USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69)
USS Dwight D. Eisenhower bersama-sama dengan USS George Washington di Lautan Hindi
| |
Sejarah | |
---|---|
Amerika Syarikat | |
Bersempena dengan: | Dwight D. Eisenhower |
Pembina: | Newport News Shipbuilding |
Kos: | $5.2 bilion (nilai dolar A.S pada 2016) |
Dibaringkan: | 15 Ogos 1970 |
Dilancarkan: | 11 Oktober 1975 |
Ditaja oleh: | Mamie Doud-Eisenhower[1] |
Ditauliah: | 18 Oktober 1977 |
Pelabuhan asal: | NS Norfolk, Virginia |
Moto: | I Like Ike |
Nama gelaran: | Mighty Ike atau Ike |
Status: | dalam perkhidmatan aktif, setakat 2024[kemas kini] |
Lencana: | |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz |
Sesaran: | 101,600 long ton (113,800 short ton)[2] |
Panjang: |
|
Lunas: |
|
Tinggi: | 244 kaki (74 m) |
Draft: |
|
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 30+ knot (56+ km/j; 35+ bsj) |
Jarak: | Tiada had |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: | |
Perisai: | Dirahsiakan |
Pesawat yang dibawa: | 90 buah pesawat kepak kaku dan helikopter |
USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69) (secara tak rasminya dikenali sebagai "Ike") adalah sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear yang kini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal ini telah ditauliahkan pada tahun 1977, dan merupakan kapal kedua daripada 10 buah kapal dari kelas Nimitz yang kesemuanya masih berada dalam perkhidmatan aktif. Ia merupakan kapal pertama yang dinamakan bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat ke-34 iaitu Dwight D. Eisenhower. Kapal ini pada mulanya dinamakan sebagai USS Eisenhower, sepertimana nama kapal sulung dari kelas ini, Nimitz, tetapi kemudian namanya diubah kepada bentuk sekarang pada 25 Mei 1970.[3] Kapal ini, sepertimana kapal-kapal lain dari kelasnya telah dibina di Newport News Shipbuilding Company, Virginia, dengan rekabentuk yang sama dengan kapal pertama, walau bagaimanapun kapal ini telah dibaikpulih sebanyak dua kali bagi meningkatkan standardnya kepada kapal-kapal yang dibina selepasnya.
Sejak ditauliahkan, Dwight D. Eisenhower telah terlibat dalam beberapa aturgerak termasuk Operasi Cakar Helang semasa krisis tebusan Iran pada tahun 1980, selain Perang Teluk pada tahun 1990-an, dan tidak lama sebelum ini untuk menyokong operasi ketenteraan A.S di Iraq dan Afghanistan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Polmar, Norman (2004). The Naval Institute guide to the ships and aircraft of the U.S. fleet. Naval Institute Press. m/s. 112. ISBN 978-1-59114-685-8.
- ^ Evans, Mark L. (27 September 2006). "USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69)". Dictionary of American Naval Fighting Ships. Washington, DC: Department of the Navy, Navy Historical Center. Dicapai pada 16 January 2016.
- Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships. Bahannya boleh didapati di sini.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69) |
- USS Dwight D. Eisenhower Official Site Diarkibkan 2015-07-09 di Wayback Machine
- Story archive – U.S. Navy – USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69)
- Eisenhower bolsters US security presence off Somalia Jane's Navy International, January 2007
- Dwight D. Eisenhower Sea Stories home page
- Dwight D. Eisenhower Reunion −2008 home page
- USS Dwight D. Eisenhower webpage
- Maritimequest USS Dwight D. Eisenhower CVN-69 Photo Gallery
- USS Dwight D. Eisenhower history at U.S. Carriers
- USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69) command histories – Naval History & Heritage Command
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari 2024
- 1975 ships
- Active aircraft carriers of the United States
- Cold War aircraft carriers of the United States
- Nimitz-class aircraft carriers
- Nuclear ships of the United States Navy
- United States Navy Kansas-related ships
- United States Navy Texas-related ships
- Ships built in Newport News, Virginia