Tidur mikro
Tidur mikro (microsleep) merupakan rasa tidur atau mengantuk yang boleh bertahan dari sependek sepecahan saat hingga selama 30 saat di mana seseorang individu gagal bertindak balas terhadap masukan deria yang lalu jadi tidak sedarkan diri[1][2] Perkara ini boleh berlaku hasil kekurangan tidur, tetapi ia juga dialami apabila melakukan kegiatan atau kerja yang berulang-ulang dan berterusan tanpa sebarang perubahan ketara langsung.[3]
Antara gejala yang boleh diperhatika pada mereka yang mengalami keadaan ini ialah:[2]
- mata yang kelihatan kuyu;
- kelopak yang separa tutup; serta,
- rasa tersangguk-sangguk.
Kebanyakan rasa tidur mikro ini tidaklah tampak berat sangat, namun boleh mendatangkan bahaya jika individu yang mnegalaminya berada dalam keadaan yang memerlukan kepekaan yang konsisten dan berterusan seperti memandu kenderaan mahupun mengendalikan jentera berat. Orang yang mengalami tidur mikro ini sering tidak menyedari pengalaman tersebut, bahkan mempercayai sendiri bahawa mereka berada dalam keadaan terjaga sepanjang masa.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "International Classification of Sleep Disorders Diagnostic and Coding Manual" (PDF). m/s. 343. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Julai 2011. Dicapai pada 26 Julai 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Poudel, G. R., Innes, C. R., Bones, P. J., Watts, R., & Jones, R. D. (2012). Losing the struggle to stay awake: Divergent thalamic and cortical activity during microsleeps. Human Brain Mapping: 00:000-000
- ^ Chou, Y. H., Chuang, C. C., Zao, J. K., Ko, L. W., & Lin, C. T. (Ogos 2011). An fMRI study of abrupt-awake episodes during behavioral microsleeps. In Engineering in Medicine and Biology Society, EMBC, 2011 Annual International Conference of the IEEE (m/s. 5060-5063). IEEE.
- ^ Higgins, Laura; Fette Bernie. "Drowsy Driving" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-20. Dicapai pada 12 Jun 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rehat dan tidur elak mikrotidur - Berita Harian (Malaysia)