Treonina
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Threonine
| |
Nama lain
2-Amino-3-hydroxybutanoic acid
| |
Sifat | |
C4H9NO3 | |
Jisim molar | 119.12 g·mol−1 |
(H2O, g/dl) 10.6(30°),14.1(52°),19.0(61°) | |
Keasidan (pKa) | 2.63 (carboxyl), 10.43 (amino)[1] |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Treonina (bahasa Inggeris: threonine , singkatan: Thr atau T)[2] merupakan salah satu daripada 20 asid amino penyusun protein. Ia merupakan asid yang perlu bagi manusia.
Secara struktur, treonina mempunyai dua pusat perkitaran sehingga ada empat kemungkinan stereoisomer untuk treonina, atau dua diastereomer bagi L-treonin. Meskipun demikian, nama L-treonin hanya dipakai untuk satu enantiomer: asid (2S,3R)-2-amino-3-hidroksibutanoat. Diastereomer kedua, (2S,3S), yang jarang muncul di alam, dinamakan L-allo-treonin.
Rantai samping treonina boleh mengalami glikolisasi dengan atom oksigen.
Kehadiran enzim treonina-kinase boleh menyebabkan fosforilasi pada treonina, menghasilkan fosfotreonina, senyawa antara penting pada biosintesis metabolit sekunder.
Treonina banyak terkandung pada produk-produk dari susu, daging, ikan, dan biji bijan.
Biosintesis
[sunting | sunting sumber]Tubuh manusia tidak mempunyai enzim pembentuk treonina namun manusia memerlukannya, sehingga treonina perlu (secara gizi) bagi manusia. Tumbuhan dan mikroorganisme mampu membuat (menyintesis) treonina dari asid aspartat, suatu asid amino lain. Tahap yang penting dimangkin oleh enzim aspartokinase yang mengikat fosfat kepada set β-karboksil pada asid aspartat. Reduksi oleh β-aspartat semialdehid dehidrogenase menghasilkan β-aspartat-semialdehid yang merupakan senyawa antara yang penting dalam biosintesis treonina, metionin, dan lisin. Langkah selanjutnya dimangkin oleh enzim homoserin dehidrogenase, homoserin kinase, dan treonina sintase.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dawson, R.M.C., et al., Data for Biochemical Research, Oxford, Clarendon Press, 1959.
- ^ "Nomenclature and Symbolism for Amino Acids and Peptides". IUPAC-IUB Joint Commission on Biochemical Nomenclature. 1983. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2008. Dicapai pada 5 March 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Biosintesis Treonina
- Wiki Kimia Komputasi Diarkibkan 2006-10-02 di Wayback Machine