The Hunger Games (filem)
The Hunger Games | |
---|---|
Pengarah | Gary Ross |
Lakon layar |
|
Berdasarkan | The Hunger Games oleh Suzanne Collins |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Tom Stern |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | James Newton Howard |
Syarikat penerbitan | Color Force |
Diedarkan oleh | Lionsgate Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 142 minit[1][2] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $78 juta[3] |
Pecah panggung | $694.4 juta[4] |
The Hunger Games (Permainan Kelaparan) ialah sebuah filem sains fiksyen distopia Amerika Syarikat 2012 diarahkan oleh Gary Ross dan berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Suzanne Collins. Ia merupakan filem pertama dalam siri filem The Hunger Games. Filem ini diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik dengan lakon layar oleh Ross, Collins dan Billy Ray. Filem ini dibintangi Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Lenny Kravitz, Stanley Tucci, dan Donald Sutherland. Cerita di dalam filem ini mengambil tempat pada masa hadapan distopia selepas malapetaka yang dahsyat di negara Panem, dimana kanak-kanak lelaki dan perempuan diantara umur 12 dan 18 tahun mesti mengambil bahagian dalam Hunger Games, sebuah acara tahunan dimana "tribute" perlu berlawan sampai mati sehingga tinggal seorang yang masih hidup. Katniss Everdeen (Lawrence) menawarkan diri untuk mengganti tempat adiknya. Disertai oleh tribute lelaki dari daerahnya, Peeta Mellark (Hutcherson), Katniss bergerak ke Capitol untuk berlatih menghadapi Hunger Games dibawah bimbingan bekas pemenang, Haymitch Abernathy (Harrelson).
Pembangunan untuk The Hunger Games bermula pada bulan Mac 2009 apabila Lions Gate Entertainment memeterai perjanjian pengeluaran bersama Color Force, yang telah memperoleh hak beberapa minggu lebih awal. Collins bekerjasama dengan Ray dan Ross untuk menulis lakon layar. Lakon layar ini mengembangkan watak Serena Crane untuk membolehkan beberapa perkembangan ditunjukkan terus kepada penonton dan Ross menambah beberapa babak diantara Crane dan Coriolanus Snow. Watak-watak utama dipilih diantara bulan Mac dan Mei 2011. Fotografi utama bermula pada bulan Mei 2011 dan berakhir pada bulan September 2011. Penggambaran mengambil tempat di Carolina Utara.
Filem ini ditayangkan pada 21 Mac 2012 di beberapa negara Eropah[5] dan di Amerika Syarikat pada 23 Mac 2012.[6] Ketika filem ini ditayangkan, ia mencipta rekod untuk hari pembukaan ($67.3 juta) dan pembukaan hujung minggu untuk filem bukan sekuel.[7] Kutipan pembukaan hujung minggu filem ini ($152.5 juta) merupakan yang ketiga terbesar untuk mana-mana filem di Amerika Utara pada ketika itu.[8] Ia merupakan filem pertama sejak Avatar untuk kekal di tempat pertama box office Amerika Utara empat minggu berturut-turut.[9] Filem ini mencapai kejayaan besar dalam box-office dengan kutipan $694 juta di seluruh dunia berbanding bajet pengeluaran sebanyak $78 juta, menjadikan ia filem dengan kutipan ketiga tertinggi di Amerika Syarikat dan kutipan kesembilan tertinggi di dunia pada tahun 2012.[4] Ia dikeluarkan dalam DVD dan cakera Blu-ray pada 18 Ogos 2012.[10] Sebuah sekuel, The Hunger Games: Catching Fire ditayangkan pada 22 November 2013 di Amerika Syarikat.
The Hunger Games menerima ulasan positif daripada pengkritik dengan pujian untuk tema dan mesejnya. Lakonan Jennifer Lawrence sebagai Katniss juga menerima pujian. Lagu "Safe & Sound" memenangi Anugerah Grammy dan menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Lagu Asal Terbaik. Untuk lakonannya, Lawrence memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Zuhal untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Plot
[sunting | sunting sumber]Sebagai hukuman terhadap pemberontakan masa lalu, setiap dua belas daerah Panem dipaksa oleh Capitol untuk menghantar dua tribute setiap tahun, seorang lelaki dan seorang perempuan diantara umur 12 dan 18 tahun untuk menyertai Hunger Games. Di Daerah 12, Katniss Everdeen menawarkan diri untuk menggantikan adiknya, Primrose yang pada awalnya dipilih. Dia dan tribute lelaki, Peeta Mellark dibawa ke Capitol oleh Effie Trinket dan mentor mereka, Haymitch Abernathy, bekas pemenang dari Daerah 12 dan seorang kaki arak. Haymitch memberitahu mereka betapa pentingnya untuk mendapat penaja kerana mereka boleh memberi hadiah makanan dan bekalan semasa Permainan. Semasa beberapa siri temubual, Peeta secara terbuka menyatakan cintanya terhadap Katniss, dimana pada mulanya adalah sebagai usaha untuk mendapatkan penaja untuk dirinya sendiri tetapi kemudiannya mempelajari bahawa ia mungkin boleh membantu Katniss. Semasa berlatih, Katniss memerhati Careers, Marvel, Glimmer, Cato dan Clove, tribute-tribute dari Daerah 1 dan 2 yang telah berlatih untuk Permainan ini sejak usia muda.
Ketika permulaan Permainan, Katniss mengabaikan nasihat Haymitch dan mengambil bekalan di sekitar Cornucopia yang dipenuhi dengan makanan, senjata dan bekalan lain di mana para peserta bermula dan sempat melarikan diri daripada dibunuh. Ramai tribute terbunuh ketika pertempuran awal dan hanya sebelas yang masih hidup pada hari pertama. Katniss cuba untuk menjauhi tribute lain sejauh mungkin tetapi Ketua Game maker, Seneca Crane mencetuskan kebakaran hutan untuk membawanya kembali kepada yang lain. Dia terserempak dengan Careers yang bersama Peeta dan melarikan diri ke atas pokok. Kumpulan Career gagal untuk membunuhnya dan Peeta menasihatkan mereka untuk menunggu sehingga dia turun.
Dia terlihat Rue, tribute perempuan dari Daerah 11 yang bersembunyi di atas pokok bersebalahan. Rue menunjukkan kepadanya sarang tracker jackers yang beracun, tebuan yang diubahsuai secara genetik yang boleh menyebabkan halusinasi dan mati. Katniss menjatuhkan ia ke atas Careers yang sedang tidur, berjaya membunuh Glimmer dan memaksa yang lain untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia juga disengat dan mula berhalusinasi akibat racun. Peeta memekik kepadanya untuk melarikan diri. Rue membantu Katniss pulih daripada racun itu. Mereka kemudiannya menjadi rakan dan sekutu. Katniss merangka rancangan untuk memusnahkan bekalan yang disorok oleh Careers. Selepas Katniss berjaya, Marvel menjumpai mereka dan membunuh Rue menggunakan lembing. Katniss kemudiannya membunuh Marvel dengan memanah jantungnya. Katniss memenangkan Rue; selepas dia mati, Katniss yang bersedih meletakkan bunga di sekeliling badannya. Rakyat Daerah 11 melihat dan kemudiannya merusuh. Presiden Snow memberi amaran kepada Crane bahawa Permainan ini tidak beralih dengan baik.
Haymitch memujuk Crane untuk mengubah peraturan yang membenarkan dua pemenang jika mereka dari daerah yang sama, beranggapan bahawa ini dapat menenangkan konflik. Apabila perubahan ini diumumkan, Katniss mencari Peeta dan menjumpainya cedera teruk selepas melarikan diri dari Careers. Selepas Katniss memindahkannya ke tempat selamat, mereka mendengar pengumuman bahawa apa yang diperlukan oleh yang masih hidup akan disediakan di Cornucopia. Walaupun dibantah oleh Peeta, Katniss pergi untuk mendapatkan ubat untuknya. Clove menyerang dan menjatuhkan Katniss; dia kemudiannya bercakap besar tentang peranannya dalam kematian Rue. Katniss terselamat apabila Thresh, tribute lelaki Daerah 11 membunuh Clove. Dia membiarkan Katniss hidup untuk kali itu sahaja demi Rue. Ubat itu berjaya menyembuhkan Peeta.
Thresh dibunuh oleh binatang buas yang dilepaskan oleh Crane; Katniss dan Peeta berlari ke arah bumbung Cornucopia daripada binatang buas itu. Di sana, mereka menjumpai Cato. Selepas pertempuran yang sengit, Peeta berjaya menolak Cato jatuh ke tanah dimana binatang-binatang itu menyerangnya. Katniss kemudiannya mengakhiri penderitaan Cato dengan memanahnya.
Katniss dan Peeta menyangka mereka telah menang tetapi Crane membatalkan perubahan peraturan dimana hanya boleh terdapat seorang pemenang. Katniss kemudiannya meyakinkan Peeta untuk memakan Nightlock yang beracun dengannya. Sebelum mereka berbuat begitu, mereka dinamakan sebagai pemenang Hunger Games ke-74.
Haymitch memberi amaran kepada Katniss bahawa dia telah membuat banyak musuh dengan perbuatan itu. Snow mengunci Crane di dalam sebuah bilik dimana satu-satunya sumber makanan adalah nightlock. Katniss dan Peeta kembali ke Daerah 12 dan Snow merenung situasi itu. Katniss menggalakkan Peeta untuk melupakan apa yang berlaku di antara mereka dalam Permainan itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen[11]
- Josh Hutcherson sebagai Peeta Mellark[12]
- Liam Hemsworth sebagai Gale Hawthorne[12]
- Woody Harrelson sebagai Haymitch Abernathy[13]
- Elizabeth Banks sebagai Effie Trinket[14]
- Lenny Kravitz sebagai Cinna[15]
- Donald Sutherland sebagai Presiden Coriolanus Snow[16]
- Stanley Tucci sebagai Caesar Flickerman[17]
- Wes Bentley sebagai Seneca Crane[18]
- Toby Jones sebagai Claudius Templesmith
- Alexander Ludwig sebagai Cato[19]
- Isabelle Fuhrman sebagai Clove[19]
- Amandla Stenberg sebagai Rue[20]
- Jack Quaid sebagai Marvel[21]
- Leven Rambin sebagai Glimmer[21]
- Dayo Okeniyi sebagai Thresh
- Jacqueline Emerson sebagai Foxface
- Willow Shields sebagai Primrose Everdeen
- Paula Malcomson sebagai Pn Everdeen
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mac 2009, Lions Gate Entertainment memeterai perjanjian pengeluaran bersama untuk The Hunger Games bersama syarikat pengeluaran Nina Jacobson, Color Force yang telah memperoleh hak pengederan sedunia beberapa minggu lebih awal[22][23] dilaporkan dengan harga $200,000.[24] Presiden dan Naib Presiden Kanan Pengeluaran Filem di Lionsgate, Alli Shearmur dan Jim Miller mengambil alih peranan untuk menyelia pengeluaran filem.[25] Studio ini yang tidak membuat sebarang keuntungan selama lima tahun, mengambil bajet untuk pengeluaran lain dan menjual aset untuk mendapatkan bajet $88,000,000[26] untuk filem ini.[24][27] Lionsgate kemudiannya memperoleh pengecualian cukai sebanyak $8 juta untuk penggambaran di Carolina Utara.[27] Pengeluaran itu kemudiannya dijalankan dengan bajet $78 juta.[28]
Collins sendiri mengadaptasi novel untuk filem.[22] in collaboration with screenwriter Billy Ray and director Gary Ross.[29][30] Lakon layar kekal sama seperti novel asal.[31] Lakon layar mengembangkan watak Seneca Crane untuk membolehkan beberapa pembangunan ditunjukkan terus kepada penonton. Ross juga menambah beberapa baka diantara Crane dan Coriolanus Snow.
Pemilihan pelakon
[sunting | sunting sumber]Lionsgate mengesahkan pada bulan Mac 2011 bahawa 30 pelakon wanita menjalani ujian atau membaca untuk watak Katniss Everdeen termasuk Hailee Steinfeld, Abigail Breslin, Emma Roberts, Saoirse Ronan, Chloë Grace Moretz, Jodelle Ferland, Lyndsy Fonseca, Emily Browning, Shailene Woodley dan Kaya Scodelario.[3][32] Pada 16 Mac 2011, ia telah diumumkan bahawa Jennifer Lawrence telah mendapat watak ini.[33]
Calon-calon untuk watak Peeta selain daripada Hutcherson adalah Alexander Ludwig (kemudiannya dipilih untuk watak Cato), Hunter Parrish, Lucas Till dan Evan Peters.[34] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak Gale termasuk David Henrie, Drew Roy dan Robbie Amell.[34] Pada bulan April 2011, John C. Reilly berada dalam perbincangan bersama Lions Gate Entertainment untuk melakonkan watak Haymitch Abernathy.[35] Pada bulan berikutnya, Lionsgate mengumumkan bahawa watak ini telah diberikan kepada Woody Harrelson.[13] Ia disusuli dengan Lenny Kravitz dipilih untuk watak Cinna, Stanley Tucci dipilih sebagai Caesar Flickerman dan Toby Jones sebagai Claudius Templesmith. Donald Sutherland dipilih untuk watak Presiden Coriolanus Snow pada lewat bulan Mei 2011.[36]
Penggambaran
[sunting | sunting sumber]Gary Ross menjadi pengarah pada bulan November 2010.[37] Lawrence mewarnakan rambut perangnya kepada warna hitam untuk watak Katniss.[38] Beliau juga menjalani latihan yang meluas untuk watak ini termasuk memanah, memanjat batu dan pokok, bertempur, berlari, parkour dan yoga.[39] Pelakon-pelakon lain yang mewarnakan rambut mereka untuk filem ini termasuk Josh Hutcherson sebagai Peeta dan Liam Hemsworth sebagai Gale.[3] Lionsgate mengupah pemanah (dan juga pemenang pingat gangsa Olimpik), Khatuna Lorig untuk mengajar Lawrence cara untuk memanah.
Dengan bajet awal sebanyak $75 juta,[40] fotografi utama bermula berdekatan Brevard di Daerah Transylvania, Barat Carolina Utara pada bulan Mei 2011[41] dan selesai pada 15 September 2011 dengan bajet akhir dilaporkan diantara $90 dan $100 juta, dikurangkan kepada $78 juta selepas subsidi.[3] Steven Soderbergh berperanan sebagai pengarah unit kedua[42] dan merakam kebanyakkan babak rusuhan Daerah 11.[43]
Hampir kesemua fotografi pengeluaran mengambil tempat di Carolina Utara dimana Lionsgate menerima kredit cukai kira-kira $8 juta daripada kerajaan negeri untuk berbuat demikian. Majalah Forbes magazine menganggarkan bahawa ekonomi negeri ini meningkat kepada $60 juta daripada pengeluaran ini dengan lebih daripada 5,000 orang bekerja sebagai pelakon tambahan, krew dan staf sokongan.[44] Kebanyakkan babak di luar, kedua-dua arena dan Daerah 12 dirakam di Hutan Negeri DuPont.[45] Banyak lokasi urban dan dalaman, di Capitol dan lain-lain dirakam di Shelby dan Charlotte; babak-babak lain juga dirakam di kawasan Asheville.
Muzik
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Album runut bunyi untuk The Hunger Games mengandungi lagu-lagu inspirasi dari filem ini, hanya tiga daripada mereka ("Abraham's Daughter", "Safe & Sound" dan "Kingdom Come") muncul dalam filem semasa kredit penutup.[46] Lagu pertama daripada album ini, "Safe & Sound" oleh Taylor Swift feat. The Civil Wars dikeluarkan pada 23 Disember 2011.[47] Runut bunyi ini juga menampilkan lagu oleh The Decemberists, Arcade Fire, The Secret Sisters, Miranda Lambert feat. Pistol Annies,[48] Neko Case, Kid Cudi[48] Glen Hansard,[48] The Low Anthem,[48] Punch Brothers,[48] Birdy,[48] Maroon 5, Jayme Dee,[48] dan Carolina Chocolate Drops.[48] Runut bunyi dikeluarkan pada 20 Mac 2012.[49]
Skor muzik
[sunting | sunting sumber]The Hunger Games: Original Motion Picture Score | ||||
---|---|---|---|---|
Skor filem oleh James Newton Howard | ||||
Dilancarkan pada | 26 Mac 2012 | |||
Tempat | Amerika Syarikat | |||
Genre | Runut bunyi | |||
Panjang | 142:00 | |||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Syarikat | Universal Republic | |||
Pengedar | Lionsgate, Netflix dan Xfinity Streampix (en) | |||
Pengarah | Gary Ross | |||
Penerbit | T-Bone Burnett | |||
Kronologi James Newton Howard | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
Allmusic | [50] |
Film Score Reviews | [51] |
Lionsgate mengumumkan bahawa Danny Elfman dan T-Bone Burnett akan mencipta skor muzik The Hunger Games dengan Burnett juga berperanan sebagai penerbit eksekutif muzik filem ini untuk menerbitkan lagu untuk runut bunyi.[52] Kerana konflik penjadualan, Elfman digantikan oleh James Newton Howard.[53] Album skor muzik dikeluarkan pada 26 Mac 2012.
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "The Hunger Games" | 1:10 | ||||||||
2. | "Katniss Afoot" | 1:49 | ||||||||
3. | "Reaping Day" | 1:35 | ||||||||
4. | "The Train" | 1:27 | ||||||||
5. | "Entering the Capitol" | 2:28 | ||||||||
6. | "Preparing the Chariots" | 1:05 | ||||||||
7. | "Horn of Plenty" | 1:59 | ||||||||
8. | "Penthouse/Training" | 3:36 | ||||||||
9. | "Learning the Skills" | 1:41 | ||||||||
10. | "The Countdown" | 1:58 | ||||||||
11. | "Booby Trap" | 2:37 | ||||||||
12. | "Healing Katniss" | 3:04 | ||||||||
13. | "Rue's Farewell" | 5:00 | ||||||||
14. | "We Could Go Home" | 1:15 | ||||||||
15. | "Searching for Peeta" | 1:27 | ||||||||
16. | "The Cave" | 3:13 | ||||||||
17. | "Muttations" | 4:45 | ||||||||
18. | "Tenuous Winners/Returning Home" | 3:25 | ||||||||
Jumlah masa: 42:16 |
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Penerimaan kritis
[sunting | sunting sumber]The Hunger Games menerima ulasan positif daripada pengkritik. Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 84% berdasarkan 275 ulasan dengan purata rating 7.2 daripada 10.[54] Di Metacritic, filem ini mendapatkan skor 68 daripada 100 berdasarkan ulasan daripada 49 pengkritik, menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan".[55] Ramai pengkritik memuji lakonan Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen serta barisan pelakon utama yang lain. Menurut The Hollywood Reporter, Lawrence mewujudkan Katniss seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel". Beberapa pengkritik telah memberi filem ini ulasan yang menggalakkan berbanding adaptasi sains-fiksyen remaja yang lain seperti Harry Potter dan Twilight. Roger Ebert dari Chicago Sun-Times memberikan filem ini tiga bintang daripada empat, memuji filem ini sebagai "hiburan berkesan" serta lakonan Lawrence.[56]
Box office
[sunting | sunting sumber]The Hunger Games mengutip $408 juta di Amerika Utara dan $286.4 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $694.4 juta.[4] Di Amerika Utara, The Hunger Games merupakan filem dengan kutipan ke-14 tertinggi[57] dan filem dengan kutipan tertinggi diedarkan oleh Lionsgate.[58] Ia menduduki tempat pertama dalam box office Amerika Utara untuk empat minggu berturut-turut, menjadikan ia filem pertama sejak Avatar untuk melakar pencapaian ini to .[9][59][60] Pada 10 Jun 2012 (hari ke-80nya di teater), ia menjadi filem ke-14 untuk melepasi kutipan $400 juta.[61]
Di luar Amerika Utara, filem ini ini ditayangkan di kebanyakan negara semasa bulan Mac dan April 2012,[62] kecuali China dimana ia ditayangkan pada bulan Jun 2012.[63] Negara dengan kutipan tertinggi selepas Amerika Utara adalah United Kingdom ($37.3 juta), Australia ($31.1 juta) dan China ($27.0 juta).[62]
Sekuel
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Ogos 2011, semasa masih menjalani penggambaran filem ini, Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem novel kedua dalam trilogiThe Hunger Games, The Hunger Games: Catching Fire dijadual ditayangkan pada 22 November 2013.[64] Pada bulan November 2011, Lionsgate memasuki rundingan bersama penulis lakon layar, Simon Beaufoy untuk mengadaptasi novel kepada filem.[65] The Hunger Games: Catching Fire began production in the summer of 2012.[66] Gary Ross tidak kembali untuk Catching Fire, sebaliknya Francis Lawrence mengarah filem ini.[67][68][69][70] Pada 6 Mei 2012, ia telah dilaporkan bahawa Michael Arndt berada dalam perbincangan untuk menulis semula skrip Catching Fire.[71] Arndt secara ramsi menyertai sebagai penulis skrip baru pada 24 Mei 2012.[72] The Hunger Games: Catching Fire mula menjalani penggambaran pada 10 September 2012 dan selesai pada 21 Disember 2012;[73] ia dibuka di London pada 11 November 2013,[74] sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat pada 22 November 2013.
Pada bulan Julai 2012, tarikh tayangan telah disahkan untuk dua filem berdasarkan buku terakhir, Mockingjay. The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015.[75] Lawrence, Hutcherson, Hemsworth dan Harrelson ditandantangani untuk keseluruhan francais.[3][76]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Hunger Games" (Siaran akhbar). Lions Gate Entertainment. March 3, 2012. Dicapai pada March 3, 2012.
- ^ "The Hunger Games (12A)". British Board of Film Classification. 12 Mac 2012. Dicapai pada 12 Mac 2012.
- ^ a b c d e "9 Untold Secrets of the High Stakes 'Hunger Games". The Hollywood Reporter. 1 Februari 2012. Dicapai pada 7 Februari 2012.
- ^ a b c "The Hunger Games (2012)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 3 Oktober 2012.
- ^ "Hunger Games – released". AlloCiné.fr. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
- ^ Goldberg, Matt (2 Februari 2012). "The Hunger Games Will Get a One-Week IMAX Run". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-06. Dicapai pada 8 Mac 2012.
- ^ "Biggest Single Days for Non-Sequels". OpusData. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 31 Mac 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Biggest Opening Weekends at the Box Office
- ^ a b "Weekend Report: Four-in-a-Row for 'The Hunger Games'". Boxofficemojo.com. IMDb. 15 April 2012. Dicapai pada 21 April 2012.
- ^ "Lionsgate Shop – The Hunger Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13. Dicapai pada 25 Mei 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Joshua L. Weinstein (16 Mac 2011). "Jennifer Lawrence Gets Lead Role in 'The Hunger Games". The Wrap. Dicapai pada 17 Mac 2011.
- ^ a b Sperling, Nicole (4 April 2011). "The Hunger Games': Josh Hutcherson and Liam Hemsworth complete the love triangle". Los Angeles Times. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ a b Philiana Ng; Borys Kit (10 Mei 2011). "Woody Harrelson Cast as Haymitch in 'Hunger Games". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 11 Mei 2011.
- ^ Donnelly, Matt (28 April 2011). "Elizabeth Banks lands 'Hunger Games' role: Effie Trinket". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 Mei 2011.
- ^ Valby, Karen (24 Mei 2011). "Lenny Kravitz will play Cinna in 'Hunger Games". Entertainment Weekly. Dicapai pada 24 Mei 2011.
- ^ Franich, Darren (31 Mei 2011). "Hunger Games': Donald Sutherland cast as President Snow". Entertainment Weekly. Dicapai pada 13 Jun 2011.
- ^ Saad, Nardine (9 Mei 2011). "Stanley Tucci cast in The Hunger Games". Los Angeles Times. Dicapai pada 10 Mei 2011.
- ^ Ng, Philiana (5 Mei 2011). "Wes Bently Lands Role of Seneca Crane in 'Hunger Games". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 8 Mei 2011.
- ^ a b Schaefer, Sandy (11 Mei 2011). "The Hunger Games' Casts Its Cato & Clove". Screen Rant. Dicapai pada 11 Mei 2011.
- ^ Ward, Kate (18 April 2011). "Hunger Games' casts Thresh and Rue". Entertainment Weekly. Dicapai pada 18 April 2011.
- ^ a b Valby, Karen (19 April 2011). "'Hunger Games' casts its Glimmer and Marvel". Entertainment Weekly. Dicapai pada 24 April 2011. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ a b Jay A. Fernandez and Borys Kit (17 Mac 2009). "Lionsgate picks up 'Hunger Games". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-15. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ John A. Sellers (12 Mac 2009). "Hungry? The Latest on 'The Hunger Games". Publishers Weekly. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ a b "Lions Gate Has a Hit with 'Hunger Games.' Can It Turn a Profit?". The Daily Beast. April 2, 2012. Dicapai pada April 25, 2012.
- ^ "Lionsgate Feasts on The Hunger Games". ComingSoon.net. 18 Mac 2009. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ "Box Office History for Lionsgate Movies". Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ a b "How Lions Gate won 'Hunger Games'". Reuters. 23 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-29. Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ "The Hunger Games sequel faces possible delays as director demands higher fee". Daily Mail. 6 April 2012. Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ Springen, Karen (5 Ogos 2010). "Marketing 'Mockingjay". Publishers Weekly. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ "Hunger Games director Gary Ross bows out of sequel". Los Angeles Times. 12 April 2012. Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ "The Hunger Games Gary Ross". Writers Guild of America. 23 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-06. Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ Staskiewicz, Keith (3 Mac 2011). "Hunger Games': Jennifer Lawrence, Saoirse Ronan, Chloe Moretz, Emma Roberts, and more up for Katniss". Entertainment Weekly. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ Joshua L. Weinstein (16 Mac 2011). "Jennifer Lawrence Gets Lead Role in 'The Hunger Games". The Wrap. Dicapai pada 7 Februari 2012.
- ^ a b Kit, Borys (25 Mac 2011). "Lionsgate Testing Actors to Star in 'Hunger Games' Opposite Jennifer Lawrence". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ Brodesser-Akner, Claude (22 April 2011). "John C. Reilly Being Offered Role of Haymitch in The Hunger Games". New York. Dicapai pada 25 April 2011.
- ^ "The Hunger Games casts Donald Sutherland as President Snow". Screenrant. 31 Mei 2012. Dicapai pada 27 April 2012.
- ^ Valby, Karen (6 Januari 2011). "Hunger Games' exclusive: Why Gary Ross got the coveted job, and who suggested Megan Fox for the lead role". Entertainment Weekly. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ Ayres, Tom (23 Mei 2011). "Jennifer Lawrence 'unaware of Hunger Games hate". Digital Spy. Dicapai pada 18 Disember 2011.
- ^ Still, Jennifer (26 Mei 2011). "Jennifer Lawrence: 'Hunger Games training fun". Digital Spy. Dicapai pada 18 Disember 2011.
- ^ Kung, Michelle (25 April 2011). "Movie Studios Smell Out Teen Spirits". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company. Dicapai pada 12 Mei 2011.
- ^ Lussier, Germain (27 Mei 2011). "More 'Hunger Games' Casting: Lavinia the Avox, Venia and Flavius Played By Relative Unknowns". /Film. Dicapai pada 27 Mei 2011.
- ^ Adam Chitwood (4 Ogos 2011). "Steven Soderbergh is Directing Second Unit on The Hunger Games". Collider. Dicapai pada 8 Januari 2012.
- ^ "'Hunger Games' Director Gary Ross 'Sorry' About Cuts". MTV News.
- ^ "Will NC win the Hunger Games?". 19 Mac 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ "North Carolina lures Hunger Games fans". CNN. 27 Mac 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
- ^ Smith, Ethan (21 Mac 2012). "Hunger Games' Steps in to Save the Soundtrack". The Wall Street Journal. Dicapai pada 21 Mac 2012.
- ^ Hogan, Marc (23 Disember 2011). "Listen to Taylor Swift's 'Hunger Games' Ballad". Spin. Dicapai pada 23 Disember 2011.
- ^ a b c d e f g h Emily Tseng (13 Februari 2012). ""The Hunger Games" Soundtrack Actually Looks Pretty Good". The Daily Princetonian. Dicapai pada 13 Februari 2012.
- ^ Atkinson, Claire (16 Mac 2012). "'Hunger Games' soundtrack already a hit". New York Post. Dicapai pada 11 Disember 2013.
- ^ "The Hunger Games [Original Score]". Allmusic. Rovi Corporation. Dicapai pada January 16, 2013.
- ^ Kamminga, Brad (March 26, 2012). "The Hunger Games Score Review". Film Score Reviews. Dicapai pada May 10, 2013.
- ^ Angie Han (29 Jun 2011). "Danny Elfman and T-Bone Burnett to Collaborate on Hunger Games Score". SlashFilm. Dicapai pada 23 Disember 2011.
- ^ Germain Lussier (6 Disember 2011). "Danny Elfman Out, James Newton Howard In For 'The Hunger Games". SlashFilm. Dicapai pada 23 Disember 2011.
- ^ "The Hunger Games". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ "The Hunger Games". Metacritic. CBS. Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ Ebert, Roger (20 Mac 2012). "The Hunger Games". Chicago Sun-Times. Dicapai pada 24 Mac 2012.
- ^ "All Time Domestic Box Office Results". boxofficemojo.com.
- ^ Subers, Ray (25 Mac 2012). "Weekend Report: 'The Hunger Games' Devours $152.5 Million". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 31 Mac 2012.
- ^ Subers, Ray (1 April 2012). "Weekend Report: 'Wrath,' 'Mirror' No Match for 'Hunger Games". Box Office Mojo. Dicapai pada 2 April 2012.
- ^ "Weekend Report: 'Hunger Games' Three-peats, Passes $300 Million Over Easter". Box Office Mojo. 8 April 2012. Dicapai pada 21 April 2012.
- ^ "Weekend Report: 'Madagascar' Breaks Out, 'Prometheus' Catches Fire". Box Office Mojo. Dicapai pada 11 Jun 2012.
- ^ a b "The Hunger Games – International Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai pada 31 Mac 2012.
- ^ Segers, Franks (17 Jun 2012). "Foreign Box Office: 'Madagascar 3' Repeats as No. 1 Overseas, Grossing Nearly $157 Million in Two Rounds". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 19 Jun 2012.
- ^ Weinstein, Joshua L (8 Ogos 2011). "The Hunger Games Sequel Set for 2013 Release". The Wrap. Dicapai pada 15 Ogos 2011.
- ^ "Weekly Ketchup: Doctor Who returns to the big screen". Rotten Tomatoes. 18 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 19 November 2011.
- ^ "'X-Men: First Class 2′To Begin Production In January 2013". Screen Rant. 6 April 2012. Dicapai pada 21 April 2012.
- ^ Nikki Finke (10 April 2012). "Gary Ross Decides NOT to Direct "Hunger Games Two: Catching Fire': Lionsgate In 'Shock'". Deadline. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ Blauvelt, Christian (19 April 2012). "Francis Lawrence offered 'Catching Fire' director gig". Entertainment Weekly. Dicapai pada 21 April 2012.
- ^ "Director Francis Lawrence Chosen For ‘Catching Fire’ Sequel To ‘Hunger Games’". Deadline.com. Retrieved April 28, 2012.
- ^ Staskiewicz, Keith (3 Mei 2012). "Francis Lawrence confirmed as 'Catching Fire' director". Entertainment Weekly. Dicapai pada 3 Mei 2012.
- ^ Kit, Borys (5 Mei 2012). "Michael Arndt in Talks to Re-Write 'Hunger Games' Sequel 'Catching Fire' (Exclusive)". Hollywood Reporter. Dicapai pada 6 Mei 2012.
- ^ "Hunger Games Sequel Officially Titled The Hunger Games: Catching Fire". comingsoon.net. 24 Mei 2012. Dicapai pada November 10, 2012.
- ^ Cairns, Dan (11 September 2012). "Newsbeat – Hunger Games: Catching Fire begins filming in Georgia". BBC. Dicapai pada 20 September 2012.
- ^ "'The Hunger Games: Catching Fire' World Premiere Lights Up the Red Carpet". The Hollywood Reporter. November 11, 2013. Dicapai pada 28 November 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|newspaper=
(bantuan) - ^ "The Two-Part 'Hunger Games' Finale 'Mockingjay' Sets Release Dates". movies.com. 10 Julai 2012. Dicapai pada 11 Julai 2012.
- ^ David Robert (November 18, 2011). "Woody Harrelson Talks 'Hunger Games". MTV. Dicapai pada December 30, 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: The Hunger Games (filem) |
- Tapak web rasmi
- The Hunger Games di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- The Hunger Games di Box Office Mojo
- The Hunger Games di Rotten Tomatoes
- The Hunger Games di Metacritic
- The Hunger Games di The Numbers
- The Hunger Games Diarkibkan 2014-12-19 di Wayback Machine di Movie Trailers Watch Diarkibkan 2014-12-19 di Wayback Machine