Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) اڠكتن تنترا مليسيا | |
---|---|
| |
Aktif | 1 Mac 1933 - kini |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong |
Cawangan | Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia |
Saiz | Aktif - 113,000[1] Simpanan - 51,600 |
Pangkalan | Markas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan |
Nama samaran | ATM |
Warna | Biru Muda Merah Biru Tua |
Kawat | Tentera Benteng Pertahanan Negara |
Peringatan | 16 September |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua Darurat Konfrontasi Indonesia-Malaysia Pencerobohan Lahad Datu 2013 |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
Panglima Angkatan Tentera Malaysia | Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman |
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia | Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan |
Angkatan Tentera Malaysia (Tulisan Jawi: اڠكتن تنترا مليسيا; singkatan: ATM) ialah satu ketumbukan tentera negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia dari anasir luar. ATM meliputi tiga cabang perkhidmatan iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera dan ATM dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi ATM.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat Malaysia sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya (RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.
Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan. Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi[3] dan faktor sumber manusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan. Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan. Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi[4]. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam[5][6]. Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran. Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu[7][8] menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM. Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter[9] tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).
YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Haji Affendi Buang TUDM Panglima Angkatan Tentera (PAT) | |||||||||||||||||||||||||||||
Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) | Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi Ketua Staf Markas ATM Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) | Leftenan Jeneral Dato' Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama Markas Angkatan Bersama (MK AB) | |||||||||||||||||||||||||||
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain Panglima Tentera Darat Markas Tentera Darat (MK TD) | Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany Panglima Tentera Laut Markas Tentera Laut (MK TL) | Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM Panglima Tentera Udara Markas Tentera Udara (MK TU) | |||||||||||||||||||||||||||
Markas ATM
[sunting | sunting sumber]Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral, Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:
- Sekretariat (J1)
- Perkhidmatan Anggota (J2)
- Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
- Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
- Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
- Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
- Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
- Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
- Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)
Sekretariat (J1)
[sunting | sunting sumber]Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
Bahagian Operasi & Latihan (J3)
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.
Bahagian Logistik (J4)
[sunting | sunting sumber]Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang, pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai tujuh cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut:
Cawangan Dasar Logistik
[sunting | sunting sumber]Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.
Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik
[sunting | sunting sumber]Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.
Cawangan Perancangan Dan Operasi Bersama
[sunting | sunting sumber]Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. Manakala diperingkat nasional dan antarabangsa serta bantuan logistik kepada operasi dan eksesais ATM, ia dikendalikan di dalam konteks bersama.
Cawangan Perumahan Dan Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Cawangan ini berfungsi sebagai staf dan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan. Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, serta pemyediaan kemudahan ATM. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan kemudahan ATM yang berkaitan.
Projek Simpanan Petroleum
[sunting | sunting sumber]Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.
Cawangan Penguasa Katalog ATM
[sunting | sunting sumber]Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO Codification System' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.
Cawangan Sistem Komputer Logistik
[sunting | sunting sumber]Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga perkhidmatan.
Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
[sunting | sunting sumber]Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini yang juga dipanggil KOMLEK berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :
- Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
- Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
- Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM (Keselamatan Komunikasi) serta kriptografi.
- Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan 'inter-operability'.
- Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.
- Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
- Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
- Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).
- Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
- Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB). #Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee' (TTC).
- Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.
Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
[sunting | sunting sumber]Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.
Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.
Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
[sunting | sunting sumber]Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.
Bahagian ini bertanggungjawab:
- Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
- Bertindak sebagai Liason atau penghubung dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
- Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
- Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
- Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
- Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Tentera Darat, Laut dan Udara.
Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
- Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
- Organisasi Medan.
- Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
- Organisasi Pergigian.
- Organisasi Kesihatan.
- Organisasi Latihan.
Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia
[sunting | sunting sumber]Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat kecuali Singapura. Namun, Tentera Singapura jika dikira kerahan tenaga akan melebihi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. Berikut adalah perbandingan anggota aktif semasa 2021.
Negara | Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara | Tentera Marin |
Indonesia[10][11] | 348 000 | 74 000 | 27 800 | 29 000 |
Thailand[12] | 190 000 | 59 500 | 45 000 | 19 700 |
Singapura[13] | 40 000 | 4 000 | 6 000 | Tiada |
Malaysia[14] | 80 000 | 18 000 | 15 000 | Tiada |
Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit[15] dan sehingga 20 peratus untuk 2010[16]. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan[17].
Anggaran 2021 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 113 000 anggota tetap dan sekitar 51 600 anggota simpanan.[1] Bagaimanapun dari 113 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 90 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota[18].
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan[19], pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur[20][21][22][23], kapal perang permukaan[24][25] dan kapal selam[26][27][28].
Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen[29] ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725[30], hanya 12[31] buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[32].
Perbandingan aset ATM
[sunting | sunting sumber]Angka-angka dibawah adalah angka semasa 2021 dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara terbabit.
Tentera Darat
[sunting | sunting sumber]Negara | Kereta kebal utama | Kenderaan berperisai lain | Artileri medan | Pesawat |
Indonesia | 103 | 1519 | 582 | 122 |
Thailand | 381 | 1839 | 653 | 303 |
Singapura | 170 | 2977 | 480 | 161 |
Malaysia | 48 | 1545 | 250 | 20 |
Tentera Laut
[sunting | sunting sumber]Negara | Kapal kombatan utama¹ | Kapal kombatan¹ | Kapal kombatan kecil¹ | Kapal selam | Pesawat |
Indonesia[33][34][35] | Tiada | 30 | 60 | 4 | 86 |
Thailand[36] | 1 | 13 | 17 | Tiada | 42 |
Singapura[37] | Tiada | 12 | 10 | 6 | 6 |
Malaysia | Tiada | 8 | 26 | 2 | 15 |
¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV
Tentera Udara
[sunting | sunting sumber]Negara | Pesawat tempur | Pesawat pengangkut | Helikopter | Amaran awal | UAV |
Indonesia | 101 | 59 | 46 | Tiada | 6 |
Thailand | 129 | 41 | 38 | 2 | 24 |
Singapura | 100 | 25 | 88 | 4 | 12+ |
Malaysia | 39 | 30 | 25 | Tiada | 9 |
Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia
[sunting | sunting sumber]Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Angkatan Tentera Malaysia |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia
- http://www.malayviral.com/2016/09/senarai-pangkat-angkatan-tentera.html
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b International Institute for Strategic Studies (25 February 2021). The Military Balance 2021. London: Routledge. m/s. 281. ISBN 9781032012278.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah "Arms Transfers". Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 30 August 2015.
- ^ Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh, Bernama.com 7 November 2008
- ^ "Tentera Darat Tekankan Pengambilan Anggota Berpendidikan Tinggi, Mahir Teknologi Dalam Pasukan, Berita Radio RTM, 29 Februari 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-24. Dicapai pada 2009-09-27.
- ^ Dari Forum@navy.mil.my, dipetik dari Majalah Tempur Disember 2006[pautan mati kekal]
- ^ "60 Rakyat Malaysia Lulus Kursus Asas Kapal Selam, Bernama.com 26 Mei 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2009-09-28.
- ^ Tentera: Punca bukan Melayu kurang minat
- ^ Ekspo Kerjaya terbesar ATM di Dataran Merdeka, Utusan Malaysia Online, 29 Januari 2009
- ^ "Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah, Sabahdaily.com 28 september 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-22. Dicapai pada 2009-09-28.
- ^ Dari wikipedia bahasa Inggeris, bagaimanapun data bercanggah
- ^ "Center for Strategic and International Studies, 2008" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-09-11. Dicapai pada 2009-09-27.
- ^ Thailand National Security
- ^ Singapore Armed Forces, Encyclopedia of the Nations
- ^ International Institute for Strategic Studies (15 February 2023). The Military Balance 2023. London: Taylor & Francis. m/s. 272. ISBN 1000910709.
- ^ Perbelanjaan operasi tentera dikurangkan 10 peratus, Utusan Malaysia Online, 7 September 2008
- ^ ATM menggalas amanah rakyat, Utusan Malaysia Online, 16 September 2009
- ^ Trend terkini angkatan tentera, Utusan Malaysia Online, 16 Julai 2008
- ^ "Penempatan Askar Wataniah Di Kawasan Parlimen Bukan Untuk Raih Undi, Bernama.com, 29 April 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2009-09-28.
- ^ Kerajaan Akan Teruskan Pembinaan Kumpulan Kedua Kapal Ronda Generasi Baru TLDM, Bernama.com 24 November 2008
- ^ Gripen agreement between Sweden and Thailand signed, Saab Technologies
- ^ Sukhoi to supply six fighters to Indonesia - company, RIA Novosti
- ^ Indonesia Wants F-16 Fighters, DefenceNews
- ^ Boeing gets F-15 order from Singapore-report, ReutersUK
- ^ Singapore Completes Frigate Fleet, DefenceNews
- ^ Indonesian Navy`s corvette arrives from Netherlands, ANTARANEWS
- ^ Singapore Navy Launches Its First Archer-Class Submarine, Defence Talk, 19 Jun 2009
- ^ Indonesia set to buy Russian submarines - news agency, RIA Novosti 19 Oktober 2006
- ^ Thailand's submarine ambitions back on agenda, Janes.com
- ^ Kor Armor Diraja - Pasukan tempur yang semakin digeruni, Utusan Malaysia Online, 30 Ogos 2003
- ^ "Eurocopter Dapat Tender Ganti Nuri, Bernama.com, 27 September 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-26. Dicapai pada 2009-09-28.
- ^ Parlimen Ke-12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga[pautan mati kekal]
- ^ Maritim Malaysia Terima Sebuah Lagi Kapal TLDM, 18 Disember 2008
- ^ Indonesian Navy Fleet
- ^ Indonesia wants bigger fleet, Buzzle.com
- ^ "Inonesia's security burden-Stanley A. Weiss, The Malaysian Insider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada 2009-10-05.
- ^ Thailand to build offshore patrol vessels, Baird Maritime, 25 Ogos 2009
- ^ RSN Assets