The Young Victoria
The Young Victoria | |
---|---|
Pengarah | Jean-Marc Vallée |
Penulis | Julian Fellowes |
Dihasilkan oleh | Martin Scorsese Graham King Sarah, Duchess of York |
Dibintangi | Emily Blunt Miranda Richardson Jim Broadbent Paul Bettany Mark Strong Rupert Friend Thomas Kretschmann Julian Glover Michael Maloney Rachael Stirling |
Sinematografi | Hagen Bogdanski |
Disunting oleh | Jill Bilcock Matt Garner |
Muzik oleh | Ilan Eshkeri |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Momentum Pictures Apparition |
Tarikh tayangan | 6 Mac 2009(UK) 18 Disember 2009 (AS) |
Masa tayangan | 105 min. |
Negara | United Kingdom Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $35 juta[1] |
Pecah panggung | $12,906,961[1] |
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
The Young Victoria adalah sebuah filem 2009 berasaskan kenaikan ke takhta dan pemerintahan awal Ratu Victoria dari United Kingdom, dan perkahwinan baginda dengan Prince Albert, diarah oleh Jean-Marc Vallée. Ia dibintangi oleh Emily Blunt, Rupert Friend, Miranda Richardson, dan Jim Broadbent. Filem ini dikeluarkan oleh Graham King, Martin Scorsese, Sarah, Duchess York, dan Tim Headington. Tayangan perdana dunia diadakan di Electric Palace[2] di Bridport, Dorset di South West England, United Kingdom. Ia dikeluarkan dalam pasaran terhad di AS pada 18 Disember 2009.
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Babak-babak dimuatkan di Westminster Abbey telah difilemkan di Lincoln Cathedral pada September dan Oktober 2007,[3] dengan sesetengah babak telah difilemkan di Istana Blenheim dari 23 hingga 24 Ogos 2007, Arundel Castle, West Sussex, Wilton House berhampiran Salisbury, Wiltshire dan Istana kota Belvoir, Leicestershire.
Sinopsis jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Filem ini ialah sebuah dramatisasi romantis sesetengah peristiwa sebelum dan berikutnya upacara kemahkotaan Ratu Victoria, bertumpu pada pemerintahan awal dan percintaannya dengan Putera Albert sewaktu zaman 1830-an.
Ketepatan sejarah
[sunting | sunting sumber]Victoria ialah seorang yang kidal; walau bagaimanapun, dalam filem baginda melukis dan mengecat dengan tangan kanannya. Walaupun secara besarnya taat pada pilihan fakta sejarah, filem ini telah menarik kritikan oleh kerana menghiaskan peristiwa untuk menambahkan potensi dramatik. Contohnya, Putera Albert tidak pernah ditembak sewaktu percubaan pembunuhan terhadap Ratu Victoria. Tambahan lagi, pengarang filem, Julian Fellowes, memberitahu dalam suatu wawancara BBC Breakfast (09/07/2009[adakah tarikh ini Sept. 7 ataupun 9 Julai?]) bahawa ternyata Putera Albert digesel oleh peluru untuk menunjukkan keberanian dan kebaktian apabila dia cuba menghadang Ratu Victoria daripada ditembak. Fellowes mengatakan bahawa jika telah ditunjukkan bagaimana ia sebenarnya berlaku (yang mana peluru tidak terkena) tindakan Putera Albert menerjun di hadapan Ratu yang muda tidak akan dirasakan sepenting sebagaimana ia pernah sebenarnya berlaku. Juga, bapa saudara Victoria, Leopold I dari Belgium tidak pernah menjadi semenekan dan mementingkan diri dengan memujuk Albert untuk mengahwini ratu dalam hidup sebenar sebagaimana dia telah digambarkan dalam filem. Ternyata, Raja Belgium bapa saudara kegemaran Victoria dan dianggapnya sebagai seorang bapa padanya.
Menurut pengarang, passionate Tory[4] Julian Fellowes,[5]" Babak bila mana dia (Conroy) cuba untuk membuatkannya menandatangani dokumen sementara dia sakit dan membalingnya ke lantai – "itu benar-benar berlaku", dan "Babak di Windsor di mana King berdiri dan menghina ibu Victoria bukan sahaja benar, tetapi lebih kurang dua pertiga daripada ucapannya ialah apa yang sebenarnya dikatakannya!". Meskipun, duchess dari Kent telah diberikan tempat duduk di sebelah Raja apabila dia bercakap-cakap[6] dan tidak berangkat sewaktu ucapan; dan, tidak digambarkan dalam filem, puteri menangis "dan dua parti, tidak lama lagi menyedari bahawa mereka telah menjadi sangat melampau, menampal suatu gencatan senjata yang tidak mudah".[7] Menurut Greville's Memoirs: "Ratu melihat dalam penuh penderitaan, Puteri menangis dan seluruh temanan tertegun. Duchess dari Kent tidak berkata sepatah perkataan. Selanjutnya selepas mereka berdiri dan mengundur diri, dan suatu babak dahsyat diakibatkan; Duchess mengumumkan keberangkatan selanjutnya dan memesankan keretanya, tetapi suatu jenis pendamaian telah ditampalkan, dan dia telah diatasi untuk tinggal hingga keesokan harinya."[8]
Lakonan utama
[sunting | sunting sumber]- Emily Blunt sebagai Ratu Victoria
- Rupert Friend sebagai Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha
- Miranda Richardson sebagai Princess Victoria, Duchess of Kent
- Mark Strong sebagai Sir John Conroy
- Jim Broadbent sebagai Raja William IV
- Harriet Walter sebagai Permaisuri Adelaide
- Paul Bettany sebagai William Lamb, 2nd Viscount Melbourne
- Thomas Kretschmann sebagai Raja Leopold I dari Belgium
- Jeanette Hain sebagai Baroness Louise Lehzen
- Julian Glover sebagai Arthur Wellesley, 1st Duke dari Wellington
- Michael Maloney sebagai Sir Robert Peel
- Michiel Huisman sebagai Ernst II, Duke dari Saxe-Coburg and Gotha
- Johnnie Lyne-Pirkis sebagai Putera Ernest Augustus, Duke dari Cumberland
- Liam Scott sebagai Putera Augustus Frederick, Duke dari Sussex
- Dave A. Hewitt sebagai Henry Howard, Duke ke-13 dari Norfolk
- Danny Dalton sebagai Putera Prussia
- Sophie Roberts sebagai Lady Emma Portman
- Rachael Stirling sebagai Harriet Sutherland-Leveson-Gower, Duchess dari Sutherland
- Roddy Weaver sebagai Chief Footman William IV
- Puteri Beatrice dari York sebagai seorang lady-in-waiting[9]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- Childhood
- Go To England Make Her Smile (Tema Albert)
- Down The Stairs (Tema Victoria)
- King's Birthday, The
- Swan Song
- King Is Dead, The
- Buckingham Palace
- Lord Melbourne
- Albert Returns
- Archery
- First Waltz, The
- Rainy Gazebo
- Letters From Victoria
- Constitutional Crisis
- Riot
- Letters From Albert
- Marriage Proposal
- Honeymoon
- Assassin
- Victoria And Albert
- Only You - Sinead O'Connor
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Filem ini boleh diperolehi dalam bentuk DVD di Great Britain dan mula ditayangkan secara terhad di A.S. pada 18 Disember 2009.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Filem kini memegang kadaran 73% 'Fresh' pada Rotten Tomatoes berasaskan 41 ulasan. Emily Blunt telah menerima pelantikan Golden Globe pada 2010 untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam sebuah Drama.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=youngvictoria.htm
- ^ Oscar-winner's love affair with Victoria Dorset Echo, 3 Mac 2009
- ^ http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/lincolnshire/7775430.stm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-30. Dicapai pada 2010-01-02.
- ^ Cineworld Unlimited magazine, March 09 Issue, p33
- ^ M. Charlot, Victoria: the young queen (1991) p.68
- ^ Michael Brock, ‘William IV (1765–1837)’, Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, Sept 2004
- ^ The Greville Memoirs Vol. 3 p 376
- ^ Princess Beatrice makes her movie debut in The Young Victoria
- ^ "The Young Victoria". Rotten Tomatoes. Dicapai pada October 27, 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- The Young Victoria di Allmovie
- The Young Victoria di Rotten Tomatoes
- The Young Victoria di Metacritic
- The Young Victoria di Box Office Mojo
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Filem berkaitan Ratu Victoria
- Filem 2009
- Victoria dari United Kingdom
- Filem biografi
- Filem United Kingdom tahun 2009
- Filem bahasa Inggeris
- Filem drama romantik
- Filem diset pada 1800-an
- Filem diset pada 1830-an
- Filem diset pada 1840-an
- Filem diset di London
- Filem diset di Scotland
- Filem berasaskan peristiwa sebenar
- Filem zaman Romantis
- Filem percintaan remaja
- Filem zaman Victoria