): 11. doi:10.1163/24688800-20241310.
  5. ^ Lihat:
    Kitab Sari Akar Rumput本草綱目》:「豆腐之法,始於淮南王劉安」 ("Cara membuat air kedelai dimulakan Liu An pembesar Huai Nan")
    Kitab Aneka Qiweng Yimei《綺翁憶梅庵雜記》:「相傳農曆九月十五日,為淮南王劉安誕辰,內地豆腐業者均於本日舉行之公祭,祭畢聚餐」("Jatuh pada tanggal bulan sembilan hari ke-15 kelahiran Liu An raja Huainan. Semua pengilang taufu akan melakukan upacara puja umurnya dan makan besar selepas itu.")
  6. ^ Wai Nganshou (1964). "Soybean cheese". Bulletin of the Institute of Chemistry. Academia Sinica. 9: 91–2.
  7. ^ Wong, Venessa (August 21, 2013). "Soy Milk Fades as Americans Opt for Drinkable Almonds". BusinessWeek.
  8. ^ Purdy, Chase (20 December 2017). "A tech startup is making convincing cow-free milk by genetically engineering yeast". Quartz. Dicapai pada 20 December 2017.
  9. ^ Epperly, Victoria. Daniel's Lifestyle Fasting Cook Book. Xulon Press, 2008, pp. 248–250.
  10. ^ "Global Plant Milk Market to Top US $16 Billion in 2018: Dairy Alternative Drinks Are Booming, Says Innova Market Insights". 13 June 2017. Dicapai pada 13 April 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]