Temenggung
Temenggung atau Temenggong ialah gelaran pembesar dalam kesultanan Melayu yang mempunyai sistem Empat Lipatan. Temenggung pada asalnya merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri.
Temenggung mula wujud ketika zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Sebagai pewaris Kesultanan Melaka, ianya diteruskan oleh Kesultanan Johor. Dengan ejaan 'Temenggong', ianya juga digunakan dalam sistem pembesar diraja Brunei, iaitu sebagai seorang wazir.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Brunei
[sunting | sunting sumber]Temenggong merupakan salah seorang wazir, iaitu golongan tertinggi selepas Sultan dalam hierarki pembesar diraja Brunei. Terasul atau gelaran penuh bagi Temenggong di Brunei ialah 'Pengiran Temenggong Sahibul Bahar'.[1] Kedudukan Temenggong masih wujud pada masa ini, namun ianya hanya berperanan dalam adat istiadat diraja Brunei; Temenggong tidak lagi mempunyai peranan seperti dahulukala kerana tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, kecuali Temenggong sendiri menjawat jawatan tersebut. Buat masa ini, kedudukan Temenggong adalah kosong.
Negeri | Nama gelaran | Penyandang |
---|---|---|
Brunei | Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Brunei |
Malaysia
[sunting | sunting sumber]Di Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Para Sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.
Gelaran Temenggung di setiap negeri Melayu Malaysia pada masa ini:
Negeri | Gelaran | Penyandang |
---|---|---|
Johor | Tunku Temenggong Johor | YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim |
Kedah | Tunku Temenggong Kedah | YAM Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah |
Kelantan | Tengku Temenggong Kelantan | YBM Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz |
Pahang | Tengku Arif Temenggong Pahang | YAM Tengku Fahd Mua'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah |
Perlis | Tengku Sharif Temenggong Perlis | YAM en:Syed Amir Zainal Abidin Syed Putra Jamalullail| Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Selangor | Tengku Aris Temenggong Selangor | Kini Kosong |
Terengganu | Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu | YAM Tengku Badrul Hisham Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Sarawak
[sunting | sunting sumber]Temenggong ialah gelaran tertinggi bagi ketua masyarakat di bahagian di Sarawak mengikut kaum. Misalnya, terdapat Temenggong bagi masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu..[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Johor
- Kesultanan Melaka
- Kesultanan Lingga-Riau
- Malaysia
- Sultan Johor
- http://rajakita.perak.gov.my/salasilah.swf
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 11. ISBN 9991734228.
- ^ Ketua Masyarakat Kuching