Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Teori phlogiston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahli alkimia dan fizik, J. J. Becher yang mengusulkan teori phlogiston.

Teori phlogiston (daripada perkataan Yunani Purba φλογιστόν phlogistón "membakar", daripada φλόξ phlóx "api") adalah satu teori saintifik lapuk yang mempostulatkan kewujudan suatu unsur seperti api yang dipanggil "phlogiston" yang terkandung di dalam sebarang bahan mudah terbakar dan dilepaskan sewaktu pembakaran. Teori ini pertama kali disebut oleh Johann Joachim Becher pada tahun 1667, dan adalah satu percubaan untuk menjelaskan fenomena-fenomena seperti pembakaran dan pengaratan logam-logam, yang pada masa kini dikenali sebagai pengoksidaan.

Bahan yang "terphlogiston" adalah bahan yang mengandungi phlogiston dan "dinyahphlogiston" apabila dibakar; "secara umumnya, bahan yang terbakar di dalam udara dikatakan kaya dengan phlogiston; pembakaran yang terhenti di dalam ruang tertutup diambil sebagai bukti yang kukuh yang udara boleh menyerap jumlah phlogiston yang terhad. Apabila udara telah diphlogistonkan sepenuhnya, ia tidak mampu lagi menyokong pembakaran sebarang unsur, dan tidak juga sebarang logam yang dipanaskan di dalamnya menghasilkan sebarang "kapur" (calx); dan tidak juga udara terphlogiston ini mampu menyokong kehidupan, kerana peranan udara dalam pernafasan adalah untuk menyingkirkan phlogiston di dalam badan."[nota 1][1]

Oleh itu, phlogiston telah digambarkan dengan cara yang secara dasarnya terbalik dengan peranan oksigen dalam pembakaran.

  1. ^ Teks asli dalam bahasa Inggeris:
    "in general, substances that burned in air were said to be rich in phlogiston; the fact that combustion soon ceased in an enclosed space was taken as clear-cut evidence that air had the capacity to absorb only a finite amount of phlogiston. When air had become completely phlogisticated it would no longer serve to support combustion of any material, nor would a metal heated in it yield a calx; nor could phlogisticated air support life, for the role of air in respiration was to remove the phlogiston from the body."
  1. ^ James Bryan Conant, ed. The Overthrow of Phlogiston Theory: The Chemical Revolution of 1775–1789. Cambridge: Harvard University Press (1950), 14. OCLC 301515203.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.